14 February 2013

Muhasabah Diri

Selesai membaca blog seseorang membuatkan diri ini sangat insaf.
Tiada yang terindah selain hubungan suami isteri yang mendapat restu dari ibubapa.

Dia tetap pertahankan perkahwinan seusia 7 tahun bersama 3 orang anak.
Dugaan besar bila perkahwinan tidak direstui ibu mentua.Santau dan sihir mengiringi kehidupan seharian.Hampir-hampir membunuh anak-anak sendiri akibat rasukan jin.
Puas berubat merata tempat tapi pihak sebelah tak putus asa untuk menghancurkan rumahtangga mereka.
Apa yang ibu inginkan adalah anaknya BERCERAI.Sanggup robohkan masjid yang dibina.Sampai hati si ibu tengok anak menantu dan cucu  hidup dalam kucar kacir.

Apa- apa pun,benarlah kata blogger tu.Syurga suami terletak di bawah telapak kaki ibu.Syurganya pula terletak di bawah telapak suami.Dia redha dan hanya mampu berdoa agar ibu mentua dibukakan pintu hati untuk terima seadanya.

Bersabarlah wahai saudaraku.
Perkongsian anda membuatkan saya lebih menghargai apa yang Allah anugerahkan.

2 comments:

Aty_Fared said...

Dah sampai 3 cucu pon tak nak restu lg....hurrmm....

Nur Zulya said...

tak restu takpe tapi janganla seksa macam tu :(