13 May 2013

Bila Ada Yang Berkata

Bila ada yang ringan mulut suruh saya berhenti bagi breastmilk kat Sofea.
Dengan alasan,susu tak cukup.
Anak tak kenyang.
Orang lain berkerja keras nak menyusukan sampai umur 2 tahun.
Susu ibu bukan sekadar susu biasa.
Sumber antibodi untuk badan,tingkatkan imun badan anak.
Secara zahirnya,eratkan kasih sayang anak dan ibu.
Dia bercakap ibarat Sofea itu anak susuan dia.

Bila saya bagi jawapan penyedap hati - bagi sebab susu ada lagi.
Dia balas - dah bagi memanglah susu masih ada.
Sendiri tanya sendirilah fikir.
Anak puan dah lima orang pun.

Bila dia bercerita dengan bangganya bagi anak orang makan makanan ringan.
Bila dilarang cakap anak banyak pantang.
Anak sakit - dicakap badan tak kuat.
Ayat macam mana lagi harus dikarang supaya tak terganggu emosi.
Jangan sebab nak jaga hati,anak jadi mangsa.
Harus bagi peringatan lagi.
Punyalah kita jaga bagi makanan berkhasiat tapi dia suka hati sumbat itu ini.
Jangan bagi alasan anak suka,anak minta.
Karut.

Bila dia protes saya bagi anak makan supper - makan malam.
Alasan - nanti perut anak meletup.
Karut lagi.
Ini bukan ikan yang kena tuba sampai perut meletup.
Bukannya suap makanan sambil tutup mata.
Suap ala kadar untuk alas perut.

Bila orang luar campur tangan dalam pengurusan anak.
Beginilah jadinya.
Berbelah bagi.
Kena jaga perasaan,jaga kesihatan.

Sekian,luahan mak :(

4 comments:

Fizah said...

sabarr je ek =)

Nur Zulya said...

InsyaAllah..terima kasih :))

ayahmamilisa said...

fikiran orang yang tak cerdik memang camtu..
teruskan usaha murni itu wahai ibu sofea :)
sama2 kita terus breastfeed anak ye..

Nur Zulya said...

ya mamalisa,InsyaAllah nak bf sampai anak umur 2 tahun.Biar pun tak fully tapi dapat tunaikan hak anak.