Whoaaa...mak diet sekarang ni.
Yela,Perut ni makin ke depan,peha makin melebar.Risau oittt.Nanti baju raya tambah saiz lagi.
Dah boleh mula diet sebab Sofea dah 10 bulan, dia demand bf pun waktu nak tidur saja.
Seronok ikut diet ni sebab tak nampak menyusahkan.Senang nak ikut.
Sekarang ni dalam fasa INDUCTION selama 2 minggu.
Konsepnya senang sahaja -Kurangkan karbohidrat,lebihkan protein.
Menu hari pertama :
Sarapan - 2 biji telur masak 3 suku+ lada sulah+lada hitam
Tengahari - ayam goreng,telur dadar,ulam timun
Malam - 2 ekor ikan pelaling goreng,sawi tumis,sambal belacan
Air kosong sepatutnya 2.5 liter (1 liter setiap 25kg berat badan) tapi berjaya minum 1.5 liter sahaja.
*Berat sekarang 60kg.Target nak kurangkan 5kg.
No comments:
Post a Comment