Tu diaaaaa...
Sejak jadi surirumah selama 7 hari tahap kerajinan meningkat.
Masak + Makan = 1.9kg
(siyes,baru semalam timbang)
Ini puding roti versi resepi derhaka.
Nampak macam brownies tapi macam muffin pun ada.
Bantailah tulis resepi di sini mana tau lain kali nak buat lagi :)
Bahan -bahan :
4 keping roti
2 sudu tepung gandum
1 sudu tepung custard
1 sudu tepung brownies
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu gula
1/2 cawan susu cair
1 biji telur
1/3 cawan minyak masak
Caranya :
Kisar semua bahan kemudian tuangkan ke dalam cup dan hiaskan dengan chocolate rice.Bakar 180 darjah celsius selama 20 minit.
No comments:
Post a Comment