14 February 2013

Akhirnya.. Pandai Pegang Sendiri


 
Sofea budak manja.Dah 11 bulan baru nak pegang botol sendiri.Sebelum ni bila bagi dia buat main pastu campak merata.
Masa cuti papa dia paksa pegang botol sendiri.Sekali tu boleh pula dia habiskan susu sekaligus.
Hai anak sebelum ni mama tolong pegang pun dapat minum separuh je kan.
 
Semalam beria-ria bagi sms kat pengasuh Sofea,bagi tau Sofea dah pandai pegang botol sendiri.
"Laa..Lya baru tau ke,kat rumah ni dah lama dia pegang botol sendiri'
Caittt anakku..kat rumah sendiri malas pula.
Senanglah sekarang ni.Tak payah duduk depan dia sambil tengok menyusu.Nanti dah habis dia bangun lepas tu bagi botol susu kat kita.
Good job Sofea.

2 comments:

Allene said...

nak manja dengan mak sendiri la tu...

Nur Zulya said...

papa dia cakap,mak yang manjakan.adehh..