Terlambat sikit nak update.
Budak ni makin membesar.sedar tak sedar ada sebulan lagi nak cukup setahun.Alhamdulillah.
Cepatnya masa berlalu.Oppss,jangan tanya bila nak bagi Sofea adik.Masih tidak dibenarkan lagi tapi kalau ada dalam masa terdekat,semuanya rezeki dari Allah SWT.
Alhamdulillah selera makan semakin ok,semakin bertambah lasak.Sehari tidur dua kali pada waktu siang.
Dia dah pandai mengacah nak suruh orang kejar dia.Mentang-mentanglah dah boleh berjalan kan.
Gigi dua batang di bawah masih statik,tak habis lagi keluar.
Dah tiga hari cirit birit tapi makan dan minum tetap sama.Aktif macam biasa.Tak ada tanda-tanda dehidrasi.Amalkan BRAT saja setakat ni sambil bagi susu NOVALAC AD - susu khas untuk cirit birit.
Dah puas fikir apa penyebab Sofea cirit.
Sepanjang cuti ni Sofea makan prune,brocoli,oat,lobak,ayam,nasi.Semua makanan yang dia pernah makan sebelum ni.
Kalau esok masih sama lagi memang kena terus bawa p hospital.
Orang- orang tua cakap ini proses peralihan bulan.Wallahualam.
12 February 2013
Sofea : 11/2/2013 : 11 bulan
Labels:
anugerah Allah,
Sofea Nur Azalea
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment