29 March 2015

Drama : Aku bahagia, kau derita?

Assalamualaikum ..

Sesungguhnya Allah ingin menguji keimananku.    

Sehabis daya mak cuba bersabar tapi ada saja bahan nak mencuit kesabaran.    
Eh kau ni Senah (bukan nama sebenar) suka sangat cari pasal kan.
Istighfar banyak-banyak.

Tak faham kenapa perlu stalk fb orang lepas tu meroyan sorang-sorang sambil mencarut dalam post sendiri.
Banyak sangat masa nak tengok kehidupan orang lain.
Suka pula menilai orang itu ini.
Ya Allah, apa faedahnya buat begitu.
Penat layan cerita Senah sorang ni.
Hampir-hampir terjebak perangai budak hingusan tu.

Sekian kemerepekan di tengah malam.

Semoga daku sabar dan terus bersabar.
Takpa, Allah ada.

15 March 2015

Sumber Oksitosin : Homemade Chewy Brownies

Assalamualaikum ..
Permintaan anakanda beserta anak tekak maknya. Terhasillah brownies tertangguh sempena ulang tahun kelahiran Sofea dan Saraa.