31 December 2013

Sentap Hujung Tahun

Assalamualaikum ..

Hari terakhir 2013 ini ada satu perasaan yang tak baik mendatang.
Tiba-tiba terasa sentap.
Bila barang yang seharusnya menjadi milik kita terlepas ke tangan orang lain.
Puncanya,ada yang mungkir janji.
Pembeli lain beli dengan harga yang lebih.
Seller pula..urmmm.

Positifnya,bukan rezeki buat masa ini.
Tak perlu nak argue.
Diam lebih baik.
Mampu nangis laju-laju.
Bertabahlah mak.
T.T

Astaghfirullah al-azim.



Kenapa Anak Degil Dan Cara Mengatasinya

Adapun persoalan tentang anak yang suka memberontak dan degil. Hal ini dilihat kepada 6 keadaan utama, kenapa terjadinya masalah anak degil dan suka memberontak, iaitu :

1) Perhatian
2) Masa
3) Tugas
4) Pemakanan
5) Tarbiyyah
6) Doa

Jika ditanya kepada ibubapa yang mempunyai masalah anak sebegini, bagaimanakah dengan PERHATIAN kepada anak-anak? Jawapan mereka rata-rata, kami bekerja, kami sibuk, kami hantar anak pergi nursery, kami jaga elok tapi tetap degil. Bukan perhatian itu yang dimaksudkan, perlu kita fahami, adalah KOMUNIKASI dengan anak kecil yang otak mereka sedang ligat berkembang, perlu seiring dengan zaman, seperti mana pesanan Sayyiduna Umar Al Khattab RadhiyALLAHu Anhu, “Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu.”

Faham kita akan kalimat zaman ini adalah waktu, sebenarnya bukan tertakluk kepada waktu, tetapi juga kepada keadaan tumbesarannya. Secara ringkasnya, anak-anak yang sedang membesar ini, mereka amat memerlukan PANDANGAN MATA kita (ibubapa) terutama sewaktu mereka bercerita, walaupun cerita tersebut adalah ala-ala kedoraemonan, ke shin canan dan seangkatan dengannya, tetapi perlu kita faham, apabila mereka boleh bercerita semula apa yang dilihat atau ditonton mereka, itu bermaksud keadaan minda mereka amat cerdas dengan penaakulan maklumat semasa, maka respon dari kita (ibubapa) memainkan peranan penting, ketepatan anak mata kita kepada wajah mereka sewaktu mereka bercerita mengeratkan lagi ikatan yang sedia ada, dan timbal baliknya mereka akan mendengar serta mengikut segala yang kita arahkan. 

Walau sesibuk mana jua kita dalam menguruskan hal semasa, jangan diabaikan dengan urusan kasih sayang kepada anak-anak, kerana mereka akan 'copy paste' setiap perbuatan kita, baik secara langsung atau tidak langsung.

Dalam membicarakan bab MASA, perlu ditekankan bahawa setiap perkara memerlukan pengurusan masa, termasuklah jua pengurusan masa dengan anak-anak.

Keterabaian dalam menguruskan masa untuk anak-anak akan mengundang keterabaian nilai kekeluargaan.

Jika warta berita di televisyen atau radio mempunyai waktu perdana atau bahasa lainnya 'prime time', begitulah jua dengan anak-anak.
Ibubapa perlu mempunyai WAKTU PERDANA dengan anak-anak setiap hari, bukan sekali seminggu atau sekali sebulan, walau sesibuk mana pun.

Jadikan, waktu antara jam 8malam -10malam sebagai waktu perdana dengan anak-anak kerana pada waktu ini, anak-anak amat memerlukan ibubapa mereka di sisi mereka. Bahkan jika tidak mampu untuk memberi 'prime time' selama 2 jam tersebut, luangkan sekurang-kurangnya 1 jam dahulu. 

Berada di sisi mereka tatkala mereka melakukan kerja rumah dari atau mengulangkaji pelajaran. Jika tiadapun kerja rumah (kerja sekolah), luangkan masa tersebut untuk ber'sembang' dengan mereka.

Dengan cara ini, mereka akan lebih menghormati kita (ibubapa). Malahan mereka akan sentiasa menantikan saat tersebut setiap hari, kerana mereka faham bahawa diri mereka mendapat perhatian dan kasih sayang sewajarnya dari ibubapa mereka.

Masa yang singkat jika diluangkan dengan penuh manfaat, lebih berkualiti daripada masa yang panjang tetapi dibazirkan begitu sahaja.


Sumber : FB Wan Asrul Al-Aydrus

30 December 2013

Tentang Homeschooling

PENCERAHAN

Bimbang jikalau ada pihak guru-guru sekolah atau pihak kementerian pendidikan terasa serta marah dek kerana pendedahan sang faqir mengenai homeschooling atau flexischooling, sang faqir mengambil peluang untuk menjelaskan semula, semoga sekalian sahabat yang dari kalangan guru yang tidak bersetuju, tidak terus menghukum.

Toyyib, adapun sang faqir dan isteri memilih untuk membuat homeschooling ini daripada sebelum kami awal-awal berkahwin dahulu dan kami mengumpul pelbagai jenis sumber dan bentuk homeschooling untuk dikaji sebelum diimplementasikan.
Ini bukanlah bermaksud ingin menafikan tugas guru atau pihak-pihak berautoriti dalam bidang pendidikan. Cuma kami menekankan sifir yang mudah, AWAL PENDIDIKAN BERMULA DI RUMAH, jika diawalan bermasalah atau pincang, dibimbangi pertengahan dan pengakhiran akan membawa masalah.

Tugas seorang guru dan pendidik di sekolah sememangnya tidak patut dinafikan malahan berat tugas mereka, tambahan pula jika mereka juga mempunyai anak yang bersekolah. Jadi, dengan adanya konsep homeschooling ini, maka, ianya meringankan beban guru di sekolah dan menggaristebalkan tugas sebenar ibubapa di rumah, berdasarkan dari Firman ALLAH Tabaraka Wa Taala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Hai orang-orang yang beriman, PELIHARALAH DIRIMU DAN KELUARGAMU DARI API NERAKA yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkanNYA kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (At Tahrim :6)

Adapun, ada yang bersuara, konsep homeschooling ini adalah konsep barat bukan kaedah dalam Islam. Pertanyaan sang faqir, Who said so? Konsep homeschooling ini adalah konsep asal dalam Islam yang dikaji mereka dan diakui keberkesanannya. 

Cuma apabila segolongan ibubapa di Malaysia mengamalkannya, ada pihak yang mengatakan ianya adalah meniru orang barat. Kaji dahulu sirah, dalami sejarah pendidikan awal para Tabi’ Tabein, para Ulama. Kalian akan terpaku dengan dakwaan mengatakan konsep homeschooling adalah dari barat.

Seperti yang sang faqir nyatakan juga, homeschooling bukan suatu konsep yang dibawa oleh golongan elite sahaja, ianya dilihat seperti mahu mengasingkan anak-anak dari bergaul. TIDAK. Homeschooling adalah suatu kaedah supaya anak lebih rapat dengan orang yang sepatutnya mereka rapat seterusnya membina keyakinan diri dengan membawa mereka bercakap serta bergaul dengan orang ramai, bukan mengasingkan.
Konsep homeschooling mementingkan sistem, bukan hentam keromo, baik dari segi diniyyah, akademik mahupun riadah.

Memanah, berkuda, berenang, silat dan taekwondo adalah riadah yang terdapat dalam dalam jadual anak-anak sang faqir. Perancangan perlu ada, penelitian perlu cermat, dan paling pasti anak-anak memahami setiap apa yang mereka pelajari serta amali.

Tiada masa? Sibuk? Tidak pandai? Itu adalah persoalan umum yang sering timbul. It’s all about system.

InsyaALLAH, jika ramai yang berminat dengan sistem dan konsep ini, sang faqir akan cuba menyusun jadual kuliah secara bersiri di TIAF untuk para ibubapa yang bersungguh-sungguh dan jangan bimbang, ianya percuma. Yang penting adalah jangan berhenti belajar.

Semoga kita dapat menjadi ibubapa yang mithali dan prihatin dalam membentuk anak yang soleh. Aamiin Aamiin Aamiin Ya ROBBal Alamin

Sumber : FB - Wan Asrul Al-Aydrus

Kasut Anak Dara

Sebenarnya dah lama tak beli kasut Sofea.
Puncanya kaki anak cepat berpeluh.
Sama fesyen dengan papanya.
Tapi minggu lepas mak kemaruk tengok kasut comel-comel di Uptown S.Alam.

Salah satu terapi diri,shoppinglah jawapannya.


Siapa tak tergoda tengok kasut comel macam ni.
Terus terbayang anak dara kecil ni pakai.
Masa nak cari saiz dia dah gedik-gedik jalan sini sana.
Nak buka tak bagi,mak pak pun dah berkenan jadi teruskan niat beli.
Rm45 dapat harga tawar rm30.
Puas hati.



Niat sebenar masuk Uptown sebab nak cari tudung.
Tetapi sangkut lagi tengok yang ni.
Rm35 tapi dapat harga tawar menawar rm30.
Rembat juga.
Tak apa,sekali sekala  >.<
Bila balik rumah baru tersedar- eh dua pasang kasut,macam hari raya pula.Tudung mak entah ke mana :p



Mempersembahkannnn..



27 December 2013

Detox Badan Anda - Perbezaan Antara Magnesium Sulfat Dan Magnesium Klorida

Salam Jumaat..
Hari tu mencari info tentang garam untuk detox dan terjumpa satu artikel tentang beza kedua-dua jenis magnesium ini.
Jom manfaatkan info ini.

"Menurut Daniel Reid , pengarang The Tao of Detox , magnesium sulfat , biasanya dikenali sebagai garam Epsom, cepat dikumuhkan melalui buah pinggang dan oleh itu sukar untuk mengasimilasikan .
Ini akan menjelaskan mengapa sebahagian kesan daripada mandi garam Epsom tidak bertahan lama dan mengapa anda memerlukan lebih banyak magnesium sulfat dalam mandi daripada magnesium klorida untuk mendapatkan keputusan yang sama.
Magnesium klorida mudah diasimilasikan dan dimetabolismekan dalam badan manusia.
Walau bagaimanapun , garam Epsom digunakan secara khusus oleh ibu bapa kanak-kanak autisme kerana kekurangan sulfat ,sulfat juga penting pada badan dan keluar menjadi sisa melalui air kencing kanak-kanak autistik.

Untuk tujuan detoksifikasi selular dan penyucian tisu,paling berkesan adalah magnesium klorida , yang mempunyai kesan perkumuhan yang kuat ke atas racun terperangkap dalam tisu badan , dan akan keluar melalui liang-liang kulit.
Ini adalah hidroterapi kuat yang menarik toksin daripada tisu-tisu , mengisi semula zat kepada "cecair penting" sel-sel dan mengembalikan magnesium selular untuk tahap yang optimum.
Magnesium Klorida selamat, dan digunakan pada seluruh tumbuh-tumbuhan dan bidang pertanian.
Ia tidak merengsa kulit pada kepekatan yang lebih rendah , dan kurang toksik daripada garam biasa.

Magnesium Klorida  bukan sahaja tidak berbahaya untuk tisu, tetapi ia juga mempunyai kesan yang besar ke atas aktiviti leucocytic dan fagositosis , maka ia adalah sesuai untuk rawatan luka luaran .


CARA UNTUK menambah atau menaikkan MAGNESIUM dengan CEPAT :

Makanan suplemen  mungkin yang pertama kita akan berfikir .
Walau bagaimanapun , tidak semua daripada kita boleh menyerap magnesium dengan cekap, terutamanya jika sistem penghadaman tersumbat dengan kekotoran terutamanya kepada golongan yang berumur 30 ke atas.
Walaupun ia sihat, jika terlalu banyak magnesium diambil secara lisan(suplemen) tetapi kurang diserap oleh badan ,akan mengakibatkan bertukar fungsi sebagai julap.

Cara yang paling popular untuk menambah magnesium dalam badan adalah mandi, semburan , atau urutan. Semburan badan dan urutan cara paling ekonomi untuk melakukannya.
Hanya sembur atau mengurut badan dengan minyak magnesium sekali sehari selepas mandi.
Biarkan ia selama 1 jam, atau semalaman jika anda boleh, dan anda akan rasa kesan yang melegakan dan ketegangan magnesium tidak lama lagi.

Untuk mandi dicadangkan menggunakan kepingan magnesium sebagai cara yang lebih ekonomi untuk hasil yang terbaik.
Menggunakan kira-kira 500g magnesium klorida dalam mandian, dan 250g dalam rendaman kaki.
Prosedur tersebut adalah yang paling bermanfaat sebelum tidur , kerana kelonggaran yang mendalam akibat daripada peningkatan dan magnesium dalam badan pasti akan menggalakkan tidur.


Sumber : http://www.magnesiumoil.org.uk/2011/02/magnesium-chloride-vs-magnesium-sulphate/

24 December 2013

Inside The Vaccine - Mom And Dad,Please Read


1. The "scientist" has a point. If the anti-vaccines want to promote their stance, they should at least make sure all the important words are spelt CORRECTLY. Having said that, the "scientist" himself didn't know his "are" from his "and" anyway, so who's he to talk? 

2. Mercury and/ or thiomersal doesn't cause autism. Show me one UNBIASED study that proves that mercury does not cause neurological damage, that in turns produces a higher chance of a person getting autism. The thing is, Wakefield didn't claim that mercury directly causes autism, but causes neurological damages that MIGHT cause autism. Get your facts right. 

3. Aluminium phosphate. Well, I can't argue with the "scientist" since I already know that it is used to make the vaccine "work" better. And when I say work better, I mean putting our babies' undeveloped systems into OVERDRIVE. And we wonder why is it that we have so many kids or people with auto immune disorder nowadays. 

4. Ammonium sulphate. Dude, I know that bread and flour and perhaps a lot more other food that we consume contains ammonium sulphate. But get this, those are INGESTED, not INJECTED. By eating, this element goes through all our defence mechanism and our bodies gets to decide what to do with it. By injecting, you're bypassing everything and going straight into our bloodstream, and indirectly going into our hearts and brain. Oh, and for the record, I'm Asian and I LOVE RICE AND SELDOM EAT BREAD, THANK YOU FOR YOUR CONCERN.

5. You, my dear "scientist" are right, in that I do not possess a degree in biology. But Dr Sears has a MEDICAL degree, as do Dr Palvesky, Dr Tenpenny, Dr Wakefield, etc. Oh, you want someone in your field? How about Dr Tetyana Obukhanych, the Immunologist? Or Professor George Dick (yes, I'm aware of how funny his name sounds), the Biologist? Are you telling me that the qualifications that these people have are insignificant or less than what you have? In that case, I must find a way to let them know, that you, the "scientist" are defaming them of having unqualified qualifications and harming the lives of thousands worldwide. 

6. Do I want my kids to die an agonizing slow and painful death? Absolutely not. Do I want my kids to be injected with toxic substances that may or may not lead to an agonizing long life of vaccine injuries? Absolutely not. But it seems to me you do, but then again, maybe not. From a loving parent to another, whichever way you chose to follow, I wish you good luck. We all want the best for our children.

7. If I don't vaccinate means I don't love my children. Woah, that's a very mean thing to say to another parent. The world really needs less people like these. I have vaccinated my child with SOME vaccines and delayed (indefinitely) others. I respect parents who vaccinate, and/ or don't vaccinate their children because they, like me, are doing what they believe to be best for the well being of their children. Unlike you, I don't go around screaming my head off at pro-vaccine parents or telling their kids that their parents HATE them so much that they're silently killing them with vaccines (hey, everyone can access the Internet nowadays, who's to say my kid isn't or hasn't read your comment saying that if I don't vaccinate them means I don't love them). I don't mean to sound derogatory, if you don't have the decency to respect other parents, you have no role being a parent at all. 

This has been a rational, non-alcohol induced comment from a loving mom who would do anything to keep her daughter healthy and safe. And vaccination is not one of them, at the moment.

her original entry is here - http://notaprincessbebe.blogspot.com.au/2013/12/dear-drunk-angry-scientist-sincerely-me.html?m=1

20 December 2013

Jika Anak Demam, Apa Yang Harus Anda Buat - Tambahan Info Tentang Suppository Dan Pcm

Ibu mana yang tak risau bila anak demam.
Sampaikan ada yang berdoa pada Allah,minta dipindahkan sakit anak tu kepada ibu.
Betapa kasihnya pada anak T.T


Ini antara langkah awal penjagaan bila anak demam:

Pastikan selalu cek suhu. 
Jika di bawah 37.5, tidak perlu diberi ubat.
Hanya kawal darjah kepanasan dengan teknik sponging (letak tuala lembab di kepala,sekali sekala, lap di bahagian pelipat,ketiak,kelangkang. Utk bayi lelaki, di area ball)
Jika lebih dari 37.5 hingga 38, teruskan sponging. Pakaikan pakaian nipis. Buka kipas @ aircond. 
Jika lebih dari 38, bawa ke bilik air, mandikan dengan air suam (jangan suam sangat, jangan sejuk macam air paip). Sebab air akan terkena udara, sekejap saja menjadi sejuk. 
Mulakan dengan kaki ke atas. Biarkan anak bermain dengan air dalam 10-15 minit.
Jangan sampai menggigil (maknanya air sejuk).
Lapkan secara minimal, pakaikan diaper dan baju tanpa lengan.
Biasanya suhu akan turun dalam masa setengah jam.
Jika suhu naik semula,lebih dari 38,(Dan turun naik, tetapi lebih 38), beri ubat demam. 
Dan suruh anak minum air masak.. Jika sempat, beri anak hirup sup ayam. Pastikan anak kekal aktif. Jika nampak letih dan suhu telah melebihi 39, disarankan ke hospital. 
(Lap badan daripada bahagian bawah ke atas, jangan terus daripada kepala)

Jika suhu melebihi 39 dan menghampiri 40, sekiranya berlaku sawan tarik atau fit, bukakan semua baju. Pastikan anak dalam keadaan sedar. Pegang kaki, tangan.

Tengok sama ada dalam keadaan kejang atau mengeras.
Baringkan di atas permukaan rata, dan mengiring. 
Jangan beri minum atau ubat. 
Pastikan dia bernafas. (dekatkan telinga kat mulut anak).
Biar dia sedar, baru bawa ke bilik air untuk mandikan.
Jangan guna ais, nanti badan terkejut.
Biasanya sawan terjadi dalam masa 5 minit tetapi ada kes bayi  kena sawan berulang-ulang.
Untuk kedua-dua keadaan, terus bawa ke hospital.

(Suhu 40++ bawa ke hospital untuk rawatan lanjut)


INFO PARACETAMOL DAN SUPPOSITORY


Tambahan info:
1.Cool fever TIDAK berkesan menurunkn suhu,cuma mungkin boleh kurangkan pening/kepala tidak selesa sebab suhu yang tinggi. Gantikan dengan jerlum asam jawa atau daun bunga raya (bunga raya putih lebih bagus).

2. Paracetamol(PCM) adalah ubat demam+painkiller. 

Bila dah beri suppository (ubat bontot) TIDAK BOLEH diberi oral/sirap PCM serentak atau jarak kurang 8 jam. 
Supp umpama injection. Dadahnya terus masuk dalam darah. Toksik pada hati sekiranya dos melebihi tahap selamat pada suatu masa. 
Supp harus ditangguh dan tidak sesuai untuk bayi umur bawah setahun. (ramai tak tahu,boleh periksa dengan membaca details di package insert). 
Hanya boleh diberi atas arahan doktor bila anda dah ke klinik,dan pastikan dengan doktor anda sama ada supp boleh diberi pada bayi anda. 
SETIAP BAYI TAK SAMA.

Info lain tentang PCM :
http://buahpinggangsihat.com/penjagaan-buah-pinggang/tahukah-anda-bahaya-paracetamol/

Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol (Panadol adalah PCM yang paling terkenal) ialah:

a) Hepatotoxicity(rosak hati): 

Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10g atau lebih dalam sehari, atau 5g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. 
Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin.
 Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan keracunan dan juga maut.

Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). 

Perlu dingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka yang meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. 
Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.

  •  Nefrotoxicity (rosak buah pinggang).Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis.
  •  Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.
  •  Allergic (pada sebahagian individu)


3. Pastikan anda ada termometer,suhu bayi tidak boleh diagak-agak.

4. PCM juga menganggu gluthathione synthesis yang penting dalam proses pemulihan,menyebabkn demam atau penyakit berpanjangan.Sebab itu tidak digalakkan terlalu cepat dan terlalu kerap bg ubat demam. 


5. Tak bagi PCM tak sama dengan BIAR ANAK. Jangan salah faham. PCM IS A SHORT CUT. 
Jadi ibu kena buat lebih dari bagi anak mkn ubat.
- Monitor suhu,sponging dan pakaikan baju nipis.
- Masak bubur dan kisar jadi cair.
- Buat sup ayam atau sup tulang. (membantu menaikkan sistem imun)
- Buat jus buah (jangan bebankan sistem pencernaan anak dengan makanan keras)
- Minum air kelapa muda segar , barli , kembang semangkok atau air asam jawa untuk melawan virus dan menurunkan suhu badan.
- Makan antiviral foods seperti bawang putih, halia, kunyit, brocoli

Juga boleh gunakan petua Natural remedies dengan menggunakan stokin/socks:

A. GARLIC SOCKS (Stokin Bawang Putih) - Onion socks juga boleh)
Letakkan bawang putih pada stokin anak. 

Caranya : 
Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit seperti  jenis berkait atau yang berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yag telah ditumbuk (tidak perlu lumat)
Untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu panas (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sebab kepanasan bawang putih). 
Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan  minyak bawang putih sahaja yang dibuat sendiri.
Caranya, bakar seulas bawang putih bersama kulitnya, kemudian lenyekkan pada olive oil atau minyak masak dan sapukan pada tapak kaki anak.

Untuk anak yang lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. 

Biar anak tidur semalaman begitu. 
Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. 
Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus . 
Sila lakukan patch test (percubaan letak sikit2 pada kulit anak, jika ada keradangan sprt merah, hentikan penggunaannya kerana kulit anda tidak tahan panas garlic)


B. LEMON SOCKS

Rendamkan stokin dalam perahan air lemon dengan air sejuk.Perah sedikit kemudian pakaikan pada kaki anak.
Ulang semula proses sehingga suhu badan turun.
Sifat asid pada lemon menarik haba keluar dari dalam badan.


C. APPLE CIDER VINEGAR SOCKS

Rendamkan sepasang stokin dalam campuran cuka epalr cuka dan air sejuk. Perah dan pakaikan di kaki anak.
Jika kering,rendam lagi sekali sehingga suhu panas turun.
Sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

D. EGG WHITE SOCKS (bagi yang tidak alah pada telur) :

Rendamkan sepasang stokin pada putih telur dan pakaikan di kaki.

6. Penting,fokus untuk kuatkan sistem pertahanan badan.. Demam adalah petanda baik bahawa badan sedang membina antibodi.B
eri anak-anak makan makanan yang kaya dengan VITAMIN C, antioksidan,probiotik atau olivenol

7. Demam disebabkan virus TIDAK PERLU ANTIBIOTIK, antibiotik cuma membunuh bakteria baik dan jahat. Jika sudah terambil, perlu habiskan dan selepas itu perlu makan probiotik supaya bakteria baik kekal dalam badan. Antibiotik adalah jalan terakhir digunakan jika sudah tidak terkawal (jika sudah nampak tanda-tanda akan berlaku jangkitan seperti tonsil bernanah atau lainnya).

8. Elakkan sebarang pengambilan vaksin.

9. Kerapkan susu ibu, jika anak tidak boleh makan antiviral foods, vitamin dan penawar lain, ibu yang menyusukan boleh makan dan khasiatnya akan diserap oleh anak. Dalam apa keadaan penyakit pada bayi, susu ibu adalah penawar utama.

10. Kerapkan beri minum air suam atau cecair lain yang sesuai (jus atau sup).

11. Elakkan pengambilan gula, kerana gula adalah makanan virus dan bakteria juga. Gula membantu pembiakan dan mengaktifkan virus atau bakteria.

DEMAM MELEBIHI 5-7 HARI PERLU BUAT UJIAN DARAH UNTUK PASTIKAN PUNCA DEMAM ITU.



Sumber : Laman Kesihatan Ibu Dan Anak - Kini GNRAM

19 December 2013

Berita Sedih

Masih terkejut sebenarnya.
Salah seorang rakan sekerja disahkan menghidap kanser usus peringkat ke 4.

Sedih kan.
Umur masih muda.
Anak masih kecil.
Perjalanan masih jauh.

Biar pun bukan sebangsa dan bukan seagama, tapi sebab dah kenal,terasa sebak bila dengar khabar tu.
Bermula dengan selalu sakit perut,sukar membuang air besar berakhir dengan keputusan dari doktor pagi tadi.

Terasa kuat tamparannya.
Patut la minggu lepas perasan kawan ni makin kurus,pucat semacam.
Ada yang cakap lepas makan ternampak dia muntah semula.

Saya ada terbaca dalam buku Tips sihat Gaya Rasulullah,
amalkan meminum teh hijau untuk membuang radikal bebas dalam badan.
Radikal bebas inilah yang menjadi punca kanser.
Dari mana radikal bebas ini?
Nanti saya akan kongsikan di entry lain.

Sama-sama kita doakan semoga sahabat ni tabah dan kuat. 




18 December 2013

Ya Bunayya - Anak Dara Semakin Membesar

Dah lama tak kongsi gambar anakanda di sini.
Perkembangannya tak adalah mengembang sangat cuma makin meninggi.
Perangai pun Subhanallah..
Mengucap mak dan pak ko ni nak..

Gambar masa di surau Giant.
Mulanya risau Sofea buat hal.
Takut dia lari sana sini,kacau orang tengah solat.
Tapi,alhamdulillah.
Sebaik masuk dalam surau,bisik kat dia.
' Sofea duduk diam-diam.Orang lain nak solat.'
Dia angguk kepala.

Dia tunggu mak siap solat baru buat perangai T.T
Dia pergi intai orang tengah rukuk.
Bila nampak orang lain tengah kemaskan tudung depan cermin,dia pun buat-buat kemaskn rambut.







Mak siap solat,dia pula ganti sujud.
Setiap kali sebut Allahuakbar,dia sujud lagi.



Sesi bagi makan di tepi tingkap.
Suap nasi lembik dengan lobak campur serbuk ikan bilis.
Back to baby sebab ulser menyerang.
Alhamdulillah sekarang dah sihat sepenuhnya.



16 December 2013

Kesan Antibiotik Terhadap Sistem Imun Badan

"It is ironic that this humble fungus, hailed as a benefactor of mankind, may by its very success prove to be a deciding factor in the decline of the present civilization.”
-Dr. John I. Pitt, The Genus Penicillium, Academic Press, 1979

Sebagai seorang doktor perubatan, perasaan saya bercampur-campur apabila saya menulis tentang artikel mengenai antibiotik. Ia nampak seolah-olah tiada langsung kebaikan antibiotik tetapi tidak dinafikan bahawa antibiotik telah menyelamatkan jutaan nyawa sewaktu masalah bacterial resistance (kekebalan bakteria) tidak menjadi suatu masalah besar seperti sekarang. 

Betapa banyak antibiotik yang biasa saya gunakan dahulu sekarang tidak berguna disebabkan kekebalan bakteria yang semakin kuat dan kedapatan banyak penyakit-penyakit baru disebabkan penggunaan antibiotik yang tidak terkawal.Antibiotik bukanlah satu-satunya cara untuk merawat jangkitan. 

Benar, antibiotik memang boleh membunuh bakteria yang menjadi punca utama kepada masalah penyakit.Selepas bakteria dihapuskan menggunakan antibiotik, masalah yang sama berulang kerana masalah yang utama ialah sistem imun (pertahanan) badan tidak mampu berhadapan dengan bakteria. Antibiotik digunakan adalah seperti tentera upahan untuk membunuh musuh, walhal masalah yang utama ialah sistem pertahanan diri yang lemah.

Antibiotik membunuh semua jenis bakteria, tanpa mengenal bakteria baik atau bakteria jahat.
Sebenarnya badan kita mempunyai bakteria semulajadi yang baik. membunuh bakteria baik akan mengganggu seterusnya melumpuhkan lagi sistem pertahanan badan kita.
Penggunaan antibiotik secara berterusan menyebabkan ia tidak lagi sekuat dahulu, juga menyebabkan pembiakan bakteria baru yang tidak mampu dibunuh oleh antibiotik ini. 
Tambahan pula, keseimbangan bakteria baik semulajadi di dalam sistem pencernaan kita terganggu dengan antibiotik ini lantas merosakkan sistem penghadaman, seterusnya menganggu sistem pertahanan badan.

Dalam tubuh badan manusia dewasa, terdapat banyak bakteria dan kulat yang baik tinggal dalam usus anda.
Kuman-kuman baik ini bersaing untuk mendapatkan nutrien daripada makanan yang anda makan. 
Kuman-kuman baik ini juga menghasilkan beberapa vitamin seperti vitamin B yang bermanfaat untuk anda. Penggunaan antibiotik secara tidak terkawal dan berulang-ulang juga menyebabkan kulat membiak di dalam usus anda.
Walaupun kulat adalah organisma yang baik dalam usus anda, antibiotik yang digunakan menyebabkan ia membunuh bakteria baik dan ini menyebabkan ketidakseimbangan di dalam usus anda dan menyebabkan kulat spesis candida membiak dengan tidak terkawal. 

Apabila ia membiak dengan tidak terkawal, terutamanya apabila ia mendapat gula sebagai sumber tenaga,kulat ini mampu membocorkan usus anda dan menyebabkan anda mendapat sindrom kebocoran usus (leaky gut syndrome). 
Kulat ini juga menyebabkan anda ketagih gula dan karbohidrat seperti pasta, roti, gula pasir, dan kentang.Ini seterusnya menyebabkan peningkatan berat badan dan komplikasi penyakit.

Usus yang bocor menyebabkan alahan makanan kerana makanan separa hadam akan terus ke salur darah tanpa dicerna, melalui lubang-lubang akibat tindakan kulat ini tadi. 
Apabila makanan ini terus masuk ke salur darah, sistem pertahanan badan mengenali mereka sebagai bendasing dan terus menyerangnya menyebabkan kita mengalami alahan makanan. 

Meskipun kita cuba mengelak daripada mengambil antibiotik, kita masih berhadapan dengan ancaman ini kerana binatang ternakan biasanya sudah disuntik dengan antibiotik dan ianya memang sudah sebati dengan darah daging ternakan tersebut.

Solusinya? 
Belilah daging organik ataupun yang dicop bebas antibiotik.

Adalah tidak elok jika persoalan dan permasalahan tersebut, saya tidak berikan penyelesaiannya.
Ini beberapa cadangan yang saya fikir baik untuk anda.

 1. Binalah sistem pertahanan diri anda dengan mengambil prebiotics setiap hari untuk memastikan bakteria baik dalam usus yang mendapat nutrien secukupnya dan elakkan memakan makanan yang telah diproses yang mengandungi banyak gula. Gula akan dimakan oleh kulat, dan selulosa akan dimakan oleh bakteria jahat, dan gula tidak larut inilah yang dimakan oleh bakteria baik. Gula jenis tidak larut terdapat pada getah arab, lactulos dan pektin. 
Pastikan anda mendapat karbohidrat kompleks yang seimbang dan protein secukupnya dengan sedikit senaman yang berterusan.

2. Ambil probiotics selepas anda mendapat antibiotik untuk membina kembali bakteria baik di dalam usus anda. Probiotic semulajadi seperti yogurt dan kimchi juga baik.Sebaiknya elakkan pengambilan antibiotik.

 3. Minta doktor anda berikan anda nystatin (sejenis antifungal) sewaktu anda mengambil antibiotik tersebut. Ini membolehkan populasi kulat dalam perut anda dapat dikawal.

4. Ambil rawatan yang semulajadi seperti homeopathy, akupuntur, rawatan resonan selular, terapi magnetic pulse, daripada menggunakan antibiotik. Rawatan-rawatan ini baik kerana ia menggunakan sistem pertahanan badan berbanding membunuh organisma tersebut di dalam badan.


Sumber : Dr.Suriya Osman ( Pakar Homoepati)


15 December 2013

Resepi Kuih Berlauk Sihat Untuk Anak Anda


**Bahan - bahan :
1. 1 biji telur
2. Lobak disagat halus
3. seleri dipotong dadu
4. daun bawang potong halus
5. 1 sudu besar susu segar
6. 1 sudu kecil yogurt asli

7. ayam cincang

**Cara- cara :

1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati kemudian masukkan dalam bekas kecil.
2. Kukus selama 10 minit.


Sumber : Solif Food For My Baby (Nur Hayatie)

** Nama resepi diolah sendiri.

**Nota :
Susu segar hanya untuk bayi setahun ke atas.

14 December 2013

Resepi Bebola Kentang Untuk Anak Kesayangan


Resepi dan gambar asal   - 
Puan Shirley Sokmum
Dari : Solid Food For My Baby
*(terdapat sedikit olahan ayat)



Cara- cara :
1. Rebus kentang sehingga lembut
2. Campurkan dengan ayam yang dicincang,lobak dan kubis yang dihiris halus.
3. Bentukkan menjadi bulat.
4. Salutkan dengan serbuk roti/breadcrumbs
5. Goreng sehingga keemasan.


Nota :

Untuk anak yang kurang berumur 2 tahun, tidak perlu garam dan gula sebagai perasa tambahan.

13 December 2013

Resepi Apam Gula Molasses Untuk Toddler





 - Untuk buat gula hangus

* 3sdb gula molasses

* 1 cawan air

 


- Bahan- bahan lain


1 biji telur

2 sdb minyak jagung


1 sdb unsalted butter 


2 sdb susu segar


1 sdt soda bikarbonat & baking powdr ( organik - boleh beli di NHF)


1 1/2 cawan tepung atta


2 sdb yogurt asli (optional)



Cara - cara  :


1. Gula dihanguskan lepas tu campurkan air.Tuang air perlahan-lahan kemudian sejukkan.

2. Gunakan blender/mesin pengisar -  masukkan telur,susu,minyak dan u/butter blend 


dalam 3-5 minit .

3.Masukkan gula hangus tadi bersama dengan soda & baking pwder dan teruskan mengisar.


4. Akhir sekali masukkan tepung dan kisar lagi sehingga sebati.


5. Kukus adunan dalam bekas kecil tapi pastikan sapu bekas dengan minyak sikit supaya 


adunan tidak melekat.

6. Kukus selama 20-25 minit.


Sumber : Nur HayatieSolid Food for My Baby :)

12 December 2013

GDM/Diabetis Ketika Mengandung - Risiko Dan Rawat

Anda disahkan positif GDM?
Jangan risau.
Ada penyelesaian secara natural.
InsyaAllah.

GDM ialah Gestational Diabetis Mellitus ( Diabetis Semasa Hamil).
Berlaku semasa hamil sahaja disebabkan hormon yang dikeluarkan oleh uri menganggu keberkesanan insulin yang menyebabkan kandungan gula dalam darah tinggi.
GDM juga berlaku disebabkan kurangnya gula yang baik dan akhirnya badan terpaksa menghasilkan gula sendiri melalui protein atau lemak.

Siapa yang berisiko
1. Berat badan lebih 80kg/ BMI >30
2. Sejarah keluarga mempunyai kencing manis 
3. Sejarah kandungan lalu mengalami GDM
4. Umur >25 tahun 
5. Mempunyai sejarah anak mati dalam kandungan, lahir mati dan keguguran berturutan (lebih 3 kali)
6. Sejarah berat lahir bayi > 4kg
7. Air mentuban banyak
8. Jangkitan disaluran kencing yang berulang
9. Kehadiran glukos dalam air kencing sebanyak 2 kali

Kesan Pada Bayi
1. meninggal dalam perut
2. Macrosomia (berat > 4kg)
3. bahu tersangkut
4. Respiratory Distress Syndrome
5. Jaundis (kuning)
6. mengalami kencing manis II di kemudian hari
7. lewat perkembangan dan pembesaran

Kesan Pada Ibu
1. peningkatan insiden preklampsia (sawan)
2. peningkatan kelahiran dengan kaedah pembedahan
3. kecederaan di bahagian salur peranakan
4. peningkatan insiden jangkitan saluran kencing (UTI)
5. mengalami kencing manis di kemudian hari

Cara Mengatasi/Merawat
1. Hentikan pengambilan makanan yang diproses (processed/instant food).
2. Amalkan sesudu madu 30 minit sebelum menikmati makanan utama ( major meal)
3. Makan 7 biji kurma sehari

Mengapa perlu madu dan kurma
1. Glukos yang terdapat dalam darah adalah glukos (gula ringkas) yang tidak baik - tidak sempurna pencernaannya.
2. Glukos yang tidak baik terhasil dari pengambilan berlebihan karbohidrat,gula putih dan tidak digunakan oleh sel untuk menghasilkan tenaga.
3. Bila kita mengambil madu,glukos sihat akan bertindak menguatkan fungsi buah pinggang dan hati dan menyingkirkan peredaran glukos yang tidak baik.
4. Sebenarnya diabetis menentukan gangguan dalam hemostasis glukosa dan bukan setakat paras glukos sahaja.
5. Sel badan tidak akan menerima glukos tidak baik untuk sistem metabolisme. 
6. Kurma memberi tenaga pada badan kerana orang yang suka berfikir,otaknya akan menggunakan tenaga segera dari glukos.

Sumber info : PTT






07 December 2013

Tips Merawat Rambut Kering Dan Rosak






Rambut yang terlalu kering menyebabkan rambut bercabang.

Rambut ada asid amino semulajadi. Kekerapan menggunakan syampu komersil yang banyak bahan kimia, penggunaan pengering rambut antara punca rambut jadi kering dan bercabang.


  • Lepas cuci rambut, sapukan minyak zaitun di hujung rambut. Buat dengan kerap. Boleh juga buat urutan kulit kepala menggunakan minyak zaitun atau VCO. Balut dengan kain bersih dan biarkan semalaman. 

  • Sebulan sekali boleh buat masker rambut. Campurkan madu, telur kuning dan VCO/minyak zaitun. Biarkan di kepala selama setengah jam sebelum basuh bersih.

  • Selain itu, masker betik pun bagus. Ia kaya protein. Rambut perlu protein untuk sihat dan bersinar. Lecek betik masak bersama yogurt dan sapukan ke rambut dan kulit kepala. Urut perlahan-lahan. Kemudian biarkan selama 30 minit sebelum basuh.

  • Gunakan syampu tanpa alkohol. Sebaiknya yang kurang bahan kimia. Boleh cuci rambut menggunakan ACV.

  • Pelembab rambut semulajadi yang baik adalah madu. Campurkan 2-3 sudu madu dengan 4 cawan air suam. Selepas syampu, sapukan pada rambut dan biarkan seketika sebelum bilas.

  • Keringkan rambut secara semulajadi. Tak perlu guna pengering rambut. Rajin-rajin juga trim rambut. Sekali setiap 6,8 minggu supaya hujung rambut yang kering boleh dibuang.

Yang paling penting jaga pemakanan. Elakkan junk food, fast food, makanan berlemak dan berminyak. Banyakkan minum air. Pemakanan yang tidak dijaga bukan saja beri kesan buruk kepada rambut tetapi kepada kulit dan kesihatan secara keseluruhan.

Sumber : GNRAM