Anak kecil buka sengaja suka mengamuk dan buruk perangai. Kita Ibu bapa jangan sekali bersangka anak kita memang buruk perangai dan dijadikan untuk menimbulkan masalah dan kesusahan kepada kita. Jangan langsung berfikir begitu, ya. Tak baik begitu.
Jika anak tu mengamuk, diantara lain mungkin sebab :
1- Dia letih sangat atau sakit sampai badan dia dah tak boleh nak tanggung. Jadi urutlah dan biarkan dia merengek sebagai ekspresi mengeluarkan sakit tu. Sekejap sahaja dia akan merengek, jika anda izinkan dia merengek.
2- Rungsing dengar hingar-bingar, sampai kepala dia rasa nak pecah. Maka bawalah ke tempat yang tenang. Basuh kepala dan mukanya serta bacakan ayat Al-quran, apa yang anda tahu.
3-Dia tidak puas hati sebab barangnya yang diambil sebab baru sahaja nak explore tapi dirampas takut berbahaya. Ramai ibu bapa bila anak memegang atau nak memegang benda yang berbahaya terus merampas kasar dan tidak menggantikan dengan benda yang selamat.
Boleh ambil, cuma jangan rampas secara kasar dan gantilah dengan barang yang lebih menarik.
4- Terlalu selalu dilarang itu dan ini. Anak jadi keliru apalah yang boleh dia buat.
5- Terlalu kerap dimarahi - sikit-sikit marah dan suruh diam.
6- Terlalu ketat mendisiplin sampai tiada ruang untuk anak bernafas. Dan anak merasakan dia dibenci.
7- Mesti ikut arahan ibu bapa sampai tiada ruang untuk mereka bertanya dan menyampaikan idea. Bertanya soalan pun tak boleh.
8- Pernah tengok orang lain mengamuk dan ingatkan itulah cara yang baik. Oleh itu, beritahu dia tidak perlu ikut orang mengamuk sebab dia disayangi dan dia boleh memberitahu dengan baik apa yang dia hendak.
9- Sebab ibubapa selalu sangat mengamuk dan berkelahi antara satu sama lain. Terutama berkelahi mengenai siapa perlu buat apa untuk anak. Anak menjadi punca berkelahi. Contoh,' asyik-asyik saya yang kena salin lampin, awak tengok TV jer'...marah-marah depan anak...macamanalah agaknya perasaan anak tu. Macam perasaan kita bila dah tua nantilah, bila anak-anak berkelahi siapa yang nak bawa kita ke klinik untuk rawatan.
10- Dan satu perkara yang kita kadang-kadang terlepas pandang iaitu, anak mengamuk ini juga adalah jarum syaitan supaya ibu bapa jadi stress dan lupa diri lalu memarahi anak keterlaluan, lantas melukai anak dan mencederakan anak.
Bila sudah keterlaluan dan berterusan dan meningkat dosnya, ini menimbulkan kesan trauma yang boleh menyebabkan timbul penyakit hati yang bertambah besar setiap tahun anak itu membesar, ibarat bebola salji yang turun bukit. Dan diantara kesan besarnya menjadikan seseorang itu boleh mempunyai 'criminal mindset'.
Criminal mindset itulah yang membolehkan seseorang itu melakukan perbuatan yang lebih hina daripada binatang seperti merogol dan menoreh kemaluan anak-anak kecil yang tidak berdosa.
Namun, jika anda sesekali terlepas kawalan diri tu, maafkanlah diri. Kita manusia, kita kadang-kadang boleh buat silap. Cuma jangan jadikan ia tabiat. Maafkan diri dan berusaha untuk menjadi lebih baik.
Cara menjauhi stress begini, enjoy your time parenting your children. Take it from me, sekejap jer kita dengan anak-anak kita kecil begini. Sekelip mata jer. Mereka begitu cepat membesar.
Belajar, memperbaiki diri, turunkan ego dan selalu bisikkan kepada diri,
SAYA LAYAK MENJADI IBU BAPA CEMERLANG KERANA ANAK-ANAK SAYA LAYAK BAHAGIA DENGAN CARA SAYA MENDIDIK.
Prof. Dr. Rozieta Shaary
1 comment:
Info yg sgt berguna...terima kasih ;)
Post a Comment