08 May 2013

Bukan Semua Penyakit Berpunca Dari Makanan

Kini terdapat berbagai produk bukan makanan yang kita gunakan setiap hari mengandungi bahan-bahan yang terbukti merbahaya. Bahan-bahan itu biasanya digunakan secara luaran tetapi adakalanya ia terserap ke dalam tubuh secara tidak disedari contohnya seperti tertelan, terserap melalui liang-liang kulit malah terhidu.
Tahukah anda apa bahan merbahaya dalam produk yang kita guna hampir setiap hari itu? Antaranya ialah fluoride, triclosan, sodium lauryl sulfate, saccharin.

Fluoride
Fluoride terdapat dalam hampir semua ubat gigi. Terdapat amaran FDA tentang fluoride, "jika tertelan, dapatkan rawatan doktor dengan segera". Itu bermakna fluoride ialah bahan toksik. Jika selalu terdedah atau tertelan fluoride, boleh menyebabkan penurunan tahap IQ membuatkan seseorang jadi bengap lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Sodium lauryl sulfate (SLS)
Sejenis ejen pembersih yang menghasilkan buih. Terdapat dalam hampir semua ubat gigi, pencuci pinggan mangkuk, sabun badan, pencuci muka & syampu. Buih penghakis ini sebenarnya turut menghakis kelembapan membuatkan kulit dan rambut jadi kering kontang.

Triclosan
Bahan antibiotik dan antimikrob ini terdapat dalam ubat gigi, kebanyakan sabun pencuci tangan, pencuci pinggan mangkuk, deodoran & pencuci mulut. Pada 2009, Persatuan Perubatan Kanada pernah meminta Jabatan Kesihatan mengharamkan penggunaan triclosan dalam produk penjagaan diri kerana boleh membawa kepada pertumbuhan bakteria baru yang tahan anti biotik.

Saccharin
Sejenis pemanis tiruan yang sering terdapat dalam minuman soda dan ubat gigi. Ujian terhadap tikus makmal terbukti menyebabkan kanser. Perasan tak bahawa ubat gigi hari ini juga mempunyai rasa manis. Kalau untuk orang dewasa tak mengapa sebab kita tahu ia bukan untuk ditelan tapi bagaimana pula kanak-kanak? Bagi mereka, jika ia terasa manis, kemungkinan mereka akan cuba menelannya kerana menganggap ia seperti coklat. Apa perlunya ubat gigi diletakkan perasa manis?

Sumber : TSM

No comments: