21 February 2014

Cuti Panjang

Assalamualaikum, selamat petang..

Hari ini kandungan 39 minggu, 5 hari.
Ikutkan EDD terbaru semalam dah due.Tak apa nak, kita tunggu lagi seminggu baru serah diri ke hospital.

Jumaat ..Hari terakhir bekerja sebelum cuti panjang.
Hari Isnin depan dah mula cuti.
Tak larat nak hadap jem dengan perut yang kadang-kadang berlaga dengan stereng kereta.
Lagi pun bos dah tak bagi buat kerja.
Macam sedih pula nak berpisah dengan PC ni. :))

Untuk pembaca yang berkunjung dalam blog ini, maafkan saya sekiranya ada kekhilafan atau kenaifan  dalam setiap post atau komen yang diberi.

Saya dengan rendah diri mohon DOA anda semua supaya saya selamat bersalin dan anak yang dilahirkan sihat walafiat.
InsyaAllah.
Terima kasih untuk segalanya.

Selepas ini ada beberapa post auto publish.
Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Jika diizinkan umur panjang, kita jumpa lagi dalam blog ni.

Selamat tinggal untuk sementara.
*sambil kesat air mata.

6 comments:

shu said...
This comment has been removed by the author.
shu said...

moga semuany brjln lncar..aminnnn..doakn sy pregnant jgk eh :)

Fizah said...

gudluck =)

@LeenShamsh said...

jgn serah diri! bia bb serah diri hehehe..selamat mek..semoga normal mudah dan tk skit..kene panggil mek yani pukau u! ;)

@LeenShamsh said...

jgn serah diri! bia bb serah diri hehehe..selamat mek..semoga normal mudah dan tk skit..kene panggil mek yani pukau u! ;)

Anak said...

mek yani datang dah. meh sini nak pukau alya. :)