Satu perkongsian yang baik dari ukhuwah fillah.
Entry asal dari sini - http://iryaniahmad.blogspot.com/2013/09/tahnik-sebagai-pengganti-vaksin.html
Tahnik Sebagai Pengganti Vaksin
Teks : Iryani Ahmad
Gambar : Google
Pernahkah anda terdengar atau pernah terfikir tentang tahnik sebagai pengganti vaksin?
Sebelum itu, masih adakah ibu bapa yang beragama Islam yang tidak pernah tahnikkan anak-anaknya? Secara peribadi, saya tahu masih ada ibu bapa yang sambil lewa akan hal ini. Saya sangat sedih memikirkan sebahagian ibu bapa yang mengaku beragama Islam tetapi menganggap ia perkara remeh-temeh sahaja.
Allah telah memberi kita seorang ikon yang sangat sempurna di dunia iaitu Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Mengapa lagi harus berkiblatkan ke sistem barat? Adakah kecanggihan teknologi yang dimilikinya memaksa kita supaya sentiasa menuruti segalanya? Subhanallah, sangat banyak kebaikan bertahnik di sisi Islam demi kesejahteraan badan manusia sendiri.
Tahnik dan Caranya
Definisi tahnik adalah mengunyah kurma serta memindahkannya ke lidah anak yang baru dilahirkan. Caranya adalah meletakkan kurma yang telah dikunyah di hujung jari lalu dimasukkan perlahan-lahan ke mulut bayi yang baru dilahirkan. Jari itu digerakkan ke kanan dan ke kiri dengan lembut hingga meliputi kesemua arah mulut bayi. Jika tiada kurma, boleh digantikan dengan makanan lain yang manis seperti madu.
Islam sangat mengambil berat pada soal kesihatan umatnya. Banyak hadis yang merakamkan bahawa Nabi ada melakukan tahnik kepada bayi yang baru dilahirkan. Besar ganjarannya dan faedah sekiranya melaksanakan sunnah Rasulullah S.A.W ini.
Kebaikan Tahnik dan Perubatan Moden
Tahnik bukan setakat perkara sunnah yang berbentuk ibadah semata-mata. Kajian dari barat telah menjelaskan bahawa tindakan menyuapkan sesuatu yang manis ke mulut bayi mempunyai kesan baik dari sudut kesihatan.
Seorang doktor perubatan, Dr. Muhammad Ali al-Baar dalam buku bertajuk " Majallah al-I'jaz al-Ilmi" menjelaskan bahawa kandungan gula glukos dalam darah bayi yang baru lahir adalah sangat kecil. Kandungan gula glukos yang lebih rendah dari paras yang berisiko menyebabkan bayi akan mengalami kejang otot, kesukaran menyusu, insomnia, gangguan saraf dan sebagainya. Jika bayi terlewat diberikan rawatan, nescaya akan bahayakan nyawa bayi tersebut. Dengan melakukan sunnah nabi iaitu bertahnik, bayi akan menerima glukos yang amat diperlukan. Subhanallah.
Saya tambah rujukan yang baru sahaja dikongsikan oleh seorang sahabat. Menunjukkan betapa pentingnya kehadiran "gula" dalam badan bayi dan mampu menyelamatkan nyawa bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan. Boleh baca berita lanjut di sini.
Kebaikan Air Liur Semasa Tahnik
Rasulullah S.A.W mentahnikkan bayi dengan air liur baginda yang suci. Usah dipertikaikan mengapa dan kenapa. Semua yang berasal daripada tubuh badan baginda sangat banyak berkatnya. Lalu, adakah wajar kita turut mengunyahkan kurma dan mentahnikkan kepada bayi?
Terdapat beberapa kenyataan yang mengatakan terdapat banyak virus dalam air liur si pengunyah kurma. Apatah lagi, bayi yang baru dilahirkan belum lagi mempunyai sistem pertahanan badan yang baik. Masalah air liur yang kotor dan macam-macam lagi.
Penyelidikan yang dibuat terhadap 184 bayi Sweedish yang diterbitkan oleh journal Pediatrics menunjukkan kebaikan makanan yang dikunyahkan oleh ibu atau bapa lalu menyuapkannya ke mulut bayi. Air liur orang dewasa mempunyai manfaat tersendiri kepada bayi dalam hal menangani beberapa jenis penyakit. Boleh baca lanjut artikel tersebut di sini. Antara keputusan kajian tersebut adalah dapat mengurangkan alahan.
Kurma yang diberikan kepada bayi ketika proses tahnik, hasil daripada kunyahan mulut sebenarnya mempunyai ikatan spiritual yang kuat kepada bayi. Walaupun benda ini dilihat seperti cara orang lama atau orang tua-tua dahulu sahaja yang buat macam ini.
Ditahnikkan oleh Orang Soleh
Para ulama' sangat menggalakkan agar bayi ditahnikkan oleh orang soleh. Ketika bertahnik, urat-urat mulut menjadi kuat. Diharapkan supaya mulut bayi kuat untuk memudahkannya menghisap susu ibunya secara semula jadi. Melalui air liur orang soleh diharapkan mengalir rasa cinta terhadap fitrah Islam kerana lidah orang soleh itu yang banyak berzikir pada Allah. InsyaAllah bayi tadi tumbuh membesar menjadi hamba Allah yang soleh. Disulami dengan roh serta pendidikan Islami dalam keluarganya.
Imam al-Nawawi dalam Syarh Muslim ada menyatakan :
" Digalakkan bahawa orang yang mentahnik itu daripada kalangan orang soleh atau sesiapa yang diinginkan keberkatannya samada lelaki atau perempuan. "
Khasiat Kurma Kepada Bayi
Jelas, apa sahaja yang dilakukan oleh Nabi S.A.W mempunyai perancangan yang sangat baik kepada umat baginda. Terbukti Nabi menggunakan kurma ketika bertahnik kerana buah kurma mempunyai kandungan unsur-unsur penting yang dapat melindungi bayi dari penyakit dan menguatkan sistem pertahanan badan. Boleh baca lagi tentang khasiat kurma di sini.
- Kurma mengandungi gula berbentuk glukosa pada kadar yang banyak.
- Glukosa dan fruktosa, gula ringkas ini sangat mudah dihadam oleh usus dan berkalori tinggi.
- Kandungan gula dalam kurma dapat tenangkan urat saraf bayi dan menjadikan bayi berasa selamat.
- Setelah kurma dikunyah dalam mulut, kurma akan bercampur dengan pelbagai bakteria dalam air liur. Ia memberi benteng kuat pada sistem pertahanan badan bayi, sama seperti tujuan asal vaksin.
- Kandungan protein dalam kurma dapat melindungi tubuh daripada serangan penyakit, seimbangkan cecair dalam darah dan memberi kebaikan yang banyak kepada otak bayi.
- Potassium dan sodium yang terdapat dalam kurma dapat menstabilkan denyutan nadi bayi.
- Zat besi dan kalsium merupakan kandungan penting bagi pertumbuhan bayi, ia mempengaruhi dalam penghasilan sel darah dan tulang sumsum.
- Kandungan vitamin A mampu meningkatkan daya pendengaran dan penglihatan mata bayi yang baru lahir.
- Kurma kering mengandungi aspirin semulajadi yang dapat mengurangkan rasa sakit.
- Sebagai multivitamin kerana mempunyai gizi yang hampir lengkap bagi tubuh badan manusia.
Najis Bayi Masih Suci
Kurma atau madu yang digunakan semasa bertahnik tidak menjejaskan status najis bayi lelaki sebagai najis ringan. Ibn Solah dalam Fatwanya berkata :
" Tidak ada kesan dengan sesuatu yang ditahnikkan seperti tamar yang disunatkan, namun kalau kadarnya terlalu banyak hingga meninggalkan kesan dalam sistem pemakanan, maka perkara itu dapat mengubah hukum najis bayi lelaki."
Tahnik Pengganti Vaksin
Dimanakah rasionalnya melakukan tahnik boleh menggantikan vaksin? Apabila memasuki bab vaksin, pernahkah kita tanya pada diri sendiri samada ia betul-betul keperluan?
Di sini, bukan tugas saya untuk menjawab semua persoalan ini. Saya akui, setelah melakukan kajian dan rujuk pada pakar dalam bidang ini, sesungguhnya ia adalah kebenaran yang sangat menakutkan berkenaan vaksin.
Jika anda sudah pertimbangkan untuk membenarkan tubuh anak atau diri sendiri dicemari bahan beracun dan najis, itu adalah hak individu. Sedangkan tujuan utama perubatan adalah untuk memelihara kesihatan iaitu memastikan tubuh sentiasa sihat dan menjauhi penyakit.
Dr. Muhammad Bin Abdullah dalam bukunya yang bertajuk " As-Suyuthi's Medicine of the Prophet" menegaskan bahawa Allah sahajalah yang dapat mengubati dan memberikan kesihatan yang baik, bukan penyelaran dan bukan ubat.
Saya pasti dalam minda ibu bapa pasti takut sekiranya terkena wabak atau penyakit-penyakit tertentu yang sangat berbahaya. Bukankah Islam telah memberi panduan lengkap, apakah yang perlu dilakukan sekiranya terkena wabak? Percaya tak, kita semua sering ditakut-takutkan demi keuntungan pihak-pihak tertentu.
Darurat
Saya petik kata-kata Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Adaptasi dari Ubatan dan Vaksin Bernajis Dalam Perubatan, Analisa Hukum yang telah dikongsikan oleh seorang kawan :
Darurat untuk menggunakan ubat/vaksin bernajis:
1. Darurat itu memang benar-benar berlaku ke atas kemusnahan nyawa, harta benda dan kesihatan, bukannya andaian atau sangkaan. Andaian/sangkaan mesti kajian yang kukuh dan tidak bias.
2. Tiada jalan/cara/bahan lain yang dibenarkan syarak untuk elakkan kemudaratan itu ketika dalam darurat.
3. Mesti berusaha memilih mudarat yang ringan dan tidak terang-terang melanggar perara asas dalam Islam.
4. Hendaklah melepaskan keadaan darurat mengikut kadar yang perlu sahaja, bukan mengambil kesempatan darinya.
5. Hendaklah dicadangkan oleh doktor/bomoh/dukun/pawang/ tabib/sinsei Muslim yang adil, tidak bias dan dipercayai pegangan agamanya, kepakaran pengubatannya dan terbukti tiada ubat lain yang halal untuk diambil atau menjadi pengganti kepada ubatan tersebut.
Dr. Muhammad Bin Abdullah dalam bukunya yang bertajuk " As-Suyuthi's Medicine of the Prophet" menegaskan bahawa Allah sahajalah yang dapat mengubati dan memberikan kesihatan yang baik, bukan penyelaran dan bukan ubat.
Saya pasti dalam minda ibu bapa pasti takut sekiranya terkena wabak atau penyakit-penyakit tertentu yang sangat berbahaya. Bukankah Islam telah memberi panduan lengkap, apakah yang perlu dilakukan sekiranya terkena wabak? Percaya tak, kita semua sering ditakut-takutkan demi keuntungan pihak-pihak tertentu.
Darurat
Saya petik kata-kata Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Adaptasi dari Ubatan dan Vaksin Bernajis Dalam Perubatan, Analisa Hukum yang telah dikongsikan oleh seorang kawan :
Darurat untuk menggunakan ubat/vaksin bernajis:
1. Darurat itu memang benar-benar berlaku ke atas kemusnahan nyawa, harta benda dan kesihatan, bukannya andaian atau sangkaan. Andaian/sangkaan mesti kajian yang kukuh dan tidak bias.
2. Tiada jalan/cara/bahan lain yang dibenarkan syarak untuk elakkan kemudaratan itu ketika dalam darurat.
3. Mesti berusaha memilih mudarat yang ringan dan tidak terang-terang melanggar perara asas dalam Islam.
4. Hendaklah melepaskan keadaan darurat mengikut kadar yang perlu sahaja, bukan mengambil kesempatan darinya.
5. Hendaklah dicadangkan oleh doktor/bomoh/dukun/pawang/
Hadis
Saya akhiri artikel ini dengan peringatan oleh seorang manusia yang sangat menyayangi dan mencintai diri kita sebelum kita dilahirkan lagi, Nabi Muhammad S.A.W.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
" Sesungguhnya seorang mukmin tidak boleh takut ditimpa sakit kerana jika dia tahu manfaat yang datang daripada sakit, nescaya dia akan menginginkan sakit bahkan sampai mati."
(Riwayat az-Dzar)
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
" Tiada seorang Muslim pun yang mengalami musibah tanpa Allah menghilangkan dosa-dosanya seperti sebatang pohon yang rendang daun-daunnya."
Daripada Abu Hurairah, Nabi S.A.W bersabda :
" Sesiapa dirawat dengan ubat yang dihalalkan oleh Allah, maka dia akan sembuh. Akan tetapi sesiapa yang dirawat dengan ubat yang diharamkan Allah, maka dia tidak sembuh. "
Daripada Abu Hurairah, Nabi S.A.W bersabda :
" Sesiapa dirawat dengan ubat yang dihalalkan oleh Allah, maka dia akan sembuh. Akan tetapi sesiapa yang dirawat dengan ubat yang diharamkan Allah, maka dia tidak sembuh. "
No comments:
Post a Comment