Kemain panjang tajuk post hari ini.
Pada tahun baru ini Allah uji dengan sedikit demam,batuk dan selesema.
Allahuakbar semoga terhapus dosa-dosa kecil mak buyung ini.
Sepanjang mengandung memang selalu diuji tahap antibodi ni tapi alhamdulillah tiada lagi rekod check in di HTAR. :p
Sedia maklum,sistem imun badan masa mengandung memang menurun.
Pasrah.
Bila orang sebelah demam,saya pun ikut sekali demam.
Minggu lepas hanya selesema,tekak rasa perit sikit tapi ada satu kesilapan, gara-gara tekak memanggil- manggil untuk makan kuew teow tom yam.
Semangkuk licin.
Pedas kaw kaw!!
Akhirnya tekak jadi sakit.
Penawar sakit tekak.
Walaaa..hari sabtu tekak semakin sakit.
Terasa kering.
Air putih memang susah nak minum.
Untuk yang macam saya,tukarkan air putih pada cecair lain.
Seperti biasa,saya akan minum susu segar 1 liter.
Inilah satu-satunya penawar sakit tekak untuk saya.
Tapi,tak semua orang boleh telan susu apatah lagi masa mengandung.
Ini pun baru dapat bercinta semula dengan susu.
Sebelum ni,bila minum susu je perut jadi sebu,tekak loya.Haishh..
Masa ini elakkan makanan yang pedas.
Penawar Demam
Macam biasa,bila demam memang akan minum sebiji air kelapa segar.
Memang diakui boleh turunkan suhu badan.
Sakit sendi pun boleh hilang.
Dah tak ada rasa badan seram sejuk.
Dan sangat membantu untuk badan yang dehidrat.
Itu pun berebut minum dengan Sofea.
Alahai anak.
Penawar Batuk
Selain minum VCO pada waktu pagi, saya juga buat air lemon bercampur dengan hirisan halia muda.
Halia bagus untuk pecahkan atau cairkan kahak.
Tak percaya,sila cuba ye.
Saya dah amalkan sebelum ini.
Memang berkesan.
Hilang suara jantan dan batuk keras.
Batuk keras yang menyeksakan.Sakit dada.
**Untuk info, kahak adalah hasil reaksi inflamasi sel dalam badan pada jangkitan kuman atau allergen.
Kahak dihasilkan sebagai salah satu mekanisme pertahanan untuk memerangkap bendasing dan memusnahkan kuman-kuman tersebut.
Tetapi jika kahak berlebihan,komplikasi seperti penyempitan saluran pernafasan akan berlaku.
Normalnya,kahak akan dinyahkan dari paru-paru melalui batuk dengan sangat efektif.
-Sumber Doktor Organik-
3 keping lemon
seulas halia muda di hiris
satu sudu gula perang
1 sudu kecil teh hijau
Selain tu,boleh juga amalkan minum jus nenas ( pastikan empulur diasingkan)
Dan dalam masa yang sama,elakkan makanan yang diproses yang bolehkan menghasilkan mukus/kahak.
Penawar Selesema
Saya amalkan minum sup ayam atau sup tulang yang panas-panas.
Lebihkan halia dan tambah sedikit lada hitam.
Dalam nasi pula saya campurkan halba.
Hangat dan meleleh.
Tiada lagi hidung tersumbat.
Cecair pun berkurang.
Hari ketiga,badan dah rasa sihat.
Cuma sedikit batuk dan selesema lagi.
Alhamdulillah.
Badan bebas dari ubat sintetik.
Usaha untuk sihat dan selebihnya tawakal kepada Allah.
Selamat mencuba :))
No comments:
Post a Comment