18 January 2014

Anak Tak Mahu Makan, Anak Memilih Makanan - Picky Eater

Assalamualaikum dan hai pada mak-mak yang jelita :))

Pernah alami situasi macam ni?
Susah hati mak-mak bila ada situasi macam ni.
Kadang-kadang stress pun ada.
Semangat masak menu yang lazat,siap cari resepi dalam google lagi tapi bila nak suap kat anak,boleh dia katup mulut,geleng kepala T_T
Dah tu nak buat apa,takkan nak paksa anak buka mulut,takkan nak biar anak berlapar.

Sofea sejak boleh makan ( umur 6 bulan) sampai sekarang, seleranya kadang-kadang atas angin,kadang-kadang macam ombak.
Seminggu berselera,seminggu lagi kurang berselera.
Ikut anginnya sendiri.

Meh sini kita belajar macam mana nak layan anak yang memilih makanan atau susah nak makan.


1. Anak anda mungkin jenis yang pilih makan (picky eater).
Beri pelbagai pilihan jenis makanan yang mungkin anak anda suka.
Kanak-kanak pada kebiasaannya hanya menumpu pada beberapa jenis makanan sahaja.
Oleh itu, jangan paksa anak anda cuba makanan baru tetapi sentiasa menyediakan makanan kegemarannya.
2. Jangan cuba ‘rasuah’ anak anda untuk habiskan makanan dengan menawarkan snek atau gula-gula/coklat selepas selesai makan kerana ini menjadikan suatu tabiat yang kurang baik dan menyebabkan anak anda terlalu makan yang tidak sihat.
3. Sediakanlah makanan yang nampak sedap dan juga rasa enak. - Mak kena kreatif cara hidangkan makanan. 
4. Kalau anak minta lagi, boleh beri lagi. Sekiranya tidak habiskan, jangan paksa/ancam. Jangan berikan wajah yang marah dan risau apabila anak tidak dapat habiskan makanan atau tidak mahu makan. Anak anda mungkin akan sengaja tidak mahu makan untuk menarik perhatian anda sekiranya begitu.
5. Kanak-kanak patut makan tiga kali sehari dengan dua kali snek. Makanan yang boleh dijadikan snek adalah seperti keju, biskut ‘whole-grain’,yogurt, epal, strawberi dan sebagainya.
6. Sekiranya anak anda tidak mahu makan, jangan paksa dan berikan snek yang lebih banyak dan berkhasiat beberapa jam kemudian.
7. Beritahu anak 15 minit lebih awal bahawa masa makan akan datang, kerana kanak-kanak mengambil masa untuk membina selera, terutama sekali sekiranya mereka tengah asyik bermain.
8. Jadikan masa makan sesuatu yang rutin dan tetap masa kerana kanak-kanak lebih biasa dengan aktiviti yang rutin. Ini membantu anak anda bersedia untuk menjamu selera.
9. Jadikan masa makan suatu aktiviti yang ceria dan bersama seisi keluargaTak best makan sendiri.
10. Elakkan bergaduh dan marah-marah di meja makan supaya kanak-kanak tidak mengaitkan masa makan dengan stres dan perkara yang tidak selesa.
( answered by Dr Foo Chee Hoe ) - doktorbudak

No comments: