07 May 2013

Hutang

Hutang pada siapa?
Hutang pada budi
Hutang pada kertas yang bernilai
Hutang pada Allah.

Adakalanya hutang tak dipeduli
Mampu berhutang tapi tidak pula bila membayar
Beringat ketika berhutang lantas lupa bila membayar
Hutang punya sebab
Dibayar pula kerana bersyarat.

Ada yang bijak berkata
Tiada hutang tiadalah harta
Kerana kurang mampu pada satu masa
Sememangnya diakui.

Jangan kerana hutang putus saudaranya
Tidak dibayar tapi biar dikenang
Jadinya hutang bukan cuma wang ringgit
Maka langsaikan sebelum akhir waktunya
Walhal ada hutang yang dibawa mati.







No comments: