15 October 2012

Bebel Lagi

Mari membebel sebelum kita shut down PC.
Sejak laptop cabuk kena rembat oleh pencuri,beginilah rutin harian.
Pulun buat post sebelum balik rumah.
Biar pun blog tak femes tapi bolehlah tempat menepek bebelan setiap hari.

Mata semakin tua dari umur sebenar.
Mengapa?
Sekarang ni bila pakai cermin mata terasa sama saja pandangan ni.
Pendek cerita,pakai tak pakai sama sahaja.
Bila pakai boleh jadi sakit mata,bila buka lagi lah tak nampak.
Adakah mata ni memerlukan khidmat cermin mata baru?
Bila diingat balik,cermin mata yang ada ni dah berkhidmat 2 tahun lebih.
Patutlah..

Sebelum tu kena fikir,nak teruskan pakai cermin mata atau bertukar pada contact lens.
Ada baik buruk contact lens ni.Satu benda yang boleh nampak,dah tak perlu risau si kecik tarik cermin mata ni.
Tapi kalau pakai contact lens agak rumit pula cara penjagaannya.
Dah pernah pakai sebulan masa tahun lepas..
Beli pun sebab untuk majlis nikah.
Argghh,,seksanya.
lagi satu,boleh pengsan tengok kos contact lens kalau beli setiap bulan atau tiga bulan.Kalau setahun dah berapa?

Tapi ada ke contact lens untuk silau sebab dulu tanya dorang cakap tak ada.
Tak tau lah kalau sekarang ni dah makin canggih.

Apa-apa pun,mari berdoa supaya ada rezeki untuk hujung tahun ni.
Sendiri fahamlah ye
Nak beli cermin mata.
Harus.
Uwaaaa..

2 comments:

Aty Fared said...

aty dah pakai contact lens tak silap dah 12 tahun..dari habes sekolah..tapi contact lens kosong ar tak de kaler2..aty rabun teruk...kalau pakai cermin mate pon tebal giler..huhu...eehh..pakai gak ar cermin mate..kalau kat umah..or ade mase2 tertentu...so far..alhamdulillah..masih tak pernah bermasalah..:)

Home4health said...

wahh..klu gitu ada semangat nak pakai contact lens.dah malas pakai cermin mata sbnrnya.asik kena tarik je dgn sofea.pastu kalau pakai tudung jadi bentuk 5 segi.tak cun daa..aty pkai contact lens brand apa?nk try la :)