Zaman sekolah memang seronok.Di sekolah dapat jumpa kawan-kawan.Bila balik rumah memang tak dapat ke mana-mana.Mak sangat garang.Satu langkah nak keluar rumah satu kali juga disebat.Sila duduk dalam rumah jaga adik dan buat kerja rumah.
Sejujurnya saya tak menikmati sepenuhnya zaman kanak-kanak riang macam orang lain.Orang lain ada pengalaman mandi sungai,main masak-masak,main basikal setiap petang dan banyak lagi.
Tapi saya bersyukur dapat mak yang garang.Saya ada pengalaman untuk bawa ke alam dewasa.Pengalaman yang mengajar saya untuk berdikari.
Hari pertama masuk Darjah Satu,ada seorang ustazah masuk dalam kelas.Dia bertanya siapa yang beragama Islam sila angkat tangan untuk masuk kelas jawi.Maksudnya untuk kelas Pendidikan Islam.Saya hampir-hampir nak angkat tangan tapi sempat berfikir yang saya ni bukan Islam.Dalam hati terdetik, 'kan bagus kalau saya ini Islam'.
Saya tak tahu apa sebenarnya Islam.Hanya tahu itu adalah agama selain agama Kristian.Teringin nak belajar tulisan jawi sebab masa tu dah pandai ABC :)
Masuk Darjah Enam, kawan - kawan perempuan Islam dah mula pakai tudung.Dalam hati,dorang sangat cantik.Bila balik rumah,masuk dalam bilik terus capai tuala buat tudung dan menghadap cermin.Ya Allah, terkesima sekejap.Alangkah bagusnya kalau boleh pakai tudung setiap hari.
Bila masuk sekolah menengah, lagi ramai kawan-kawan agama Islam.Entah kenapa saya lagi minat bergaul dengan yang beragama Islam.Saya rasakan dorang sangat merendah diri.Tak ada istilah siapa yang paling cantik,siapa yang ramai peminat,siapa yang banyak duit belanja.Bila dorang solat Zohor saya rasa sunyi.Ternanti-nanti dorang balik dari surau.Saya pernah tanya dengan dorang apa dosa kalau tak solat.Dorang jawab memang berdosa.Sebenarnya saya maksudkan apa hukuman orang yang tak solat.Contohnya kalau orang mencuri kena potong tangan.
Masa tingkatan 4, saya pernah minta seorang kawan ni tuliskan surah al-fatihah dalam tulisan rumi.Sebenarnya saya nak hafal surah tu.Sebelum tu juga saya dah belajar mengucap dua kalimah syahadah.Ya Allah, mengalir air mata saya masa tu.Selepas tu saya cuba elakkan makanan yang haram dalam Islam.Hal ni hanya seorang saja yang tahu iaitu cikgu saya.
Masuk alam pekerjaan, mula beli tudung tapi tak pakai lagi.Selain tu,beli buku-buku tentang Islam.Sangat suka pakai baju kurung dan tetap suka berkawan dengan yang beragama Islam.Pergi sembahyang di gereja?Memang tak pernah.Pernah pergi pun tapi boleh kira pakai jari masa zaman sekolah.
InsyaAllah,akan bersambung..
No comments:
Post a Comment