28 Sept 2012, Jumaat..
7.30 mlm.
Rutin biasa, balik dari kerja terus ambil Sofea di rumah pengasuh.
Sampai di rumah, keluarkan kunci untuk buka solex.
Ehh,solex tak ada??
Dalam hati,agaknya suami lupa nak kunci solex.
Bila nak masukkan kunci ke tombol pintu kayu,macam ada benda yang tersekat.
Ehh,ada kunci patah ke??
Bukan,kena umpil!!!
Intai dari bawah pintu,nampak lampu terbuka.
Siapa di dalam??
Sedaya upaya fikir positif.Agaknya suami tertinggal kunci di dalam sebab tu dia rosakkan pintu.
7.45 mlm
Masih berdiri di depan pintu dengan dukung Sofea sebelah kiri, handbag sebelah kanan.
Telefon suami.
Dia cakap,pintu rumah masih elok waktu nak pergi kerja.
Suami suruh turun ( rumah shop apartment tingkat 3), masuk dalam kereta.
Dah start panik.
Naluri hati terasa rumah kena pecah masuk.
Bergerak hantar Sofea semula ke rumah pengasuh sebab dia dah mula merengek nak menyusu dan tidur.
Risau kalau terjadi apa-apa di tempat parking.
8.00 mlm
Suami dah masuk dalam rumah.Saya pula dalam perjalanan balik selepas hantar Sofea.
Dia call, rumah berselerak.Barang kemas dah lesap.laptop dan broadband lesap.
Astghafirullah al-azim.
Berlari naik tangga.
Macam-macam perasaan bila masuk dalam rumah.Sedih.Sakit hati.Takut.Geram.
Bilik pertama kena selongkar habis.tilam beralih.laci meja solek terbuka.tabung tergolek.
Entri Bersambung di balai polis.
No comments:
Post a Comment