Puas hati dapat menggomol anak kesayangan di rumah selama 7 hari.
Puan-puan sekalian (termasuk saya),
Tak perlu risau jika anak terkena cacar air/chicken pox.
Cacar air adalah virus Herpes dan tidak memberi respon pada antibiotik.
Apa yang penting,penjagaan yang rapi sahaja.
Penyakit ini tidak berbahaya malah setiap orang wajib kena dalam seumur hidup.
Apa yang perlu dirisaukan adalah jika cuti habis untuk menjaga anak di rumah.
Kisahnya,
Hari Ahad lepas ternampak bintik-bintik merah timbul di celah kangkang dan di pipi Sofea.
Mulanya ingatkan ruam panas sebab masa tu Sofea batuk dan selesema.
Hari Isnin papa dan mama ambil cuti sebab Sofea asyik batuk dan muntah.Nak bawa pergi jumpa paed.Sebelum tu dah cuba natural remedies tapi sebab risau ada jangkitan kuman di paru-paru.
Badan dah mula panas sikit.Paed cakap demam.
Dapat ubat batuk,pcm dan selesema.
Alahai anak,badan masih kecil untuk terima ubat- ubat macam ni.
Gagahkan diri bagi ubat selesema separuh dari sukatan yang doktor bagi.
Sofea muntahkan.
Tak tau nak cakap suka atau tidak.
Bila demam dia dah kebah,saya teruskan bagi minyak habatussauda.Calit di lidah dan campurkan setitik di susu.
Hari Selasa.
Petang tu nak ambil Sofea,dari jauh pengasuh dah cakap - Alya,anak ko ni kena chicken pox la.
Saya - Hahh?
Dalam hati,kenapa awal sangat tapi awal lagi bagus kan.Maknya dulu pun kena masa umur setahun lebih juga.
Ok takpa.Jom balik dan tengok apa yang patut dibuat.
Semakin banyak timbul bintik-bintik merah di tangan dan kaki.
Cara penjagaan -
Bawa berjumpa doktor (jika perlu)
Mil pesan bagi mandi air kelapa.
Kawan pesan bagi minum air kelapa.Done masa hari Ahad lagi.
Selebihnya,buka baju dan seluar supaya lebih selesa.Waktu malam pakaikan baju yang nipis.
Sapu losyen calamine untuk kurangkan rasa gatal.
Mandikan tanpa guna sabun atau syampu.
Jangan biarkan anak menggaru,untuk legakan kita sapu atau usap tempat gatal tu.
Pastikan juga kuku anak pendek.
Selepas mandi lap dengan tekap bukan kesat.
Anak memang kurang selera makan.Lebihkan cecair dan kerap bagi makan biar pun sedikit.
Saya elakkan beri makan ayam dan telur sebab takut bertambah gatal.
Berapa lama tempoh kuarantin?
Mudah menjangkiti orang lain dari masa dua hari sebelum ruam timbul sehingga masa semua bintik-bintik sudah kering.
Lazimnya dalam masa lebih kurang lima hari.
Jangan hantar anak ke taska atau rumah pengasuh selama lima hari dari masa ruam itu mula timbul.
Hari Jumaat Sofea dah sembuh sepenuhnya.Tinggal parut sahaja.
Saya kurang gemar nak bagi anak ubat dan ada suara sumbang yang cakap saya tak sayang anak.
Mak mana yang tak sayang anak dan sebab sayanglah saya tak nak sumbatkan bahan kimia dan dadah dalam badan anak saya.Sekian..
(Baca dengan nada comel)
1 comment:
Artikel yang menarik mengenai rawatan cacar air.
Post a Comment