عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت, ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم جاره, ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه [رواه البخاري ومسلم]
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu,sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata baik atau diam , siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia memuliakan tamunya. " [HR. Bukhari dan Muslim]
Seseorang yang menjaga lisannya tidak berkata kecuali perkataan yang baik, ucapan yang haq (benar), adil, dan jujur .
Al-Imam asy-Syafi'i rahimahullah berkata:
Jika engkau akan berbicara berfikirlah (terlebih dahulu).Jika nampak bahawa tidak ada bahaya (mudarat), maka berbicaralah. Jika padanya ada mudharat atau ragu, tahanlah (tidak bercakap) (Syarh Shohih Muslim lin Nawawi (2/19)
Sahabat Nabi Abud Darda ' radhiyallaahu 'anhu berkata:
Sesungguhnya dijadikan untukmu 2 telinga dan 1 mulut agar engkau lebih banyak mendengar berbanding bercakap (Mukhtashar Minhajul Qoshidin karya Ibnu Qudamah (3/24))
[http://www.salafy.or.id / ucapan-ucapan-yang-baik-memuliakan-tetamu-dan-jiran /]
Apatah lagi doa ibubapa terhadap anaknya. Memang, tak selamanya sikap anak menyenangkan ibubapa. Dari setiap sikap anak, ada saja yang meluatkan ibubapa. Keadaan ini diburukkan lagi dengan sikap mental ibubapa yang mudah terpancing dengan situasi.Keadaan bertambah semakin rumit apabila ibubapa dalam situasi tertekan (stress), penat dan sedang menghadapi banyak masalah. Dalam keadaan ini tahap kawalan ibubapa menjadi lemah. Mudah marah, mengeluarkan kata-kata tak baik dan tindakan-tindakan drastik kerap muncul. Anak pun menjadi sasaran. Nas'alulllaha as-salaamah (Kita memohon kepada Allah keselamatan dari hal itu).
Ucapan ibubapa boleh menjadi doa, berdasarkan hadis:
"Janganlah kalian ucapkan kata (doa), kecuali yang baik. Kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan. "(HR. Muslim dari Ummul-mukminin Ummu Salamah ra) (http://www.salafy.or.id/memperhatikan-pendidikan-anak-3/ )
Oleh kerana itu, ibubapa wajib berhati-hati ketika bercakap kepada anaknya , kerana doa ibubapa kepada anaknya, mustajab , diantaranya berdasarkan hadis:
Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu , Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
ثلاث دعوات لا ترد دعوة الوالد, ودعوة الصائم ودعوة المسافر
" Tidak doa yang tidak tertolak iaitu doa orang tua , doa orang yang berpuasa dan doa seorang musafir. "
(HR. Al Baihaqi dalam Sunan Al Kubro . Syaikh Al Albani mengatakan hadits ini shahih sebagaimana dalam As Silsilah Ash Shahihah no. 1797).
Muhammad bin Isma'il Al Bukhari membawakan dalam kitab Al Adabul Mufrod beberapa riwayat mengenai doa orang tua. Di antara riwayat tersebut adalah: Abu Hurairah berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
ثلاث دعوات مستجابات لهن لا شك فيهن دعوة المظلوم ودعوة المسافر ودعوة الوالدين على ولدهما
"Ada tiga jenis doa yang mustajab (terkabul), tidak syak lagi, iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang yang musafir dan doa keburukan kedua orang tua kepada anaknya . " (Diriwayatkan oleh Al Bukhari dalam Al Adabul Mufrod no. 32. Dikatakan hasan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Al Adabul Mufrod no. 24). Hadis ini menunjukkan bahawa doa tidak baik ibubapa pada anaknya termasuk dalam doa yang mustajab. Hal itu dibuktikan dalam kisah Juraij (Diriwayatkan oleh Al Bukhari dalam Al Adabul Mufrod no. 33. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Al Adabul Mufrod no. 25)
Ini adalah pengajaran yang mesti diketahui oleh setiap ibubapa. Doa mereka sungguh ajaib jika ditujukan pada anak-anak mereka. Jika ibubapa ingin anaknya menjadi soleh dan baik, maka doakanlah mereka kerana doa ibubapa adalah doa yang mudah dikabulkan. Namun, sebenarnya doa yang dimaksudkan di sini ialah doa baik dan buruk dari ibubapa pada anaknya. Jika ibubapa mendoakan yang tidak baik pada anaknya, maka itu pun akan terkabulkan. Oleh itu, hati-hati dalam mendoakan anak. Wallahualam.
(http://rumaysho.com/belajar-islam/amalan/3416-doa-orang-tua-pada-anaknya-doa-mustajab.html ) - Untuk info selanjutnya, baca laman ini.
Sebagai aplikasi dalam kehidupan seharan, ini adalah antara contoh-contoh ucapan ibubapa kepada yang harus dielakka beserta pembetulannya.
No
|
Salah
|
Betul
|
1
| Ketika sedang marah : "semoga Allah memberi musibah atas kenakalanmu" | Ucapkan: "semoga Allah memberimu petunjuk" |
2
| "Kenapa membuang masa bermain bersama keluarga" | "Pendidikan apa yang boleh aku selitkan dalam permainan kali ini" |
3
| "Jika kamu tak nak melakukan ini, ayah akan pukul" | "Jika kamu melakukan ini, ayah akan memberikan hadiah / menciummu" |
4
| "Siapa buat begini,maknanya nak kena pukul / dihalau keluar rumah /dikurung dalam bilik /masuk neraka. | "Seorang muslim yang beradab pasti tidak melakukan hal itu, biar masuk syurga. Kalau kamu boleh elakkan, nanti ayah beri hadiah " |
5
| "Bodohnya,tak nak dengar kata-kata nenek kamu" | "Anak yang baik akan mendengar kata-kata bapanya" |
6
| "Nanti ayah beritahu tentang kenakalan kamu pada bapa saudara, ibu saudara, dan saudara-saudara kamu" | "Kalau kamu soleh, nanti ayah puji di hadapan bapa saudara, ibu saudara, dan saudara-saudara kamu" |
7
| "Cepat tidur!" | "Sebelum tidur, baca doa dulu ya, mari sini ayah ajarkan" |
8
| "Bersepahnya rumah, ini bilik orang atau kandang kambing!" | Katakanlah dengan lemah lembut: "Anak yang rajin, jom kita kemaskan bilik bersama-sama". "Allah itu indah dan menyukai keindahan." |
9
| "Malasnya, tengok gigi kamu yang kotor!" | Katakanlah: "ayah dan ibu suka tengok gigi kamu putih dan bersih" |
10
| Ketika menangis, anda berkata kepada anak : "diamlah, nanti hantu datang" | "Senyap ya anak soleh, kalau bising akan mengganggu jiran" |
11
| Ketika anak membantu, tidak mendoakan kebaikan. | "Jazakallohu khoiron / Barokallohu fiika" |
12
| "Selamat pagi / siang" | "Assalamu'alaikum" |
13
| "Pukul/belasah orang yang jahat dengan kamu" | "Sabar ya, ucapkan saja kepadanya, semoga Allah memberikan hidayah kepadamu". [Tapi tetap mengajarkan kepada anak (ilmu mempertahankan diri, jika mampu) agar tidak takut dengan sesiapa jika dia berada di pihak benar.] |
14
| "Anak kurang ajar / tidak tahu adab" | "Mari sini anak, jika salah, mintalah maaf kepadanya" |
15
| "Memang kamu ini pencuri" | "Ini bukan milikmu, kembalikanlah kepada pemiliknya" |
16
| "Hai anak kecil ambilkan itu" (dengan intonasi merendahkan) | "Hai anakku (nama anak), tolong ambilkan itu ya. Jazakallohu khoiron / Barokallohu fiika "(dengan lemah lembut) |
17
| Ketika anak jatuh: "padan muka"; "memang cuai" | "Tak apa-apa, Allah telah takdirkan apa yang Dia kehendaki" |
18
| "Tidak boleh bermain di luar" | "Boleh main, tapi sampai waktu ..., selepas itu mandi dan belajar ya" |
19
| "Jangan menconteng di situ / dinding" | Hal ini boleh mematikan bakat anak. Tetapi katakanlah: "Mari melukis di buku" |
20
| "Kalau nak makan,cepat makan, kalau tak nak,biar sakit nanti" | "Makan ye, biar kuat dan sihat, seorang mukmin yang kuat lebih baik dan disenangi Allah daripada mukmin yang lemah" |
21
| "Ayah tengah sibuk, makan sendiri sana" | "Mari makan sama-sama, agar lebih berkat" |
22
| "Jangan makan coklat lagi, nanti rosak gigi, kalau kamu makan lagi, nanti ayah rotan!" | Katakan saja: "Boleh makan coklat 1 kali sehari, tapi selepas itu gosok gigi ye!" |
23
| "Bangun,memang kamu ini pemalas". "Cepat bersiap ke sekolah" (tanpa mengajak ke masjid untuk solat subuh berjemaah - anak lelaki) | "Cepat bangun, mari berdoa bangun tidur". "Hari ini di sekolah ada pelajaran sukan / kesenian kan" (sesuatu yang disukai anak). "Mari ke masjid, solat subuh berjemaah dulu" (bagi anak lelaki) |
24
| "Belajarlah, jangan jadi anak bodoh" | "Belajar ye, semoga pandai dan menjadi pelajar terbaik" |
25
| "Cepat bangun dan bersiap pergi sekolah!" (Tanpa menyuruh solat Subuh terlebih dahulu) | "Bangun, ambil wudhu dan solat Subuh dahulu sebelum bersiap untuk ke sekolah" |
26
| "Jom solat, nanti tak masuk syurga!" | Katakan saja: "Jom solat nanti kita sama-sama masuk syurga" |
27
| "Siapa guru kamu yang berkata dan berbuat begitu, dasar tidak cekap" (ketika anak melaporkan kesalahan gurunya) | "Hormatilah guru kamu, kerana mereka adalah ibarat ibubapa kamu juga. Jika perlu, ayah akan bebincang dengan gurumu berkaitan masalah ini. " |
28
| "Jangan bercerita apa pun, kepala ayah tengah pening" | "Berceritalah hal yang menarik" (sambil mengajarkan faedahnya) |
29
| "Belajar saja pelajaran kamu, jangan belajar benda lain" | "Jika hal tersebut bermanfaat, sila belajar ilmu yang lain" |
30
| "Jangan membaca dengan kuat, bising!" | Padahal minat membaca (apa lagi Al-Qur'an) perlu dikembangkan. Katakan saja: "Baca dengan perlahan atau nada yang lembut ye" |
31
| "Kamu memang nakal, dan tidak beradab" | "Anak soleh jangan begitu. Rasulullah tidak mengajar perbuatan seperti itu. Allah pun tidak akan redha " |
32
| (Mengucapkan kepada anak lelaki) "Kamu tiada pendirian, macam perempuan" | "Lelaki sejati tidak akan berbuat seperti itu, menyalahi fitrah" |
33
| "Akhlak kamu sangat buruk, tiada kebaikan sedikit pun" | "Perbaiki akhlak ye. Ayah suka dengan anak yang soleh "(sambil mengusap kepalanya atau mencium) |
34
| "Dia lebih baik dari kamu,dia boleh buat ini dan itu!" | "Sebaiknya begini, insyaAllah boleh lebih baik dari dia jika kamu melakukan ini dan itu" |
35
| "Ayah bertanya tentang tugasmu selesai solat, adakah sudah siap atau belum!" | (Padahal tidak ada yang lebih penting daripada solat) "Mari solat dulu, selepas itu siapkanlah kerja kamu" |
36
| "Adakah kamu tidak mendengar azan, cepat, kalau tidak, ayah tinggalkan" | [Padahal seharusnya pergi bersama-sama, kalau tidak, anak (khusus lelaki) malas ke masjid] "Bila ayah arahkan kamu bersiap-siap dan terdengar azan, bermakna kamu perlu berwudhu dan berpakaian kemas ya" (sambil menunggu dan berjalan bersama-sama) |
37
| "Asalkan dapat tempat pertama, pasti guru kamu senang, jangan pedulikan sikapmu kepadanya" | "Ucapkanlah salam dan bersikap santun ketika berjumpa guru kamu" |
38
| "Terserah dengan kamu nak baca apa saja yang kamu suka" | "Hargailah masa, jangan membaca cerita-cerita fiksyen / komik / novel (bacaan yang tidak bermanfaat), bacalah sirah (biografi) Rasulullah sholallohu 'alaihi wa sallam, para sahabat, dan orang-orang soleh. |
39
| "Kamu tak menggunakan waktu dengan baik, tapi yang penting jangan mengganggu ayah" | "Bagilah masa anda untuk belajar, bermain, beribadah, dan menghafal Al-Qur'an." (Bantulah dia dengan memberikan jadual harian) |
40
| "Asyik main saja, nak jadi orang bodoh ke!" | Katakanlah: "Mari belajar dulu, boleh main lagi selepas belajar" |
41
| Tidak prihatin dengan hal sekolah anak | "Bagaimana keadaan kamu di sekolah bersama guru dan pelajar lain" |
42
| "Siang untuk belajar (ketika berada di rumah), jangan tidur" | "Tidur siang merupakan sunnah Nabi sholallohu 'alaihi wa sallam, tidurlah, tapi jangan melewati waktu' Asar." |
43
| Menggunakan kata "jangan" untuk sesuatu perkara yang rahsia, Contohnya: "jangan membuka peti ini" | Elakkan kata "jangan". |
Dari buku: "Kaedah Pendidikan Anak Muslim Usia Prasekolah", jilid 1, hal. 78 sd 81, dan "Kaedah Pendidikan Anak Muslim Usia Sekolah", jilid 2, hal. 113 sd 117, keduanya karya Abu Amr Ahmad Sulaiman, penerbit Darul Haq, judul asli: Minhajuth Thiflul Muslim fii Dhou'il Kitab was Sunnah , dengan perubahan (pengurangan dan penambahan) oleh Abu Muhammad dan mengambil faedah dari ceramah Al-Ustadz DR. Ali Musri Semjan Putra di Masjid Imam Asy-Syafi'i, Plaju, Palembang, 10 Februari 2013, berjudul "Pendidikan Anak dalam Islam".
Penutup
Doakanlah anak. Kala pertiga malam terakhir, ketika manusia lelap tertidur, hening, hati dan fikiran pun masih terasa bening, panjatkanlah doa kebaikan untuk anak tersayang.
Mohon kepada Yang Maha Tahu dan Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Doakan anak menjadi anak yang soleh. Anak yang berbakti kepada ibubapanya. Anak yang sentiasa memberi kebaikan kepada segenap manusia.
Doakan anak menjadi pengamal dan pengawal dakwah tauhid.
Doakan dia menjadi orang yang senantiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, mencintai dan menghidupkan sunnah-sunnah Rasul-Nya.
Doakan anak ketika bersujud dan pada waktu-waktu dan (di) tempat-tempat dikabulkannya doa.
Mohon kepada Yang Maha Tahu dan Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Doakan anak menjadi anak yang soleh. Anak yang berbakti kepada ibubapanya. Anak yang sentiasa memberi kebaikan kepada segenap manusia.
Doakan anak menjadi pengamal dan pengawal dakwah tauhid.
Doakan dia menjadi orang yang senantiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, mencintai dan menghidupkan sunnah-sunnah Rasul-Nya.
Doakan anak ketika bersujud dan pada waktu-waktu dan (di) tempat-tempat dikabulkannya doa.
رب هب لي من الصالحين
" Ya Rabb-ku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh . "(Ash-Shaffaat: 100) ( http://www.salafy.or.id/memperhatikan-pendidikan-anak-3/ )
رب اجعلني مقيم الصلاة ومن ذريتي ربنا وتقبل دعاء
" Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan Kami, perkenankanlah doaku . "(QS. Ibrahim: 40)
رب اجعل هذا البلد آمنا واجنبني وبني أن نعبد الأصنام
" Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala . "(QS. Ibrahim: 35) (Doa Nabi Ibrahim ' alaihis salaam )
ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما
"Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa . "(QS. Al Furqan: 74) [Doanya ' Ibaadurrahman (hamba Allah )]
Semoga Allah memperkenankan doa kita sebagai orang tua yang mengandungi kebaikan kepada anak-anak kita. Semoga anak-anak kita berada dalam kebaikan dan terus berada dalam bimbingan Allah di jalan yang lurus. Jika kita sebagai anak, janganlah sampai durhaka pada orang tua. Banyak-banyaklah berbuat baik pada mereka, sehingga kita pun akan didoakan oleh bapak dan ibu kita. (http://rumaysho.com/belajar-islam/amalan/3416-doa-orang-tua-pada-anaknya-doa-mustajab.html )
Sesungguhnya Allah Maha mendengar dan mengabulkan doa hamba-Nya.
Wallohu a'lam. Semoga selawat dan Salam selalu tercurah kepada Nabi kita Muhammad beserta keluarganya, sahabatnya, dan orang-orang yang mengikutinya dengan baik hingga hari kiamat.
Abu Muhammad - Palembang, 17 Robi'ul Akhir 1434 H / 27 Februari 2013
Abu Muhammad - Palembang, 17 Robi'ul Akhir 1434 H / 27 Februari 2013
Artikel asal : abu muhammad blog
Ayat telah diolah/diubah tanpa mengubah maksud untuk pemahaman yang mudah.
No comments:
Post a Comment