Keputihan atau dalam bahasa perubatan disebut leukorrhea atau flour albus, adalah cairan yang keluar dari vagina/liang kemaluan secara berlebihan.
Dalam keadaan normal, cairan ini tidak akan keluar, namun belum tentu cairan yang keluar tersebut merupakan suatu penyakit.
Sebenarnya keputihan dapat dibezakan atas gejala keputihan yang timbul. Gejala tersebut boleh diamati dari sifat-sifat cairan yang keluar ketika keputihan berlaku. Cairan berasal dari vagina, cairan leher rahim, cairan uterus, dan cairan yang berasal dari tube fallopio.
1. Cairan jernih, berlendir banyak tapi tidak berbau
Hal ini normal terjadi ketika seorang wanita mendekati waktu haid, kelebihan hormon estrogen dan tekanan emosi. Keputihan seperti ini juga berlaku pada wanita hamil.
2. Cairan seperti susu kental, pekat, sangat banyak dan berbau
Kemungkinan telah terjadi radang pada serviks/leher rahim (servisitis) dan vagina (vaginitis).
3. Cairan berwarna coklat, cair seperti air, sangat banyak dan lembab
Kemungkinan wanita tersebut menderita vaginitis, servisitis, gangguan pembuluh darah pada serviks, endometriosis atau ketika dalam rawatan kanser. Warna coklat timbul akibat perdarahan yang terjadi akibat sebab tersebut.
4. Cairan berwarna kelabu dengan garis darah, cair seperti air, sangat banyak dan berbau busuk
Wanita tersebut menderita ulser vagina, vaginitis. Kemungkinan yang lain adalah kanser peringkat awal.
5. Cairan berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau
Kemungkinan berlaku jangkitan bakteria. Gejala ini juga berlaku apabila seorang wanita mempunyai hormon estrogen lebih.
6. Cairan putih, cair, berbau disertai rasa pedih ketika buang air kecil dan gatal di sekitar kemaluan
Kemungkinan wanita tersebut mengalami jangkitan kulat. Candida albicans adalah kulat yang sering menyerang di kemaluan seorang wanita.
7. Cairan kuning kehijauan, berbuih, merah, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit pada sekitar kemaluan serta kemerahan pada vagina
Berlaku jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa Trichomonas vaginalis.
8. Cairan berwarna kuning, pekat, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan, sakit sekitar kemaluan, sakit buang air kecil
Kemungkinan berlaku jangkitan yang disebabkan oleh Nisseria gonorrhoe atau disebut GO.
Apabila anda mengalami antara keputihan yang berisiko seperti huraian diatas, ada baiknya berjumpa dengan doktor.
Lambat untuk merawat akan mengundang komplikasi lain. Kuman akan merebak ke bahagian pangkal peha dan sehingga terjadi penyakit yang dikenal dengan penyakit radang pangkal peha.
Komplikasi jangka panjang boleh mengakibatkan kemandulan akibat organ-organ dalam kemaluan rosak.
(contoh: tube fallopio).
Sumber: http://doktersehat.com/keputihan-apakah-normal/#ixzz2syZcMs38
Cara untuk merawat keputihan :
1. Gunakan pencuci vagina yang mempunyai kadar pH rendah dan tidak mengandungi bahan kimia. Kadar pH yang tinggi boleh menyebabkan kekeringan dan iritasi.
2. Amalkan memakan bawang putih atau yogurt asli. Kedua-dua makanan ini bersifat anti bakteria dan meningkatkan imun badan.
3. Elakkan makanan yang manis kerana gula adalah sumber makanan bakteria.
4. Sekali sekala basuh di tempat sulit dengan menggunakan air rebusan daun sirih. Selain membunuh kuman, ia juga dapat menyegarkan dan mengurangkan rasa tidak selesa di kawasan tersebut.
5. Jika mengalami rasa gatal akibat jangkitan kulat atau bakteria, basuh dengan ACV (apple cider vinegar). Caranya,ambil 2 sudu besar ACV dan campurkan dengan secawan air suam. Sapu rata pada bahagian vagina.
6. Amalkan makan makanan yang membunuh bakteria candida.

1 comment:
Info yang bagus. Keputihan pun boleh kacau kesuburan.
Post a Comment