22 February 2013

Islam Agamaku - 2

Selepas tamat tingkatan 6, terus berhijrah ke Shah Alam untuk bekerja.Niat untuk memeluk agama Islam dipendam bertahun-tahun lamanya.

Sehingga satu masa,beberapa hamba Allah bertanya tak ada niat nak masuk Islam ??
Bukan susah tapi persediaan belum cukup sepenuhnya.
Bukan juga tawar hati tapi terasa sebak mengenangkan penerimaan keluarga satu masa dulu.
Bila fikir balik dugaan yang saya alami tidak seteruk orang lain.Apatah lagi nak dibandingkan dengan halangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya.Ketara jauh bezanya.

Menginjak usia 23 tahun,saya semakin nekad untuk tunaikan niat memeluk agama Islam.Membuat   persediaan sedikit demi sedikit.Hal ini saya rahsiakan dari semua orang.Saya mula membeli telekung dan sejadah.Sepasang baju kurung hijau pucuk pisang dan tudung bawal untuk dipakai pada masa hari tu.Telefon pejabat PERKIM untuk buat temujanji.Apa yang perlu dibawa untuk proses memeluk agama Islam adalah :

- Dua orang saksi lelaki (Islam,akil baligh dan waras)
- dua keping gambar bertudung
- salinan IC sendiri
- salinan IC dua orang saksi
- dan yang paling penting,pakaian menutup aurat.

Sehari sebelum ke Perkim,saya beranikan diri untuk telefon mak di kampung.Luahkan sekali lagi niat saya.Mak terkejut sebab dia andaikan saya dah masuk Islam sejak umur 18 tahun.Saya terharu dengan pesanan mak.Saya masih ingat sampai sekarang.Dia cakap bila dah masuk agama Islam,hiduplah dengan cara Islam.Puasa dan sembahyang.Ya Allah,mengalir air mata saya.

29 March 2010
Pagi tu pergi kerja macam biasa.Tudung pula simpan dalam kereta.Dalam pukul 10 pagi kami gerak ke Perkim Shah Alam ( dalam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah).
Setibanya di sana,saya ternampak seorang makcik guard dah bersedia dengan sehelai tudung di tangan.Bila saya tunjuk tudung sendiri dia pesan agar pakai sebelum masuk masjid.Saya pakai sekadar menutup rambut kemudian masuk ruang wuduk untuk kemaskan tudung.Pertama kali pakai tudung dan tempat tu tak ada cermin.Nasib baik dah praktis di rumah sebelum ni :)

Bila dah siap bertudung, kami menuju ke pejabat PERKIM.Masa tu ada seorang perempuan baru selesai melafaz dua kalimah syahadah.Alhamdulillah.

Rasa berdebar-debar?Memang.Takut kalau tiba-tiba tak lancar masa mengucap nanti.Mula-mula ustaz tu tanya betul ke nak memeluk agama Islam.Saya angguk dan jawab ya.Kemudian dia terangkan sedikit pasal Islam.

Selesai membuat penerangan,dia minta saya isi borang berwarna hijau.Isi maklumat nama asal,nama Islam dan lain-lain.Kemudian dia tunjukkan satu buku dan belajar baca dua kalimah syahadah dalam bahasa rumi.

Bismillahnirrahmannirrahim

ASH-HADU AN LA ILAHA ILLA LLAH   WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADA RRO SULU LLAH

Ertinya ;

AKU BERSAKSI DAN BERIKRAR BAHAWA TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH, DAN AKU BERSAKSI DAN BERIKRAR BAHAWA NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH YANG TERAKHIR.


Alhamdulillah lancar saya menyebutnya.Ustaz pun terkejut.Bersyukur pada Allah SWT saya terpilih dan diberi hidayah untuk menjadi seorang muslimah.

Selesai pengislaman,ustaz hadiahkan buku agama dan nasihatkan saya supaya masuk kelas fardu ain di masjid tu.Saksi saya pula pesan supaya amalkan menyebut Allah dalam hati.

Kami balik ke tempat kerja dan rakan-rakan sangat terkejut dengan perubahan saya.
Kenapa bertudung?
Saya dah masuk Islam.
Mereka (kawan perempuan) memeluk saya dengan erat.Terasa kasih sayang sebagai saudara Islam.
Nikmatnya hidup sebagai Islam.
Alhamdulillah.

21 February 2013

Makan Dan Terus Makan

Berehat sehari dari Diet Atkins.Aci tak?
Ini semua cerita semalam.Hari ni baru mula fasa kedua.


 
Birthday girl (woman) make a wish
 

 
 Chestnut & choc cake

 
Ini bahagian untuk saya.Mampu tak makan krim saja T_T

 
Lunch time

 
Boss belanja makanan Baba & Nyonya

 
#bibiwok nyonyathaicuisine,Glenmarie Shah Alam#
Menu dan harga hebat tapi rasa tak sehebat yang disangka.

 
Green tea yang clear


The menu


 
Lou Sang lagi..

 
yummy!!!
 
 
Alhamdulillah. *Sampai sekarang tak tau apa benda warna hitam tu.Dorang campur dalam masakan macam rendang ayam.Paling teruk semua reject menu tu sebab ada bau lain macam.wakakaka
 

 
Ok,kenyang.Mari bergambar dengan dua biji pau di celah pipi :)

Untuk feedback,tak berapa best makan kat sana.Lauk pauk biasa saja.Colleague pun cakap benda yang sama.Paling tak tahan dengan waitress yang serabai.Ouchh,risau rambut dia jatuh ke atas makanan.

Islam Agamaku

Masih segar dalam ingatan saat minta kebenaran nak masuk Islam dengan mak.Masa tu umur 18 tahun.Sepatutnya boleh buat keputusan sendiri tentang pemilihan agama tapi memikirkan perasaan mak dan keluarga lain,gagahkan diri untuk bersuara.

Masa tu off day.Tak bekerja.Baru bangun lepas tu terus ke belakang rumah.Mak tengah basuh baju.Spontan mulut ni bagi tahu mak ada benda nak cakap.Bila mak tanya apa,terus cakap nak masuk Islam.Mak pula buat reaksi selamba sambil tanya kenapa nak masuk Islam.Saya pun cakap sebab memang niat nak masuk dan minat dengan Islam.Perbualan mati di situ.Mak tak marah dan tak cakap apa-apa.

Keesokkan harinya,balik dari kerja, kakak terus sentap dan heret tangan saya dari jalan masuk ke rumah sampai di ruang tamu.Habis kena maki hamun.Kena tuduh terpengaruh dengan duit,dituduh nak buang keluarga.Mak hanya diam.Abang pula siap nak kurung dalam bilik.Sempat lari masuk bilik air dan kunci sambil nangis sepuas-puasnya.Dah lega baru keluar dan masuk bilik untuk tidur tanpa makan dan mandi.

Bangun pagi kemas semua baju masuk dalam beg.Bukan sakit hati sebab tak dibenarkan masuk Islam tapi sebab tak diberi peluang untuk bersuara.Dilayan macam budak-budak.Kebetulan pula semalam hari terakhir bekerja sebab dapat tawaran masuk Tingkatan 6.Nekad balik kampung seorang diri.Dalam fikiran apa nak jadi pun biarlah terjadi.

Akan bersambung...

20 February 2013

Sejak Bila Minat Agama Islam

Zaman sekolah memang seronok.Di sekolah dapat jumpa kawan-kawan.Bila balik rumah memang tak dapat ke mana-mana.Mak sangat garang.Satu langkah nak keluar rumah satu kali juga disebat.Sila duduk dalam rumah jaga adik dan buat kerja rumah.

Sejujurnya saya tak menikmati sepenuhnya zaman kanak-kanak riang macam orang lain.Orang lain ada pengalaman mandi sungai,main masak-masak,main basikal setiap petang dan banyak lagi.
Tapi saya bersyukur dapat mak yang garang.Saya ada pengalaman untuk bawa ke alam dewasa.Pengalaman yang mengajar saya untuk berdikari.

Hari pertama masuk Darjah Satu,ada seorang ustazah masuk dalam kelas.Dia bertanya siapa yang beragama Islam sila angkat tangan untuk masuk kelas jawi.Maksudnya untuk kelas Pendidikan Islam.Saya hampir-hampir nak angkat tangan tapi sempat berfikir yang saya ni bukan Islam.Dalam hati terdetik, 'kan bagus kalau saya ini Islam'.
Saya tak tahu apa sebenarnya Islam.Hanya tahu itu adalah agama selain agama Kristian.Teringin nak belajar tulisan jawi sebab masa tu dah pandai ABC :)

Masuk Darjah Enam, kawan - kawan perempuan Islam dah mula pakai tudung.Dalam hati,dorang sangat cantik.Bila balik rumah,masuk dalam bilik terus capai tuala buat tudung dan menghadap cermin.Ya Allah, terkesima sekejap.Alangkah bagusnya kalau boleh pakai tudung setiap hari.

Bila masuk sekolah menengah, lagi ramai kawan-kawan agama Islam.Entah kenapa saya lagi minat bergaul dengan yang beragama Islam.Saya rasakan dorang sangat merendah diri.Tak ada istilah siapa yang paling cantik,siapa yang ramai peminat,siapa yang banyak duit belanja.Bila dorang solat Zohor saya rasa sunyi.Ternanti-nanti dorang balik dari surau.Saya pernah tanya dengan dorang apa dosa kalau tak solat.Dorang jawab memang berdosa.Sebenarnya saya maksudkan apa hukuman orang yang tak solat.Contohnya kalau orang mencuri kena potong tangan.

Masa tingkatan 4, saya pernah minta seorang kawan ni tuliskan surah al-fatihah dalam tulisan rumi.Sebenarnya saya nak hafal surah tu.Sebelum tu juga saya dah belajar mengucap dua kalimah syahadah.Ya Allah, mengalir air mata saya masa tu.Selepas tu saya cuba elakkan makanan yang haram dalam Islam.Hal ni hanya seorang saja yang tahu iaitu cikgu saya.

Masuk alam pekerjaan, mula beli tudung tapi tak pakai lagi.Selain tu,beli buku-buku tentang Islam.Sangat suka pakai baju kurung dan tetap suka berkawan dengan yang beragama Islam.Pergi sembahyang di gereja?Memang tak pernah.Pernah pergi pun tapi boleh kira pakai jari masa zaman sekolah.

InsyaAllah,akan bersambung..

Sudikah Membaca?

Terdetik di hati nak berkongsi pengalaman hidup sebagai mualaf.
Dari saat mengucap dua kalimah syahadah sehingga kini.
Saat-saat menerima hidayah dari Allah SWT.
Perasaan ketika dicemuh,diduga dan diperli.
Pengalaman berkursus bersama saudara mualaf yang lain.
Pengalaman ketika mengikut kelas fardu ain,beraya untuk kali pertama.
Dan banyak lagi.

InsyaAllah jika diberi peluang saya akan buat entri satu persatu.
Semoga ini sebahagian dakwah untuk menarik minat orang lain untuk mengenali Islam.
Amin.

Caturan Hidup

Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan.
 
 Hidup tak selamanya indah
Juga tak berakhir dengan kepahitan
Pengorbanan dipandang sepi
Kepahitan dibiar berlalu
Sisanya untuk pengajaran.
 
 
Sedih dalam sendiri
Gugurnya sejuta harapan
Senyap tanpa bicara
Menatap ilusi sendiri
Terbiar dalam kehampaan
Ke mana lagi kaki melangkah.
 
Tersedar dari lamunan panjang
Bergerak dan membuka lebaran baru
Semoga sinar melenyapkan kegelapan
Sehingga mampu berdiri teguh.
 
Senyum penawar duka
Saat usia semakin larut
Menanti terbujur kaku
Dekatkan kepadaNya
Syurga didambakan
Itulah makna kehidupan hakiki.
 
 
 
 

For The Rest Of My Life


19 February 2013

Diet Atkins - Hari Keempat Belas

Horeeyy merdeka selepas ini!!!

Last fasa induction hari ni.Macam tak percaya boleh kawal makan selama 14 hari (kecoh plak)
Makluman,timbang berat badan terpaksa tangguh sebab tengah period.Weee...Bertambahlah suprise lagi.

Untuk diet atkins fasa kedua,ada setengah kacang dan buah saja boleh makan.Pengambilan karbo pula ditambah 5g untuk setiap minggu.

Sarapan : ayam goreng, brocoli grill
Tengahari : daging masak lada hitam,sambal terung,ikan pari asam pedas
Malam : ayam kicap,ikan asam pedas ( tak amik kuah kicap)

Diet Atkins - 10 Cara cara Untuk Berjaya Di Induksi (2 Minggu)

Fasa Induksi adalah pengenalan pertama anda untuk Atkins. Ini adalah kali apabila anda mempunyai peluang untuk melonjakkan berat badan anda, dan ia membolehkan badan anda untuk menjadi biasa untuk membakar lemak untuk bahan api dan bukannya karbohidrat. Jika anda berjaya dalam Induksi, Fasa seterusnya Atkins harus menjadi semakin mudah. Berikut adalah 10 cadangan untuk membuat Induksi kejayaan, dan menetapkan peringkat untuk penurunan berat badan yang berterusan dalam tiga Fasa seterusnya Atkins.


1) Count karbohidrat bersih anda. Membuat sebahagian 20 gram anda karbohidrat bersih (gram karbohidrat jumlah tolak gram serat, yang mempunyai hampir tiada kesan pada t darah sugar.Don anda lupa untuk mengira jus lemon dan lain-lain perasa diterima dan termasuk 1 gram karbohidrat bersih bagi pengganti gula. Dan yang paling penting, tidak menggunakan elaun karbohidrat anda untuk makanan yang tinggi gula dan kanji dan rendah serat. Dan dengan cara semua, jangan memotong karbohidrat bersih dan protein pengganti dan lemak.

2) Makan sayur-sayuran anda! Pastikan anda makan 12 hingga 15 gram karbohidrat bersih anda dalam bentuk sayur-sayuran asas. Jika anda tidak, anda mungkin sembelit, yang boleh memberi kesan nombor pada skala anda. Serat dan kelembapan dalam sayur-sayuran juga membantu anda berasa kenyang dan berpuas hati. ). Anda boleh mempunyai salad besar pada waktu makan tengah hari, salad sampingan pada majlis makan malam dan masih mempunyai beberapa hidangan sayur-sayuran kegemaran anda yang dimasak.

3) Minum air anda. Lapan cawan setiap hari adalah syor standard, tetapi anda lebih besar dan lebih aktif, lebih banyak yang anda perlukan. Dua cawan boleh datang dari kopi atau teh (berkafein adalah denda), herba teh, gula-gula soda atau sup. Selagi air kencing anda adalah jelas atau pucat, anda minum cukup. Jangan pernah sedikit sekali pada cecair dalam usaha sesat untuk melihat nombor yang lebih rendah apabila anda melompat pada skala. Tidak minum air yang mencukupi sebenarnya membuat badan anda mengekalkan cecair sebagai mekanisme perlindungan.

4) Ambil sedikit garam (atau sup atau tamari / kicap) untuk mengelakkan mengalami kelemahan, sakit kepala, kekejangan otot atau kepala sebagai peralihan badan anda terutamanya membakar lemak untuk tenaga. Sejak Atkins adalah diet diuretik semulajadi, anda tidak perlu untuk mengelakkan garam untuk mengurangkan pengekalan air. Gejala boleh hasil daripada ketidakseimbangan elektrolit yang disebabkan oleh kehilangan mineral bersama-sama dengan cecair. Awas: terus untuk menghadkan garam jika anda sedang dirawat untuk tekanan darah tinggi atau doktor anda telah menasihatkan anda untuk menghadkan pengambilan natrium.

5) Makan 4 hingga 6 auns protein dimasak pada setiap waktu makan, bergantung kepada ketinggian dan jantina anda. Seorang wanita genit boleh kenyang oleh 4 auns; seorang lelaki mungkin perlu 6 auns. Seorang lelaki yang sangat tinggi juga mungkin perlu sedikit lebih. Makan terlalu banyak protein protein atau makan sahaja dan bukan sayur-sayuran atau sebaliknya, skimping pada protein, akan mengganggu dengan kehilangan berat badan dan / atau meninggalkan anda lapar dan tertakluk kepada ketagihan karbohidrat.

6) Makan cukup lemak untuk berasa berpuas hati. Anda perlu lemak untuk membantu merangsang pembakaran lemak badan. Dan jika anda sedikit sekali pada lemak dan makan jumlah yang betul protein dan karbohidrat, anda akan lapar dan memberi ke dalam menggesa untuk karbohidrat. Ingat, lemak semulajadi adalah denda apabila anda mengawal pengambilan karbohidrat. Sebaliknya, jangan menganggap anda boleh makan seberapa banyak lemak yang anda mahu. Kalori daripada lemak tidak menambah, walaupun pada diet rendah karbohidrat.

7) Watch untuk karbohidrat Tersembunyi. Hanya dengan membaca label pakej, anda boleh mengelakkan mereka tambah gula dan lain-lain karbohidrat sneaky. Hanya kerana pakej mengatakan ia rendah kalori tidak bermakna ia adalah rendah dalam karbohidrat. Elakkan produk berkalori rendah melainkan mereka sedang dilabel sebagai karbohidrat rendah. Begitu juga, menggunakan versi penuh lemak mayonis, sos salad dan sebagainya. Rendah lemak versi makanan berbungkus hampir setiap kali menambah gula untuk menggantikan rasa yang dibawa oleh minyak. Jika label adalah jelas, menyemak makanan di kaunter karbohidrat.

8) Menulisnya. Catatkan apa yang anda makan dalam jurnal pemakanan setiap hari atau menggunakan semua alat yang hebat dalam Komuniti untuk memantau kemajuan anda dan merancang makanan anda. Meletakkan pena untuk kertas (atau jari untuk keyboard) membolehkan anda untuk melihat corak anda mungkin terlepas sebaliknya. Anda akan juga cepat melihat jika anda sedang memakan lebih karbohidrat daripada anda berfikir anda.

9) Watch kalori anda. Walaupun anda tidak perlu untuk mengira kalori pada Atkins, ini tidak bermakna anda boleh menikmati protein, lemak dan asas sayur-sayuran percuma untuk semua. Terlalu banyak apa-apa jua yang akan menyebabkan berat badan anda ke gerai, atau menyumbang kepada pertambahan berat badan. Jika ini mula berlaku kepada anda, anda mungkin perlu cek realiti. Wanita perlu menembak untuk pelbagai 1,500 hingga 1,800 kalori sehari, manakala lelaki perlu bertujuan untuk 1,800 kepada 2,200. Potong kalori anda jika anda tidak kehilangan berat badan, dan jika anda digunakan untuk mengira kalori, anda akan tahu mana rangkaian anda.

10) Lihatlah dalam kabinet ubat anda. Tertentu over-the-kaunter (OTC) ubat-ubatan boleh melambatkan penurunan berat badan anda, termasuk ubat anti-radang nonsteroidal (NSAID), termasuk aspirin, ibuprofen (Motrin, Advil) dan naproxen (Aleve, Naprosyn) menyebabkan pengekalan air dan boleh menghalang pembakaran lemak . Kurangkan kembali atas adalah mungkin. Jika anda memerlukan tambahan melegakan kesakitan, cuba acetaminophen (Tylenol atau Panadol), yang tidak NSAID.


Sumber :  Al-Yani Md Yusuf in Kelab Diet Atkins [Malaysia]

Diet Atkins - Apa Itu Proses KETOSIS

APA ITU KETOSIS
Apabila lemak pecah menjadi tenaga ia akan melalui suatu proses yang di namakan ketosis. Ketosis merupakan proses semula jadi dalam tubuh kita.
Ia merujuk kepada proses penukaran lemak kepada tenaga, ketone dan air. Untuk memulakan ketosis adalah sukar kerana seseorang perlu melalui pelbagai fasa yang sukar sebelum ketosis berlaku.

Fasa yang dimaksudkan adalah penurunan jumlah karbohidrat dalam makanan, meningkatkan tahap hormon dan enzim dalam darah dan fasa ketiga meningkatkan aktiviti otot dengan bersenam.

Setelah ketosis berjaya dimulakan badan akan menjadi kurus dan cantik. Tubuh juga beroleh tenaga yang luar biasa.

Stamina seseorang yang berjaya mencapai tahap ketosis akan meningkat manakala perasaan yang sering murung berubah menjadi riang dan bahagia bagaikan seseorang yang sedang di alam percintaan.

Begitulah indahnya fenomena ketosis dan ini merupakan sesuatu yang harus anda perolehi dan kecapi. Di kala ini senaman tidak lagi menjadi tekanan kepada diri anda. Anda akan seronok bersenam kerana ia merupakan keperluan tubuh anda. Segala aktiviti fizikal menjadi mudah dan menyeronokkan.
Pengalaman ini akan menjadi suatu memori yang indah dalam hidup anda. Dan dunia anda akan berubah menjadi ceria semula.

MENGAPAKAH INI TERJADI Seseorang yang sudah mencapai ketosis akan berasa riang dan cergas kerana kehadiran ketone. Ketone diperlukan oleh otak kita bagi meningkatkan keceriaan. Otak yang mendapat ketone yang tinggi tidak mudah letih dan mengantuk. Fikiran akan cergas dan aktif. Sebagai bahan tenaga yang aktif, ketone menggerakkan otot-otot kita menjadikan pergerakan lancar. Ia juga merupakan ubat penahan sakit semulajadi. Kehadiran ketone membuatkan tubuh badan kita tidak sakit dan keletihan turut hilang.

Dari segi struktur kimianya pula ketone adalah ahli kumpulan alkohol ringkas.
Kerana itulah mereka yang tinggi ketone sentiasa riang disebabkan kesan alkohol semulajadi.

Secara dasarnya mereka yang aktif bersukan dan tubuhnya membakar lemak dengan baik akan mempunyai ketone yang tinggi. Profesor aku sewaktu dulu pernah bergurau. Katanya: ''Ahli sukan sentiasa riang dan cergas kerana mereka semuanya mabuk.'' Bukankah ketone itu alkohol? Mabuk ketone adalah baik, tiada kesan sampingan tapi mabuk alkohol berbahaya kerana ia membuat kita hilang pertimbangan.

Alkohol buatan manusia melemahkan tubuh badan dan otak manakala ketone merangsang sel-sel otak menjadi lebih peka dan menimbulkan naluri rasa yang kreatif, bahagia dan tenang. Ketone membuatkan transmiter otak kita menjadi aktif. Apabila transmiter otak menjadi aktif seseorang akan mula berasa riang dan gembira.

Ketone yang terhasil apabila diet tidak pula bersifat begitu disebabkan strukturnya yang amat natural.

Bagi seorang pesakit kencing manis yang kekurangan insulin dalam badan, tubuh akan turut menghasilkan apa yang dinamakan ketoasidosis. Apa yang berlaku, sel tubuh tidak dapat menerima gula kerana ketiadaan insulin. Ketoasidosis dan ketosis merupakan dua fenomena berbeza. Ketoasidosis adalah toksik manakala ketosis adalah baik.

MACAM MANA NAK JADI KETOSIS?

Secara ringkasnya, selama ini badan kita bakar karbohidrat daripada makanan yang kita makan setiap hari. Nasi, gula, roti, pizza, kuih muih, kek, bijirin, buah-buahan dan lain-lain lagi. Karbohidrat pun kita makan, lemak pun kita makan mcm ayam gorenglah, ikan gorenglah, daging pangganglah dan macam-macam. Tapi, yang dibakar karbohidrat jer...lemak terbakar tak? Non adooooo. Makin kita tambah adalah. Nak nak plak orang yang kadar metabolismanya rendah. Huh, makin montellll lah kita yangggg.JADI, kita jangan bagi badan kita makan karbohidrat. Bila body dah tak dapat bahan bakar iaitu karbo ni seperti biasa maka dia akan cari alternatif lain untuk di bakar. Maka, dia gi lah bakar lemak pulak untuk dijadikan tenaga.Mcm mana pun dia kena gak membakar kan. Aiiiisssh..membakar jer kerja dia. Kita bako! Kita bako!..


TANDA-TANDA PROSES KETOSIS
  • Nafas berbau
  • pening untuk permulaan
  • Strong urine
  • Tenaga bertambah(TIBA2 JADI RAJIN)
  • Selera makan berkurang
  • White floaties in urine (ade yang berpendapat tande lemak keluar)
  • mulut kering
  • air liur pekat
  • air kencing pekat(KALAU XCUKUP AIR)
  • jerawat naik (kesan dari toksin dari fat yang dah berkumpul lama didalam badan)

KESAN2 DIATAS, BUKAN SEMUA KORANG AKAN DAPAT, BERGANTUNG PADA TUBUH SESEORANG


Sumber : atkinsmalaysia

18 February 2013

Diet Atkins - Hari Ketiga belas

Ke laut lagi.Ye, ke laut diet hari ni.Jangan salahkan orang lain atau menyesal kalau turun berat badan dalam 100g sahaja.Itu pun kalau turun kannn..

Tapi kan..kann.. macam terasa kelonggaran di tempat tertentu.Apakah ini hanya perasaan atau mimpi sahaja?wakakaka..

Ok,teruskan usaha.Ada sehari lagi nak habiskan dan lepas tu acara potong reben di mesin penimbang.

Sarapan : 3 biji telur masak suku+lada hitam,+lada sulah (muak daa)
Tengahari : CNY lunch di ofis. Ini yang dinamakan ke lauttt..
 
Lou Sang from Sakae Sushi

 
Sate Hj.Samuri

 
Glupp

 
Glupp lagi..

 
Perempuan demok baju pink sedang menikmati makanan.Eh, apsal perut macam mengandung?hahaha


Malam : Ikan masak asam pedas,sayur bayam ( recycle lauk semalam )

Seronok baca komen-komen di page fb Kelab Diet Atkins.Dapat motivasi bila tengok yang berat berpuluh-puluh KG dapat bentuk badan yang cantik dan berat ideal.
Kalau setakat nak turunkan 5kg pun nak give up,apa kes??
Ok,bye.

Black Canyon - Sofea Happy!!






Happy Birthday Papa

Semoga Allah panjangkan jodoh kita,permudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.
Ya Allah,kurniakanlah kesihatan yang baik kepada suamiku.
Jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur.Amin
We love u papa...
-mama & Sofea-

17 February 2013

Diet Atkins - Hari Keduabelas

Yeahh..Dua hari lagi nak habiskan fasa induction.Lepas tu cari cik penimbang.

Menu pagi ahad ni agak ke laut..Banyak recyle lauk semalam.





Sarapan : Sup ayam campur cendawan+sawi


Tengahari : brocoli dan kepak ayam bakar (sos pakai cili kering/giling)
Petang : keropok lekor,Laksa,apam balik (eerrkkkk..kantoi???)
Malam : 1 ekor ikan masak asam pedas,sayur bayam tumis campur ikan bilis.
 
Sekian :)
 
 

Siapa Buli Sofea??

video

Speechless and Wordless


Diet Atkins - Hari Kesebelas

Lambat bangun.Anak beranak sama je.
Happy weekend.
Hari ni menu istimewa sikit :-)
Sarapan + tengahari : brocoli,1 keping daging burger ayam,2 keping dory filet (semua dipanggang),mayonis,secawan teh hijau tanpa gula.
Malam : nasi ayam hainan,ayam bakar,sup ayam campur cendawan (tak amik nasi)

16 February 2013

Diet Atkins - Hari Kesepuluh

Hari ni sarapan spesel sikit.Dah bosan mengadap telur separuh masak tiap pagi.
Bubuh lada hitam banyak-banyak sebab dingin aircond terasa sampai ke tulang.wuhuuu...
Sarapan : 2 keping daging burger ayam bakar,sebiji telur goreng tanpa minyak,sayur kubis campur Lady Choice mayonis.
Tengahari : seekor ikan kembung masak rebus,ulam dan sambal belacan,acar timun
Malam : 1 keping daging burger ayam,2 batang sosej cicah mayonis,tomyam filet dori
Sebenarnya tidak digalakkan makan makanan yang telah diproses tapi apakan daya itu je yang ada dalam rumah :-)
Ada siapa-siapa nak temankan saya untuk kurus?hihihihi...

Mummy,Please Alert

Say no to vaccine.
Please save our baby,our little precious.
Why?
See below...

Masa Untuk Snek Bayi Anda

 
Mangga Campur yogurt
 
(Cara -cara :
Potong dadu setengah biji mangga,campurkan dua sudu yogurt.Kisar)

 
Roti Bakar Berkeju
 
(Cara -cara :
Potong 4 segi roti putih gardenia,sapukan unsalted butter,letakkan kepingan keju.Bakar)

Semua Tentang Sofea

 
Sape lah ajar duduk macam tu anak oi..

 
nyummm..nyumm..

 
Sedap landing depan tv

 
khusyuk tengok tv

 
Sayalah JUARA!!

 
Eeehh..

 
Ok mama,Sofea dah siap buat sepah