Paraben adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet dalam sesetengah produk terutamanya dalam industri kosmetik,farmasi dan makanan.
Paraben mempunyai struktur menyerupai hormon estrogen yang dikhuatiri boleh menggalakkan pertumbuhan sel-sel dalam tisu payudara dan mengakibatkan kanser payudara.
Bahaya paraben terhadap penggunaan seharian menyebabkan lelaki mengalami masalah ketidaksuburan manakala wanita berisiko menghidap kanser payudara.
Tetapi..
Paraben mempunyai sifat lemah untuk bertindak sebagai hormon estrogen.
Oleh itu masih banyak kajian yang diperlukan untuk membuktikan penggunaan paraben adalah bahaya.
Industri kosmetik pula masih berpendapat bahawa paraben adalah selamat kerana telah lama digunakan dan berdasarkan rekod-rekod keselamatan produk.
Jawatankuasa Saintifik Eropah mewajibkan kandungan paraben tidak melebihi 0.4% pada setiap produk kosmetik.
(Ringkasan dari artikel Dr.Zubaidi)
Adakah anda masih ingin menggunakan produk yang mengandungi paraben?
Bagi saya,untuk langkah keselamatan,saya akan cuba mengelak penggunaan paraben terutamanya untuk barangan bayi.
Kesan sekarang mungkin kita tak nampak tapi pasti ada pada jangka masa panjang.
Wallahualam :)
No comments:
Post a Comment