18 October 2012

Pemakanan Ketika Anak Batuk,Demam,Selesema,Cirit Birit

Jika si manja anda demam
Kanak-kanak yang demam selalunya kurang selera makan atau tidak mahu makan. Cuba pujuk si manja mengambil sedikit makanan yang berkalori tinggi, kerana anak anda pastinya enggan makan banyak. Anda juga boleh berikan makanan lembut seperti bijirin oat,barli, bubur ayam atau sup, dan kentang lenyek. Beri si manja minum sebanyak mungkin, terutama sekali air kosong, atau jus, untuk mengelakkan penyahhidratan yang mungkin berlaku apabila suhu badan naik.Elakkan memberi makanan yang bergoreng,telur dan biskut kering.

Jika si manja anda selesema
Kanak-kanak yang selsema biasanya tertarik dengan makanan yang hangat dan bersup, dan juga makanan lembut dan mudah dimakan. Ini termasuk sup atau bubur ayam, telur goreng hancur, kentang lenyek, lempeng dan bijirin oat. Makanan hangat juga boleh bertindak sebagai pengewap, untuk melegakan hidung yang tersumbat.Selain itu,berikan makanan yang mengandungi vitamin C.Vitamin C sebagai antioksida yang baik untuk membina sel-sel badan yg sihat dan meningkatkan sistem imun badan.

Jika si manja anda cirit-birit
Cirit-birit biasanya boleh dirawat di rumah, selalunya dengan mencegah penyahhidratan atau dehidrasi daripada berlaku. Cuba jangan beri sebarang ubat, melainkan ditentukan oleh doktor si manja anda. Galakkan si manja minum sebanyak mungkin, termasuk air, sup dan minuman larutan garam. Makanan yang mudah dihadam, seperti bijirin oat atau bubur, rebusan atau sup sayuran, juga patut diberikan.[INGAT B.R.A.T ketika anak anda cirit birit]

~ INFO TAMBAHAN ~

Unsur Yang (heaty food)
Pepper, cinnamon bark, ginger, soybean oil, red and green pepper, chicken, apricot seed, brown sugar, cherry, chestnut, chive, cinnamon twig, clove, coconut, coffee, coriander (Chinese parsley), date, dillseed, eel, garlic, grapefruit peel, green onion, guava, ham, leaf mustard, leek, longan, mutton, nutmeg, peach, raspberry, rosemary, shrimp, spearmint, sweet basil, tobacco, vinegar, walnut, jackfruit, durian, leek, shallots, spring onion, , apricots, blackberries, black currant, mangoes, peaches, cherry, mandarin orange, grape.

Unsur Yin (cool)
Bamboo shoot, banana, bitter gourd, clam, crab, grapefruit, lettuce, persimmon, salt, seaweed, star fruit, sugar cane, water chestnut, watermelon, lotus root, cucumber, barley, bean curd, chicken egg white, marjoram, oyster, pear, peppermint, radish, strawberry, tangerine, and yogurt, broccoli, cauliflower, zuccini, corn, tomatoes, pineapple, turmeric.



Sumber : HSFFYB

1 comment:

E-sihat.com said...

Bagus perkongsian ini :-)
Sarapan pagi untuk anak2 juga harus dipantau sebab inilah meal start dia of the day.Jom sihat