04 October 2012

Cerita Semalam

Banyaknya benda nak cerita tapi masa membataskan segalanya.
Sibuk.
Tak sempat nak merapu-rapu dalam blog.

Kalau boleh setiap hari saya nak update sampai 10 post.
Tamak?
Itulah hakikatnya. ^__^. bwahahaha..

Nak cerita pasal luahan pengasuh Sofea.


Akak tu bukan mengeluh pasal perangai sofea yang banyak ragam tapi pasal anak yang dijaga selama setahun.
Saya terkejut bila dia cakap dah tak jaga 3 orang budak lelaki tu.
Dia dah tawar hati.
Nak tau sebab apa?
Bapa budak tu datang serang akak ni dan cakap anaknya kena dera.
Dera tu maksudnya anak dia demam sampai masuk hospital.
Logik tak?
Kalau betul didera,mana kesan lebam?
Kalau didera secara psikologi,kenapa anak tu masih suka tinggal dengan akak tu?
Rupa-rupanya anak tu dah lama demam.Dah 3 minggu.Puas akak tu pesan dengan mak budak supaya bawa pergi hospital.
Tapi degil,disuap juga dengan ubat batuk.Anak tu umur setahun.
Dah nampak teruk sangat barulah kelam kabut bawa pergi hospital.
Doktor sahkan anak dia kena jangkitan kuman di paru-paru.
Bapa tuding jari kat pengasuh.
Dah mengapa?
Korang rasa siapa yang salah?


Pada saya, dah cukup bersyukur dapat pengasuh macam akak tu selepas apa yang say dah lalui dengan pengasuh lama.
Saya tahu Sofea gembira dengan pengasuh sekarang ni.
Bayangkan bila saya hantar waktu pagi,Sofea dari jauh dah senyum dengan akak tu.
Bila nak ambil waktu petang,Sofea buat tak tahu jbila saya nak dukung dia.
Ada satu masa dia tak nak lepas berdukung dengan akak tu.T__T
Saya tengok Sofea sentiasa bersih.Rumah akak tu pun bersih.
Bila Sofea dah mula makan,akak tu tolong masakkan bubur.Dia siap ajar saya macam mana nak sediakan bubur Sofea.
Saya tau Sofea makan dan minum susu dengan baik.Dia lasak dan sebab tu lah berat hanya naik 100g bulan ni.

Bila dah hantar anak di rumah pengasuh bukan bermakna kita dah boleh lepas tangan.Semua serah bulat-bulat dengan pengasuh.
Perlu juga kita didik anak.Pantau perkembangan dan kesihatan anak.
Komunikasi dengan pengasuh juga penting.


*Dah kenapa entri ni semakin serius?
hahahaha



2 comments:

iietamalek said...

alhamdulillah sofea dijaga dengan baik...

Home4health said...

mama dia dah tak risau bila pergi keje :)+