Memetik ayat seorang sang faqir,
IBUBAPA ADALAH GURU AWALAN. BERUSAHA YANG TERBAIK DI AWALAN UNTUK KEMUDAHAN DI PERTENGAHAN DAN DI PENGAKHIRAN.
Baru nak dedahkan Sofea dengan buku-buku macam ni ?
Sebenarnya tiada istilah lambat atau cepat dalam mendidik anak-anak.
Tetapi janganlah pula tangguhkan atau hadkan apa yang di ajar atau dibuat kepada anak-anak.
InsyaAllah, tahun ini baru nak fokus untuk homeschooling Sofea.
Bulan Mac nanti genap 2 tahun.
Antara tips mencari buku yang saya praktikkan :
1. Utamakan jenis 'hard cover'
Sofea memang perlukan buku hard cover sebab dia jenis baik sangat dengan buku.Kertas yang dipegang pun boleh koyak seribu dalam masa tak sampai setengah jam.Sebelum mak nangis laju-laju,baik ambil langkah selamat.
2. Cari ilustrasi atau gambar yang sebenar.
Gambar yang sebenar akan membantu anak untuk mengingati dengan cepat apabila ternampak objek di dalam buku sama dengan objek yang sebenar di luar.Biasannya,kanak-kanak lagi suka tengok gambar animasi sebab dan biasa tengok di TV dan sebab tu lah kita kena dedahkan dengan objek sebenar.
3. Bawa anak ke kedai buku
Beri peluang kepada anak untuk mendapatkan buku yang diminatinya..Sebelum beli,tunjukkan pada anak,sekiranya dia berminat barulah bayar.Ambil sedikit masa untuk belek buku bersama anak.
Macam Sofea,dia akan duduk di riba papa kalau dia berminat tengok buku tu.Kalau tak minat,dia lagi rela belek rak buku. T__T
Pasal crayon dan drawing block tu pula,ada sedikit info yang saya nak kongsi.
Info ini saya ambil dari blog Aty, dia pun buat homeschooling untuknya Qaleef.
Isernberg ( 2001 ) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran . Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk kanak - kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan , cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa , serta membantu kanak - kanak untuk membantu kanak - kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka .-sumber-
Mengenal Warna
Apabila kanak-kanak mula belajar mewarna, ia adalah langkah pertama untuk dia mengenal warna. Apabila dia sudah didedahkan dengan aktiviti mewarna pada awal usianya secara kerap, dia akan mudah mengenali warna dan tahu bagaimana untuk mencampurkan warna untuk mencipta warna baru yang lain.
Luahan
Mewarna adalah cara yang menunjukkan dia sudah bersedia untuk meluahkan apa yang dirasakannya. Dia akan menconteng dan melakar pada kertas putih mengikut perasaannya. Jika perasaannya stabil, lakaran warna kemas dan sebaliknya jika perasaannya tidak stabil. Dalam pada masa yang sama, ia boleh dikatakan terapi buat si manja kerana dia akan memilih jenis-jenis warna yang dia suka tanpa dipaksa oleh ibu bapa atau pengasuh.
Membina Kemahiran Motor Halus
Mewarna membantu kanak-kanak membina kemahiran motor halus mereka. Kemahiran motor halusnya penting dalam kehidupannya. Apabila melakukan aktiviti mewarna, ia membantu seorang kanak-kanak membangunkan otot-otot tangan mereka dengan cara dengan cara memegang dan mengawal pencil warna dengan betul.
-sumber-
Peringatan untuk kita dari seorang yang berpengalaman dalam homeschooling,
Jangan terlalu mendesak supaya anak cepat membaca, dan lain-lain kemahiran.
Fahami anak kita sungguh unik.
Semua nak berlumba siapa lebih cepat, siapa lebih pandai.
Sedar atau tidak,anda telah meracuni pemikiran anak untuk belajar semata-mata untuk perhatian atau untuk dipandang hebat.
Tabiat sekecil ini akan bawa pengaruh besar dalam hidup mereka kelak.
Berapa ramai antara kita didik anak dan beri kefahaman pada anak tentang pentingmya ADAB menuntut ilmu, NIAT menuntut ilmu, MATLAMAT DAN FUNGSI ILMU tersebut????
Sesuatu untuk kita fikirkan.
1 comment:
Moga suami diberi hidayah menutup aurat.post disini sngat bagus.trimakasih sis
Post a Comment