09 May 2013

Kesan Ubat Batuk

Kebanyakan ubat batuk adalah mengandungi dadah dextromethorphan iaitu bahan aktif yang akan menyerap ke dalam darah. Dalam satu kes, seorang kanak-kanak mati setelah diberi dos ubat batuk melebihi sukatan. Kanak-kanak ini didapati ada 96 nanogram per mililiter (ng/ml) dextromethorphan di dalam darah padahal had yang dikawal untuk orang dewasa ialah 40 ng/ml sahaja.
Selain itu, terdapat sebanyak 490 ng/ml cetrizine di dalam darah. Had dikawal ialah antara 270 hingga 350 ng/ml. Kombinasi kedua-dua jenis dadah ini didapati adalah penyebab kepada kematiannya.

Orang ramai masih tidak mempunyai kesedaran bahawa ubat yang dibeli dari rak pasar raya boleh memudaratkan. Ubat-ubatan biasa seperti aspirin, Tylenol dan Benadryl boleh membunuh jika diambil secara berlebihan.

Dextromethorphan sejenis dadah yang sangat merbahaya. FDA pernah membuat rumusan untuk menarik semula produk ubat batuk yang mengandungi dextromethorphantapi ia akan beri kesan yang besar terhadap industri farmaseutikal kerana hampir semua ubat batuk mengandungi dextromethorphan. Jika ia ditarik balik, beribu-ribu jenis ubat yang lain selian ubat batuk juga mengandungi dextromethorphan dan ia mesti diformulakan semula untuk mengelak penggunaan dextromethorphan.

Jadi untuk menggantikan ubat batuk ini, pilihannya ialah madu lebah. Madu lebah adalah sejenis antibiotik. Ia boleh mencairkan kahak dan melegakan batuk. Tiada kesan sampingan. 


Sumber : TSM

2 comments:

Unknown said...

bagaimana jika ia digunakan untuk mengulangkaji pelajaran@tidak mengantuk dan tidak khayal.??dan selepas mngunakanya melakukan senaman untuk megeluarkan toksin dlm bdan ,meminum susu untuk
tulang ,dan megambil glusomine untuk menambah rawan pada sendi yg telah dihakis oleh kesan dxm

Home4health said...

Adalah lebih baik mencari alternatif lain untuk menghilangkan mengantuk ketika mengulangkaji pelajaran.Sanggupkah lepas mgulangkaji anda bersenam semata2 untuk detox akibat pengambilan ubat batuk?Lebih baik mencegah dari merawat kemudiannya.