Bahan-bahan :
Sepotong ikan salmon
1/2 jambak brokoli
1/2 jambak cauliflower
1/2 cawan beras
Minyak zaitun secukupnya
Bawang merah dan bawang putih - dikisar
1cm halia
Guna pemanggang ajaib
Cara -cara :
Sapukan minyak zaitun ke atas ikan dan bakar/grill di kuali atau oven selama 5 minit.
Sambil itu,tumiskan bawang dan halia dengan minyak zaitun.
Masukkan air dan beras.
Apabila mendidih,masukkan cauliflower dan salmon ( asingkan tulang ikan)
Sebelum api ditutup,masukkan brokoli.
Siap.
NOTA : Brokoli yang terlebih masak akan menyebabkan rasa pahit.
Menu bertumis untuk 8 bulan ke atas.
3 comments:
nampak cam sedap..boley try resipi ni bagi lisa makan gak..tq for sharing zulya :)
Sila try mamalisa.salmon kaya dgn omega 3.sharing is caring :))
Salmon memang kena grill ye. Xboleh ke kalau masuk mentah je dlm bubur tu
Post a Comment