Puan-puan dan encik-encik percaya ada teori untuk melatih anak menulis dengan cepat?
Sebenarnya memang ada.
Hanya dengan alat permainan.
Iye..
Alat permainan yang berkonsepkan pendidikan atau lebih dikenali sebagai educational toys.
Ada satu jenis permainan yang boleh melatih anak menulis dengan cepat.
Permainan ini merangsang saraf-saraf motor halus melalui koordinasi tangan dan penglihatan.
Dalam masa yang sama juga melatih otot-otot jari anak untuk menulis dengan cepat.
Alat permainan ini pun boleh membantu untuk membina pengesanan visual, bentuk dan warna.
Nama alat permainan tu - BEADS MAZE.
Kalau korang perasan,alat permainan ni pun ada diletakkan di klinik atau baby room.
Nampak menarik kan..Selamat dan berfaedah.
Ini Sofea punya.
Harga beli rm14 termasuk pos.
Kecil saja,senang Sofea nak bawa ke sana sini.
Belikan dia semasa umur setahun tiga bulan.
Mulanya,tak tunjukkan respon minat sebab tak pandai nak main lagi.
Lepas tu simpan beberapa bulan.
Baru-baru ini,sorokkan mainan lain dan keluarkan beads maze.
Seronok pula dia main,sampai leka.
Tahniah anak.. :)))
Di mana nak beli?
Ada dijual di kedai permainan kanak-kanak.
Beli melalui hujung jari pun ada.
Cari sahaja di internet nanti berlambak keluar web seller.
Pelbagai saiz dan bentuk ada.
Di FB,Insta pun ada.
Sila sila ...
6 comments:
tq for the info...
sama-sama Ayu :))
tq sgt info bagus.masa ritu duk tgk permainan ni. ntah untuk apa. hehe
tq.
jom lawat blog saya. saya suka homeschooling. nk bertukar idea nanti =)
www.bijaksihat.com
kaklin pun mase memule tu ape fungsikah bend ni..pre menulis rupenye heheh kesian mak
Ummu Ikhwan,saya pun baru bertatih dalam dunia homeschooling.InsyaAllah ..
alahai mak Muhammad :p
kat sekolah tahfiz k.As pun ada benda ni.
Post a Comment