03 October 2012

Asas Menjahit

Berkobar-kobar semangat ni nak belajar menjahit.
Kalau nak belajar mesti kena tahu asas dulu kan.
Sebelum ni kenal jarum dan benang je.
Mari kita berkongsi sama-sama selepas saya da berkongsi dari blogger shilabuzz.
ngehh...ngehh..(harap tuan blog halalkan info ni ye :)


  1. Gunting = Untuk memotong kain dan benang.
  2. Jarum peniti = Untuk menyemat kain dan kertas ketika memotong dan menjahit artikel.
  3. Penetas = Untuk membuka semula jahitan yang silap.
  4. Kapur penanda = Untuk menanda garisan potongan dan jahitan.
  5. Pita pengukur = Untuk mengukur kain dan kertas.
Paling penting , MESIN JAHIT.
takkan nak jahit pakai tangan kan.sampai raya haji tahun depan belum tentu boleh siap jahit.
Haruslah beli mesin jahit yang simple juga.dalam pilihan sekarang ni,Singer.

 
yang ni..rumah mak ada lagi mesin jahit antik ni.masih berkhidmat sampai sekarang.
 
 


  1. Roda Imbang = Untuk mengawal pergerakan mesin jahit.
  2. Tiang Benang = Untuk memegang benang.
  3. Tuas Benang = Untuk menarik dan mengawal pergerakan benang.
  4. Spering Pemegang Benang = Untuk mengawal benang.
  5. Jarum = Untuk menjahit pakaian.
  6. Gigi Penolak = Untuk menolak fabrik semasa menjahit .
  7. Penggulung benang = Untuk memegang benang yang hendak digulung.
  8. Tuas Pelaras = Melaraskan jarak mata jahitan.


(terima kasih banyak untuk blog shilabuzz..info ringkas tapi padat.senang budak baru belajar macam saya ni nak faham)
 
 
Asas memulakan penggunaan mesin jahit

Sebelum mesin jahit boleh menjahit, ada 2 jenis benang yang perlu dilaraskan dulu
Iaitu benang atas dan benang bawah
Penggunaan benang bergantung kpd warna kain yang hendak dijahit
Kalau kain putih haruslah benangnya kaler putih gak
(ini sume dh tau kan..cuma peringatan je lah ni)

Ni cara nak selaras benang atas..


  • Kalau susah nak masukkan benang dalam jarum
    Boleh beli needle threader
    Contoh gambar cam kat bawah ni

    Skang jom tgk mcmana nak pasang benang bawah:


    Benang bawah ni duduk dalam gelendung
    Gelendung tu mcm gambar C
    Jadi untuk menggulung benang dalam gelendung menggunakan tangan adalah amat malas dan lambat..ikut je cara dlm gambar ni
    Penggulungan benang dlm gelendung akan menjadi mudah dan cepat


    Kemudian, masukkan gelendung kat dalam sekoci
    Sekoci tu kat bawah tu lah (x reti nk explain)
    Mcm dlm gambar ye
    Pastu pusing-pusingkan roda imbang untuk keluarkan benang dari bawah ke atas
    Dan boleh la mulakan jahitan

    Pernah perasan tak benda ni kat mesin jahit?
    Ini adalah pelaras jahitan yang digunakan untuk melaras jarak jahitan mengikut fabrik dan jenis jahitan
    Sebagai contoh kalau jahit pakaian gunakan jarak yang lebih kecil supaya benang tak mudah menetas..eh tertetas...
    Untuk langsir boleh guna jarak jahitan yang besar kerana biasanya kain langsir lebih tebal dr pakaian..so x mudah tertetas

    Cara guna:

    1. Semasa menjahit
      1. Letakkan fabrik di bawah penekan jahitan
      2. Pusingkan roda imbang ke hadapan untuk memasukkan jarum ke dalam fabrik
      3. Pastikan jarum tepat berada di tempat yang dijahit
      4. Turunkan tuas angkat
      5. Tolak roda imbang ke hadapan dan mula menjahit
    2. Selepas menjahit
      1. Hentikan putaran roda imbang
      2. Naikkan jarum mesin
      3. Naikkan tuas angkat
      4. Tarik fabrik ke belakang
      5. Gunting lebihan benang 4 atau 5 cm untuk mematikan jahitan

    credit to : http://shilabuzz.blogspot.com/search/label/Jahit%20Langsir


4 comments:

Aty Fared said...

aty ade mesen antik tu mak aty nyer..heheh..sangat berjasa tau..baru2 ni aty beli mesen singer baru yang besar nyer...lagi besh..;p

Home4health said...

umh mak pn ada.dah lama sgt mesin tu.dr kecik lg suka godek2 pastu patahkan jarum tapi x mgaku dgn mak.haha.mesin yg baru tu brp RM?

NurshuhadaMahfuz said...

untuk mesin baru ada tak panduan? sebab buku manual dah hilang..mesin dah lama tak guna

Home4health said...

err..maaf tak ada pula buku manualnya.mungkin sis boleh refer kat Singer.