Kontraksi secara umum dapat dijadikan sebagai tanda bahawa proses bersalin akan bermula. Perempuan memiliki otot terbesar dalam tubuhnya iaitu rahim.
Saat terjadi kontraksi, maka mereganglah otot tersebut. Kondisi tersebut secara alamiah terjadi begitu saja, sama kondisinya ketika anda muntah maka perut anda pun akan mengalami kontraksi.
Pada saat terjadi kontraksi, rahim akan mengalami kondisi meregang serta mengecil. Menyusutnya rahim tersebut membuat terbukanya serviks dan hingga bayi terdorong menuju saluran kelahiran.
Ketahui beberapa cara Mengawal Sakit Kontraksi (Contraction )
Menggunakan teknik Hynobirthing.
Apa tu Hynobirthing?
Hypnobirthing iaitu sejenis teknik penenang diri, bersedia untuk bersalin tanpa bantuan ubat-ubatan.
Seumpama hypnosis, menggunakan kuasa minda bawah sedar untuk mengawal rasa sakit bersalin dan memudahkan proses bersalin tetapi bezanya kita buat dlm keadaan kita sedar. Melalui teknik ini, membuatkan kita percaya bahawa kelahiran bayi itu adalah normal.
Kita diajar melatih diri berdepan dengan kesakitan dengan cara paling relax dan bertindakbalas dengan gesaan semulajadi tubuh badan.
Teknik Ini banyak menggunakan pernafasan yang betul.Kita akan rasa lebih relax dan fokus, untuk lebih mudah faham lagi, seperti kita berdoa / berzikir kepada Allah, kemudian hati berasa tenang dan lebih fokus.
Apa yang boleh dipelajari darinya :
1. Jika sakit contraction tu datang, jangan sesekali tahan sakit dengan menahan nafas sebab boleh menyebabkan pembukaan jalan untuk baby keluar jadi lambat dan terbantut.
2. Jika sakit contraction tu mulai datang, tarik nafas dalam menggunakan hidung dan lepaskan melalui mulut panjang-panjang.
JEMPUT SHARE pada rakan-rakan lain untuk manafaat bersama
Sumber : https://www.facebook.com/Dunia.IbuMengandung.Si.Manja
No comments:
Post a Comment