19 February 2013

Diet Atkins - Apa Itu Proses KETOSIS

APA ITU KETOSIS
Apabila lemak pecah menjadi tenaga ia akan melalui suatu proses yang di namakan ketosis. Ketosis merupakan proses semula jadi dalam tubuh kita.
Ia merujuk kepada proses penukaran lemak kepada tenaga, ketone dan air. Untuk memulakan ketosis adalah sukar kerana seseorang perlu melalui pelbagai fasa yang sukar sebelum ketosis berlaku.

Fasa yang dimaksudkan adalah penurunan jumlah karbohidrat dalam makanan, meningkatkan tahap hormon dan enzim dalam darah dan fasa ketiga meningkatkan aktiviti otot dengan bersenam.

Setelah ketosis berjaya dimulakan badan akan menjadi kurus dan cantik. Tubuh juga beroleh tenaga yang luar biasa.

Stamina seseorang yang berjaya mencapai tahap ketosis akan meningkat manakala perasaan yang sering murung berubah menjadi riang dan bahagia bagaikan seseorang yang sedang di alam percintaan.

Begitulah indahnya fenomena ketosis dan ini merupakan sesuatu yang harus anda perolehi dan kecapi. Di kala ini senaman tidak lagi menjadi tekanan kepada diri anda. Anda akan seronok bersenam kerana ia merupakan keperluan tubuh anda. Segala aktiviti fizikal menjadi mudah dan menyeronokkan.
Pengalaman ini akan menjadi suatu memori yang indah dalam hidup anda. Dan dunia anda akan berubah menjadi ceria semula.

MENGAPAKAH INI TERJADI Seseorang yang sudah mencapai ketosis akan berasa riang dan cergas kerana kehadiran ketone. Ketone diperlukan oleh otak kita bagi meningkatkan keceriaan. Otak yang mendapat ketone yang tinggi tidak mudah letih dan mengantuk. Fikiran akan cergas dan aktif. Sebagai bahan tenaga yang aktif, ketone menggerakkan otot-otot kita menjadikan pergerakan lancar. Ia juga merupakan ubat penahan sakit semulajadi. Kehadiran ketone membuatkan tubuh badan kita tidak sakit dan keletihan turut hilang.

Dari segi struktur kimianya pula ketone adalah ahli kumpulan alkohol ringkas.
Kerana itulah mereka yang tinggi ketone sentiasa riang disebabkan kesan alkohol semulajadi.

Secara dasarnya mereka yang aktif bersukan dan tubuhnya membakar lemak dengan baik akan mempunyai ketone yang tinggi. Profesor aku sewaktu dulu pernah bergurau. Katanya: ''Ahli sukan sentiasa riang dan cergas kerana mereka semuanya mabuk.'' Bukankah ketone itu alkohol? Mabuk ketone adalah baik, tiada kesan sampingan tapi mabuk alkohol berbahaya kerana ia membuat kita hilang pertimbangan.

Alkohol buatan manusia melemahkan tubuh badan dan otak manakala ketone merangsang sel-sel otak menjadi lebih peka dan menimbulkan naluri rasa yang kreatif, bahagia dan tenang. Ketone membuatkan transmiter otak kita menjadi aktif. Apabila transmiter otak menjadi aktif seseorang akan mula berasa riang dan gembira.

Ketone yang terhasil apabila diet tidak pula bersifat begitu disebabkan strukturnya yang amat natural.

Bagi seorang pesakit kencing manis yang kekurangan insulin dalam badan, tubuh akan turut menghasilkan apa yang dinamakan ketoasidosis. Apa yang berlaku, sel tubuh tidak dapat menerima gula kerana ketiadaan insulin. Ketoasidosis dan ketosis merupakan dua fenomena berbeza. Ketoasidosis adalah toksik manakala ketosis adalah baik.

MACAM MANA NAK JADI KETOSIS?

Secara ringkasnya, selama ini badan kita bakar karbohidrat daripada makanan yang kita makan setiap hari. Nasi, gula, roti, pizza, kuih muih, kek, bijirin, buah-buahan dan lain-lain lagi. Karbohidrat pun kita makan, lemak pun kita makan mcm ayam gorenglah, ikan gorenglah, daging pangganglah dan macam-macam. Tapi, yang dibakar karbohidrat jer...lemak terbakar tak? Non adooooo. Makin kita tambah adalah. Nak nak plak orang yang kadar metabolismanya rendah. Huh, makin montellll lah kita yangggg.JADI, kita jangan bagi badan kita makan karbohidrat. Bila body dah tak dapat bahan bakar iaitu karbo ni seperti biasa maka dia akan cari alternatif lain untuk di bakar. Maka, dia gi lah bakar lemak pulak untuk dijadikan tenaga.Mcm mana pun dia kena gak membakar kan. Aiiiisssh..membakar jer kerja dia. Kita bako! Kita bako!..


TANDA-TANDA PROSES KETOSIS
  • Nafas berbau
  • pening untuk permulaan
  • Strong urine
  • Tenaga bertambah(TIBA2 JADI RAJIN)
  • Selera makan berkurang
  • White floaties in urine (ade yang berpendapat tande lemak keluar)
  • mulut kering
  • air liur pekat
  • air kencing pekat(KALAU XCUKUP AIR)
  • jerawat naik (kesan dari toksin dari fat yang dah berkumpul lama didalam badan)

KESAN2 DIATAS, BUKAN SEMUA KORANG AKAN DAPAT, BERGANTUNG PADA TUBUH SESEORANG


Sumber : atkinsmalaysia

12 comments:

Unknown said...

salam saya nak copy entry ni boleh x?

Home4health said...

wasalam.boleh dan jangan lupa credit utk grup atkinsmalaysia :)

Adib Nazri said...

salam. saya minta izin nak copy entry ni boleh? I will credit to atkinsmalaysia & u :)

mamasya said...

Pernah tak bwrlaku..hr pertama ber DA...prgnya bwrlaku ciri2 ketosi?

mamasya said...

Pernah tak bwrlaku..hr pertama ber DA...prgnya bwrlaku ciri2 ketosi?

mamasya said...

Pernah tak bwrlaku..hr pertama ber DA...prgnya bwrlaku ciri2 ketosi?

Unknown said...

Assallamualikum...nak minta ijin ni nak kopi untuk panduan berdiet dan berketosis..Terima kasih

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian info. Saya ambil yang haq sahaja lain tiada. Dulu kini dan selamanya.

Nina said...

Hi admin..saya baru try 2 hari with full of disciplined dan hari kedua iaitu hari ini saya dah start pening kepala smpai la skrg...

Unknown said...

Yeap betul simptom2 bye,sbab saya lebih kan protein Dan kurang kan carb Dan gula,effectnyer memang cam tu,dah tak letih mcm dulu,tidur pun dah tak lama mcm dulu Dan selera makan pun tak mcm dulu,kerja berpeluh tapi tak rasa penat gila mcm dulu gak 😂👍

Unknown said...

hi admin..kenapa yea saya terima dalam bentuk kapsul bukan seperti yang diiklankan

Unknown said...

Assalamualikum admin..minta izin copy paste yea...tq