Lemon dengan bunga cengkih.
Kos hanya RM2.15
Selamat dan berkesan.
Tak dapat nak terangkan secara saintifik sebab keberkesanannya.
Sila cuba sendiri.
Geram sangat dengan sang nyamuk sekarang ni.
Tak pasti secara kebetulan atau memang musimnya, time cuaca panas membahang ni siang malam nyamuk berpesta.
Setiap kali bangun pagi, masing-masing kira berapa banyak tewas dengan nyamuk.
Banyak woo..
Berbintat-bintat muka dan badan.
Sofea pula, tiap kali kena gigit nyamuk dia mesti bangun dan duduk pastu sebut auw auw..
Itu signal minta garu. Adoi la anak.
Sekarang pula ni musim denggi, kawasan Selangor paling banyak kes.aiyayayaya..
Tak nak dah sejarah berulang lagi.
Seksa tanggung demam denggi.
Sakit segala badan.
Dah lama dapat petua ni, ada orang share di FB.
Ada juga doktor yang amalkan.
Akhirnya, semalam terus beli dua biji lemon dan segenggam bunga cengkih.
Belah dua lemon, cucuk dengan bunga cengkih kemudian sebelah letak dalam bilik,sebelah lagi letak di ruang tamu.
Tunggu punya tunggu, tak nampak bayang nyamuk datang berfoya-foya.
Padan muka dorang..
Nyenyak la kami anak beranak tidur sampai pagi.
Cerita happy ending :))
5 comments:
mekasih banyak2 alya coz sharing tips berguna ni..memang nyamuk banyak sangat sekarang ni, tak tahan..
n tanak dah penyakit seumpama itu terkena lagi kat keluarga kami..
mek! inshaAllah malam kang i nk try..memag betul nyamuk berpestaan! habis dahi Abdullah berbintat-bintat baru2 ni..sedeqah jariah darah2 kite :P
sama-sama mamilisa..serik kena demam denggi kan.
mek Leen, hah..sila cuba.InsyaAllah berkesan.nyamuk Mesia takut dgn cengkih dgn lemon :p
terima kasih sgt utk info berguna ni Alya...mesti cuba ni, denggi di Selangor ni dah tahap membimbangkan nampaknya :(
sama-sama Linda.memang bahaya denggi ni.baik guna kaedah macam ni dari guna racun penyembur.Selamat.
Post a Comment