30 April 2013

Brownies Kekurangan Kasih Sayang

Minggu lepas papa Sofea kerja Sabtu Ahad lagi.
Tinggal la anak beranak tunggu di rumah layan tv,layan periuk kuali,layan bantal busuk.
Bila Sofea tidur,jadi tak keruan sebab tak ada kawan borak.
Terjadilah brownies dari instant mix flour.Hanya tambah air,telur dan minyak masak.Tabur sikit chocolate rice.
Sebab apa nama kurang kasih sayang,sebabnya terhasil hanya 6 biji.
Dah tu tak penuh dalam bekas cupcakes.Lupa brownies ni tak akan mengembang.
Tapi..
Sedap!!


 
 
 
Satu untuk saya,satu lagi untuk kamu :)

Homemade Cookies/Biskut Bayi - Bayi 8 Bulan Ke Atas

Bahan - bahan :

10 s/t (sudu teh) tepung atta
3 s/t unsalted butter
2 s/t susu segar ( untuk 1 tahun ke atas)/susu formula/susu ibu
sedikit air

Cara-caranya:
Gaul dan uli semua bahan dan rehatkan selama 30 min di dalam peti ais.
Tekapkan adunan ikut acuan yang disukai.
Bakar selama 15 min/150 ยบ C. (gunakan api bawah )
Sejukkan kemudian simpan di bekas kedap udara.


Hasilnya...
.



Selepas di 'touch up ' sikit...
 


Tinggg!!!!
 
 
 

Nota : tepung atta ada rasa sedikit pahit.Boleh campurkan puree kurma,labu atau keledek (bergantung kreativi ibu-ibu sekalian)
Boleh juga ditukarkan pada tepung gandum tapi pastikan 'unbleach' :)
 
 


27 April 2013

Kita Adalah Penulis

Tulislah ikut kata hati tapi jangan biarkan pena binasakan tuannya.

26 April 2013

Pesanan Hari Jumaat - Jangan Berdendam

Prof Dr. Muhaya :

Kita nak Allah ampunkan kita tetapi kita pula tak nak maafkan orang lain.
Jika tak boleh maafkan diri sendiri,kita pun tak dapat maafkan orang lain.


25 April 2013

Kubur

Ada orang kata,
kubur masing-masing.
Memang.

Tapi,
Mampu mandikan,
kapankan,
senbahyangkan
dan gali kubur untuk jenazah sendiri?
Fikirkan.

Kenapa angkuh tak bertempat
Dunia ini sementara
Akhirat destinasi kita.
Pasti.

Aku Dan Kau

Apa yang kau fikirkan
Tentang aku

Aku berhenti berfikir
Sebab aku rasa kau tak pernah fikir

Bukan minta difikirkan
Sebab aku tak mampu memikirkan

Tapi jagalah hatiku
Seperti kau menjaganya

Teman,
Jagalah dirimu,hatimu dan imanmu.

Redha Ilahi Lagi Penting

Susahkan, bila hari-hari terpaksa berhadapan dengan manusia yang menggenggam takhta tuhan. Kuasa menghukum mereka lebih dari kuasa menghakimi yang hakikatnya milik mutlak Allah Taala. Untuk orang-orang yang pernah dan sedang melalui situasi semacam begini, pasti mereka faham.
-UK

24 April 2013

Why Marriages Break?

Many marriages break due to mismanagement of time.

Wasting time with friends till late at night is wrong.

Wasting time on your mobile device or internet surfing or chatting with others whilst your spouse or family members await you, is wrong.

Many social networking sites are very addictive, with people interacting a...t times with those they do not know or who do not mean as much as their immediate families.

The urge to keep refreshing social applications, checking on messages or remaining online waiting for people to appear is a disease that overtakes some.

Failure to realize that your friends are "second class" and rank only after your spouse and children can be classed as immaturity.

Not spending quality time with one's spouse & children can have the most disastrous effects within our homes.

How to manage?


Be self-disciplined and learn to prioritize correctly in life and you will find problems minimize or even disappear by the Help of the Almighty.


Sumber : Mufti Ismail Menk

Tak Nakal Sangat Pun o____o


Harta Yang Tak Ternilai


Sejuk hati ini tengok anak yang dikandung selama 9 bulan lahir dan membesar dengan sihat.
Keletahnya menjadi penyeri dalam keluarga.
Ya Allah,terima kasih atas anugerah ini.

23 April 2013

Aksi Makin Ganas

Speechless tengok gaya Sofea ni.
Mama sibuk di dapur nak masak.Bila jenguk sekejap dah jadi macam ni.
Bestnya tempat lepak sambil belajar sambil tengok TV.
Ok,Sofea tak nakal pun.Sofea anak baik. ^__^

Kitar Semula Penutup Botol

 
Boleh dipratikkan di rumah.
Apa yang penting?
RAJIN mesti ada :)

Sofea : Mama, Tolong Jangan Cuai Lagi

CEMAS.
Perkara yang tak diduga berlaku pada saya.
Pernah bayangkan anak kecil berumur setahun lebih terkunci sendirian dalam kereta?
Selama sejam??

SAYA PERNAH.
Ngeri bila ingat semula.
Berlaku semalam.
Selepas amik Sofea dari pengasuh,terus menghala ke NSK untuk beli barang basah.
Selesai urusan,terus masuk ke kereta.Risau waktu maghrib habis.
Dah siap tempatkan Sofea di car seat dan terus pergi ke bahagian pintu pemandu.
Tangan baru nak buka pintu,alarm kereta berbunyi dan kereta auto lock.

YA ALLAH!!!
Anakku di dalam kereta dengan kunci kereta.
Telefon dan kunci rumah juga di dalam.

PANIK.
Berusaha buka pintu walaupun tahu tak akan berjaya.
Badan dah menggigil ketakutan.
Risau Sofea lemas di dalam kereta.
Kunci spare ada di rumah.
Suami pula masih bekerja.

Melilau mata cari orang untuk pinjam telefon.
Akhirnya ternampak sebuah kereta baru masuk parking.
Bila saya ketuk cermin,dia ragu-ragu nak buka.Dia buka separuh dan saya bagi tahu apa yang berlaku dengan suara terketar-ketar.
Nasib baik ingat nombor telefon suami.
Selepas telefon suami,kami ikhtiar jalan lain untuk buka pintu kereta.

Terasa lambatnya masa berlalu.Shah Alam - Klang.

Ada dua orang abang tu berusaha untuk buka bonet depan sebab nak cabut bateri untuk matikan alarm.Seorang lagi tempat saya pinjam telefon dah jalan pergi cari foreman.

SOFEA??
Dia main-main atas seat.Ketuk-ketuk cermin nak cak-cak dengan mama.Luruh jantung mama.Kejap-kejap merengek.Agaknya bosan dan kepanasan.Ikutkan hati nak pecahkan cermin kereta.Bergenang air mata.

Sejam lepas tu baru suami sampai.Cepat-cepat buka alarm dan amik Sofea dari kereta.Sofea sengih nampak papa.Syukur sangat-sangat.
Berterima kasih pada yang sudi membantu.
Terima kasih pada hamba Allah yang bernama Daus sebab sudi pinjamkan telefon dan bersusah payah minta bantuan.Hanya Allah saja yang mampu membalas budi baikmu.

CUAI??
Ya,saya mengaku cuai.Memang tak patut bagi Sofea pegang kunci.Saya bagi dia sebab nak elakkan dia melalak.Dan memang tak sangka dia tekan alarm tu..

TAKDIR.
ok,benda dah nak jadi.
Saya jadikan pengajaran.

Dua Puluh Enam Tahun Mengenal Dunia

ALHAMDULILLAH.
 
Itu sahaja yang mampu diucapkan.
 
SYUKUR..
Dengan segala kurniaan rahmatNya.
Atas setiap hembusan nafas selama ini.
Dianugerahi insan yang bergelar suami dan anak.
Keluarga yang mengiringi perjalanan hidup.
Sahabat yang hadir ketika susah dan senang.
Dijauhi kawan yang menjadi lawan.
 
Semoga menjadi hamba yang sentiasa bersyukur kepadaNya.Amin.

 

22 April 2013

Snack Time



Makan donat sambil tengok upin ipin.
Sangat rileksss...

Jom Pergi Sekolah





Sofea Tolong Mama ??

Sofea dah besar.Mama pesan,lepas buat sepah kena kemas balik.
Baiklah..

 
Mula-mula hidupkan suis vakum

 
Tarik panjang-panjang penyedut vakum

 
Angkat batang vakum
 
Mulakan vakum sekarang

 
Ini pun patut disedut juga

 
Ok tak jadi,mama dah jeling.hikhikhik..

 
Alamak tervakum langsir mama

 
Help..help..!!

 
Arghh..tak berjaya juga. (akhirnya mama datang tolong)

 
Mama,dah siap!!

 
Jom simpan vakum ni.Yeahhh..

Alhamdulillah

Sejak minggu lepas Sofea dah boleh terima kenyataan tengok mamanya pakai telekung.
Tak ada lagi nak menangis teresak-esak.
Mama pun tak payah nak sembunyi solat dalam bilik.
Bila mama solat,dia berdiri atas sejadah.Masa nak sujud,cepat-cepat dia mengundur.
Masa baca doa lepas solat,Sofea pula sujud atas sejadah.Ya Allah,comelnya..
Lepas tu dia datang duduk atas pangku dan mama pun mulakan sesi camwhore.ngeee..





Tambah Isipadu Badan

Akibat bersantai di rumah pada hujung minggu.
Ini baru gambar sipi-sipi.
Parah oi parah..





19 April 2013

Mood Memasak Sebab Lapar

 
Ayam Masak Gulai Hijau

 
Peria Tumis Dengan Telur

Makanan Tambahan - Vitamin C




Tahun ni hampir setiap bulan demam,selesema dan batuk.TERPAKSA ambil suplemen Vitamin C untuk nyahkan oxidan dalam badan dan tingkatkn imun badan..
Sebolehnya nak elakkan ambil suplemen bentuk kapsul.Kesian buah pinggang bekerja keras untuk proses bahan ni.
Empunya badan pun tak gigih minum banyak air kosong.
Ini untuk sementara sahaja.
Nanti dah habis sebotol baru mulakan aktiviti makan makanan bersumberkan vitamin C.
Yeahh,..vitamin C juga baik untuk kolagen dalam badan.Aktifkan dan rangsangkan kolagen untuk bekerja. :)


Semalam tengah kemas drawer di opis terjumpa ubat ni.
Iron tablet.
Lamanya tersimpan.Dapat ubat ni masa mengandungkan Sofea sebab hemoglobin dalam darah  memanjang rendah.
Tamatlah riwayat ubat ni di tong sampah.

Quick Update - Berceloteh Dan Menari

Sofea semakin lancar cakap bahasa planet sekarang ni..
bujibujibadeawojewala..
Ini perkataan dia selalu sebut.

Sebijik pun mama tak faham.
Hanya mampu jawab,ya sayang..ya Sofea.
hahahaha :))

Lagi satu.
Menari.
Bila dengar lagu di TV atau radio,dia menjerit kesukaan lepas tu goyang-goyangkan perut ke depan.Kalau rasa seronok sangat,dia akan pusing dalam bulatan sambil tepuk tangan sampai pening.

18 April 2013

Maafkan Mama..

Semalam terkasar dengan Sofea.
Masa tu dah 12.30 malam.Dia masih tak nak tido.
Agaknya dia tunggu papa balik kerja.
Mama tengah sakit gigi.Telan painkiller pun tak ada kesan.
Badan memang letih.

Sofea merengek-rengek ngantuk.Bila  dodoikan  dia tetap tak tido.
Kepanasan rasanya tapi masa balik rumah tu dah lap badan.
Bila agaknya ada rezeki pasang aircond di rumah sendiri.
Klang sekarang ni memang sangat panas.Siang malam pula tu.

Setengah jam dodoi tapi tak nak tido juga.Tertonggeng sana sini sambil merengek.Secara spontan tangan mama cubit peha dia.Meraung sekuat hati.
Lepas tu baru tersedar.Peluk dia kuat-kuat.

1.30 pagi belum tido lagi anak dara tu.Dah tiga hari lewat tidur.Padahal sebelum maghrib tak tido pun.Tiga buah kipas pasang kat ruang tamu.Senang tido lambak di ruang tamu.
Kali ni Sofea buat hal.Dia tepis-tepis muka mama.Dia tendang-tendang mama.
Sekali lagi dodoi dan bagi susu.Dia tepis.Mama dah geram.Jentik tapak kaki.Meraung lagi.Biarkan sambil dodoi.
Akhirnya lelap.20 minit lepas tu baru papa balik.Alahai papa,anak bertuah ni tunggu papa balik,kenapa balik lambat.Mampu bercakap dalam hati.

Maafkan mama sekali lagi.
Mama janji lepas ni mama layan Sofea sebaik mungkin. T_T

Hias Rumah Atau Kemas Rumah?

Bila tengok gambar dari blog orang lain,dalam hati ni berkata - 'rajinnya kemas rumah,rajinnya hias rumah.Tersusun rapi.Kreatif.
Lepas tu terus terfikir - ' Macam mana dorang kekalkan kekemasan,susun atur barang dengan anak kecil yang juga rajin 'mengemas'?
Fikir lagi - ' Berapa lama ambil masa untuk mengemas dan menghias rumah?'

Nak buat pengakuan,saya tergolong orang yang mengemas rumah ala kadar sahaja.Nak mengemas sungguh-sungguh bila ada tetamu datang rumah.

Jadi saya nak berubah.Rimas tengok rumah tak kemas.Tak cantik.Dah buat senarai siap-siap untuk projek kemas rumah. >.<


  • Ruang tamu
- Ubah susun atur sofa
- Tukar langsir
- Letak 4 keping frame gambar
- Play area untuk Sofea
- cat dinding ( ni kena amik masa lama.Sampai sekarang tak tau nak cat warna apa) GREY atau PURPLE??
 
 
  • Dapur
- Buang perkakas lama/tak pakai
- Label nama dan tarikh luput segala bahan masakan (rempah,tepung dll).
 
  • Bilik tidur
- Tukar kedudukan katil dan meja solek
- Tukar langsir
 
  • Bilik pakaian
- Asingkan baju yang tak dipakai dan masuk ke dalam kotak.
 
  • Stor
- Buang/kitar semula barang yang tak diguna
- Label kotak


Cukuplah setakat ni.Tak perlu banyak-banyak.Dah siap dalam senarai ni baru tambah lagi.

Antara blog jadi sumber inspirasi --->>

brideinmaking.blogspot.com
susunatursioca.blogspot.com
kasehku-hidupku.blogspot.com
iheartorganizing.blogspot.com



Sumber blog ni saya cedok dari aku bukan bidadari .
Setiap hari buka blog bidadari ni.Puan blog,Aty ni orang yang teliti dan suka mengemas.Suka tengok dia deko rumah sendiri.Ampun maaf ye Aty sebab amik jalan mudah copy link dari blog Aty.



16 April 2013

Kembali Menjadi Bayi

Tajuk yang mengelirukan.
Anak dara sekarang ni nak makan makanan yang hancur lumat.
Tak nak makan yang ada tekstur kasar.
Nasi lembik,ayam cincang,biskut semua dia tepis.
Perubahan ni sejak dia baik dari demam.
Bila bagi bubur nasi,dia telan lepas tu muntah selambak.
Padahal baru bagi satu suap.
Jadi,mama ambil keputusan bagi puree semula.
Bila bagi puree,laju Sofea telan.Sampai licin bekas makanan.Tak ada muntah.Tak ada geleng kepala.
Tak apa la anak,selagi nak makan,mama sanggup buat apa saja.Makanlah apa yang halal untukmu.Tambahlah zat dalam badan.
*Tetiba emosi.

Sekarang ni kena bagi makan 5 kali sehari.
Berat badan susut selepas demam minggu lepas.
Hujung minggu kena buat puree untuk stok seminggu.
Balik dari kerja,panaskan dan terus suap.Selepas dua jam suap lagi.Dah puas main,jam 12 malam baru tidur.Ye,12 malam budak kecik ni tidur tapi bangun 10 pagi.huhuhu..




 
1.Puree lobak + kurma + bubur nasi
2. Puree labu + kurma + bubur nasi
3. Ikan bilis rendam - sangai - kisar halus.
 
 
Tengoklah kaki dia yang slim.Sedikit sentap bila ada yang tegur Sofea ni kurus.Dah tu suruh bagi makan lebih sikit supaya berisi.Dah lah yang tegur tu belum kahwin.Adoi laaa..Tak apa,ambil yang positif.Apa-apa pun Sofea aktif dan sihat :)
 


12 April 2013

Psttt..Dah Ganti Puasa ke?


Kembalikan Jiwaku

Aku seru namamu
Lepaskan seketika egomu
Pulangkan hak aku
Kembalikan bukan milikmu

Jangan biar aku merayu
Mendayu dengan pilu
Tiap saat memohon sayu
Meminta tanpa silu

Pejam mata yang kuyu
Berdoa irama syahdu
Meminta pada yang satu
Pohon yang dipinta bersatu
 
Masa terus berlalu
Aku makin keliru
Haruskah ditunggu
Jasad yang kian membisu
 
 
 
 
 




10 April 2013

Sofea Ketagih

video


Berapa lama boleh tahan budak ni.
Setengah jam?
Sejam?
Seharian pun boleh duduk dalam tu.
 
Sekali je belajar tekan butang tu lepas tu terus buat sendiri.Dia nampak papa tekan.Bila papa nak tekan lagi dia tepis tangan papa sebab dia nak tekan sendiri.Bila berhenti bergerak,dia tekan butang lagi.
Dah tiga kali bawa tempat tu dan dia masih ingat tekan butang tu untuk bergerak.
Good job my daughter!!

Sofea Sembelit Dan Kembung Perut

Beberap minggu lepas,pertama kali Sofea sembelit dan kembung perut.Mak bapak menggelabah.Dekat seminggu berlarutan.Tak tahu punca.Rasanya sebab makan jagung malam tu tapi sebelum ni memang pernah bagi makan jagung juga.

Macam-macam cara buat.Sapu minyak yuyi.Urut perut dan kaki.Stop BRAT.Bagi makan yang sebabkan dia cirit birit sebelum ni.

Tak berjaya.

Pergi hospital sebab tengah malam pukul 3 pagi Sofea menjerit-jerit nangis.Perut keras.Sampai sana tunggu macam biasa.Lepas dua jam baru dapat jumpa doktor.Doktor pula cakap sembelit untuk umur macam Sofea tak ada ubat.What?? Dia nak bagi lactulose tapi kena minta sain doktor pakar.(Padahal benda ni ada jual di farmasi).Doktor pakar pula tak ada dalam Jabatan kecemasan dan trauma.Entah pergi mana.Doktor sarankan bagi air glukos pekat sebab gula menyerap bahan buangan dalam usus.Bunyi macam tak logik tapi cuba juga sebagai usaha.

 
Ngantuk wei..

 
Sabar ye nak..


Tak berjaya lagi.

Guna cara lain pula.

Minta bantuan EPSOM SALT.
Buang toksin dalam badan Sofea.

 
Garam Epsom adalah sebatian mineral semulajadi, terdiri daripada magnesium dan sulfat yang boleh memberi beberapa manfaat jika menggunakannya dengan cara yang betul.
Magnesium memainkan beberapa peranan termasuk mengawal selia aktiviti2 enzim, mengurangkan radang, merehatkan sistem saraf, melegakan sakit anggota badan, mengurangkan ketegangan otot dan dikatakan juga mampu mencegah pengerasan arteri. Manakala sulfat pula di katakan membantu meningkatkan nutrien dan menyahkan toksin.
Untuk dewasa,berendam didalam bath tub (2 cawan garam epsom + 15 gallon air), sekurang2nya 2 atau 3 kali seminggu selama 12 minit boleh memberi manfaat kepada kesihatan badan, mewujudkan perasaan ‘relax’,melegakan sakit kepala dan ‘stress’ atau larutkan 1/2 cawan garam epsom dengan air suam ke dalam bekas sederhana besar dan rendamkan kaki selama 20 minit untuk melegakan keletihan dan sakit kaki. Jangan sekali kali membiarkan garam pada kulit sebaik saja selesai berendam, pastikan membilas badan dengan air biasa.
Untuk bayi dan kanak-kanak,dua sudu makan garam dan campur dalam air suam setengah tub mereka.(Agak2 dalam air setengah baldi).Biarkan mereka dalam 15 minit.Sambil tu sental badan dari atas ke bawah.

 
Mandi 8 malam


Dhupalac dan enema.
Dua benda ni dapat dari klinik.Tengah malam pecut pergi klinik Dr. Rosli sebab tak tahan tengok Sofea merengek.






Lepas bagi enema terus preettttt.Lepas tu tido.Kesian anak.Esok paginya bagi dhupalac.Terkentut-kentut.Sekali lagi preettt.Bau bahan buangan tak payah cerita la.Boleh bikin pengsan.

TAPI...
Esoknya kembali sembelit dan kembung lagi.Makan pun tak nak.Bagi sesuap terus muntahAgaknya tak ada ruang dalam perut.Penuh angin dan bahan buangan.

Mati akal mak.Google cari petua.Pengasuh suruh beli gripe water.Petang tu singgah di farmasi.Beli gripe water dan enema sekali lagi.




Berjaya berak lepas bagi enema.Lepas tu bagi minum Woodwards gripe water.Tetap sembelit dan kembung.Teuskan bagi gripe water dan sekali lagi mandikan guna epsom salt.Lepas dua hari Sofea berak 5 kali.Fuhh lega.

Kembali normal.




p/s : gambar ubat-ubatan sumber dari google :)




Illadin Nasal Hygiene - Jalan Terakhir

TERPAKSA beli nasal spray sebab kesian tengok hidung Sofea tersumbat siang malam.Mengamuk tak dapat tidur.Minum susu pun sikit sebab terpaksa bernafas melalui mulut.
Sebenarnya nasal spray ni tak digalakkan untuk anak 2 tahun ke bawah.Biar pun kat kotak tulis sesuai untuk infant dan toddler.Doktor sendiri tak galakkan.Agaknya sebab kandungan Illadin ni ada yang tak sesuai.
Kalau tak sesuai kenapa dijual dan ada arahan untuk bayi?Jangan tanya.Konsepnya sama macam rokok.Benda yang membahayakan tetapi masih dijual.Sekian.




Singgah sekejap untuk gembirakan anak kesayangan.Kena sejuk terus badan panas.Lari balik rumah. T_T