09 January 2014

DIY : Misi Rak Buku

Ini yang dikatakan semangat..
Buku anak baru ada tiga buah tapi mak dah berfikir nak buat rak buku.
Tak apa la,cakap nak rumah sentiasa kemas kan.
Buku belajar zaman muda-muda dulu pun ada juga.
Tak tersusun.
Boleh tumpang rak buku anak sekali.
Kena reset minda semula ni,rajin-rajin baca buku.
Ni tak,baru sehelai muka surat dah kroohh...kroohhh..
Ko nak anak rajin baca buku tapi tak nak tunjukkan amalan membaca buku.
Acaner?
Danggggg....


Tersangatlah JATUH CINTA dengan design rak buku ini.
Menarik dan ringkas.
Boleh minta suami tolong buatkan.
DIY.
Jimat kos.
Ambil je kayu pallet di warehouse,sembur cat.
Pakukan kat dinding.
Siap
>> Cakap memang senang. <<


Lagi satu,



Ok yang ni macam susah sikit nak minta tolong buatkan.
Tunggu mood kreatif encik suami datang.
Lagi pun macam susah pula Sofea nak ambil buku sendiri.

Dalam mode tak sabar dah ni.
Nanti saya tunjukkan hasil. 

4 comments:

ayahmamilisa said...

wah ni boleh jadik inspirasi kat mamilisa gak nih..thanx alya :)

Fizah said...

diy seronok gak ni..hee

Nur Alya said...

Jom kita buat :))

mazlen johar said...

wah cantik n kreatif...