31 October 2012

Air Mata Menitis Lagi

I'm not a good mother but nobody perfect right?

23 Oct 2012
Buah hati mama masuk wad lagi.Kali ni sebab doktor suspek ada lung infection/jangkitan kuman dalam paru-paru.
Gara-gara batuk yang berterusan,sofea susah nak bernafas.macam semput pun ada.Bila bawa pergi klinik pakar kanak-kanak,doktor geleng kepala.Dia cakap teruk bunyi pernafasan Sofea.
Ya Allah..tahan air mata je dari mengalir depan doktor tu.
Doktor tu tulis surat dan suruh rujuk kat hospital cepat.

Sampai dI HTAR,Klang,terus masuk zon kuning.Doktor cek dan dia cakap kemungkinan besar kena tahan dalam wad sebab pihak hospital nak pantau.Sebelum masuk wad,doktor bagi nebulizer untuk lancarkan pernafasan Sofea.Mula-mula dia tak meragam,5 minit lepas tu dia dah rasa tak selesa.mengamuk,melalak sampai habis nebulizer.Terpaksa juga buat sebab kesian tengok cara dia bernafas.Tahan hati tengok dia meraung-raung menangis.Nasib baik papa dia ada.

Selama 24 jam di hospital,kami bergilir jaga dalam wad.Sofea kemain suka lagi sebab ramai kawan.
Dia tak tahu mama dan papa dia risau sangat.Biasalah budak,nangis bila lapar ,ngantuk dan tak selesa je.Dalam masa 24 jam juga,dah 6 kali buat nebulizer.Curi-curi buat masa Sofea tidur.

 
sayu hati bila tengok gambar ni


Keesokkan harinya,doktor pakar datang cek Sofea.Alhamdulillah,dia cakap pernafasan Sofea dah ok.Dah boleh keluar wad.Lega hati.
Pesan dia,jangan dedahkan sofea dengan orang ramai.Seeloknya kuarantin dalam masa seminggu.


 
Ini rupa budak yang masuk wad.asyik nak memanjat pastu ushar orang sebelah.haishh..
 
 
Anak mama,cepat sembuh tau.
Sampai sekarang Sofea masih batuk lagi tapi tak sekerap macam dulu.Doktor tak bagi antibiotik sebab nanti efek di hati. T_T

1 comment:

aTy _faRed~ said...

Ya Allah..kesiannyer...sedih..:( semoge cepat sembuh yer sofea....