05 February 2013

Cobaannn...

Korang pernah ada pengalaman tak bila masuk supermarket,nak keluarkan duit tapi mesin ATM rosak.Nak tak nak kena pakai debit kad untuk beli barang dapur.Kalau guna debit kad minimum pembelian adalah RM50.
Masa tu orang tengah ramai.Sesak sebab hujung minggu.
Gigih isi troli dengan barang dapur.Capai itu ini.
Agak-agak dah lebih RM50 terus beratur di kaunter.
Berderet-deret troli tunggu giliran.
Tiba giliran,keluarkan semua barang dari troli.Bila dah habis letak tiba-tiba nampak kertas kecil,

' CARD CREDIT OFFLINE'

Maksudnya CASH ONLY.

Tak puas hati dan terus tanya cashier.Sah.Memang tunai sahaja diterima.
Keluar sekejap nak cek mesin ATM.Masih lagi OUT OF SERVICE.

Buat muka tebal 10 inci.Kutip balik semua barang dan masukkan dalam troli.
Beredar secepat mungkin.
Cari kaunter yang boleh guna debit kad.
Selesai.



Perkara ni terjadi pada saya Sabtu lepas.Uwwwaaa...

 
Kalau tak sebab barang dapur,memang dah lama tinggal troli ni di tepi kaunter.Haishh..


No comments: