Sumber - google
Sayur petola mengandungi zat makanan iaitu protein dan karbohidrat.Sesuai untuk membantu perkembangan bayi anda :)
Bahan-bahan :
Segenggam beras
1/2 batang petola segi ( dikupas kulit dan dipotong nipis )
1/2 genggam ikan bilis - direndam
1/2 biji kentang
1/2 batang lobak
Caranya :
Cuci beras dan tanakkan sehingga menjadi bubur.
Kemudian masukkan kentang.
Sebelum menutup api,masukkan petola.
Gaul seketika dan tutup api.
Kisar halus.
Secara berasingan,sangai ikan bilis sehingga kering. (digoreng tanpa minyak.
Kisar halus kemudian campurkan di dalam bubur tadi.
Nota : Menu ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.
Resepi ini dari majalah rasa tapi telah diubah mengikut selera anak :)
No comments:
Post a Comment