22 January 2014

Kembali Menyerang - Sakit Belakang



Urghhhh..
Masuk minggu ke 35, sakit belakang kembali menyerang.
Ohsem !!
Bila duduk lama sikit di kerusi mulalah terasa otot,sendi berdenyut-denyut di belakang.
Ini yang terasa tak sabar nak bersalin.
Dah letak dua biji bantal di belakang tapi kadang-kadang terasa juga sakitnya.
Senaman berjalan ke hulu ke hilir pun buat juga.
Bertabahlah.
Lagi sebulan atau kurang dari sebulan.

Punca sakit belakang :

Sakit belakang dalam kehamilan boleh dibahagikan kepada dua kategori:
  • Sakit belakang sebenar, yang disebabkan oleh faktor yang sama dengan sakit belakang yang dialami wanita yang tidak hamil.

  • Sakit girdel pelvis (PGP), yang berlaku akibat kehamilan dan perlu diuruskan secara berbeza daripada sakit belakang.

Sakit belakang sebenar berlaku apabila ligamen (tisu-tisu kuat dan fleksibel yang menyambungkan tulang-tulang anda), otot-otot, cakera dan sendi-sendi anda tertekan akibat postur yang tidak elok, teknik mengangkat yang salah, otot-otot yang lemah atau ketat, ataupun kecederaan. Jika anda mengalami masalah ini semasa hamil, kemungkinan besar anda sudahpun mengalaminya sebelum hamil lagi.

Masalah ini biasanya menjadi lebih teruk pada penghujung hari atau sekiranya anda telah berdiri untuk jangka masa yang lama. Ini kerana, otot-otot anda menjadi letih dan ligamen anda tertarik sedikit akibat berat badan dan bayi anda.

Sesetengah wanita, iaitu kurang daripada satu peratus, akan mengalami skiatika semasa hamil. Keradangan atau tekanan daripada belakang menyebabkan saraf skiatik (yang mengunjur daripada bahagian bawah belakang hingga ke tapak kaki) menjadi sakit. Ini menyebabkan rasa ngilu sepanjang kaki anda, atau rasa mencucuk-cucuk.

Berbeza daripada pendapat ramai, skiatika bukan disebabkan oleh bayi yang menekan saraf anda. Jika anda mengalami skiatika, kemungkinan besar ia akan tetap berlaku samada anda hamil ataupun tidak.

Sakit girdel pelvis berlaku akibat kehamilan, dan ia perlu diuruskan secara berlainan daripada sakit belakang. Rawatan biasa bagi sakit belakang biasanya tidak berkesan untuk PGP, malah boleh membuatkan kesakitan itu bertambah teruk.

Jika anda rasa sakit pada atau di sekitar tulang pubis pada bahagian hadapan, anda mungkin mengalami disfungsi pubis simfisis (SPD), iaitu satu penyakit yang dikaitkan dengan ligamen tertentu pada pelvis anda.



Apakah yang boleh saya lakukan untuk melegakan sakit belakang?

Saranan-saranan berikut mungkin dapat membantu:
  • Senaman: 
Senaman lantai pelvis dan senaman perut dapat mengurangkan tekanan. Turun ke posisi merangkak dan tegakkan belakang anda. Tarik nafas dan kemudian, apabila menghembus nafas, kemutkan otot lantai pelvis dan tarik pusat ke dalam dank e atas. Teruskan mengemut untuk selama kira-kira lima hingga 10 saat tanpa menahan nafas dan tanpa menggerakkan belakang anda. Relakskan otot-otot perlahan-lahan pada akhir senaman.

  • Urutan: 
Urutan dapat melegakan otot-otot yang letih dan lenguh. Bongkokkan badan ke hadapan menghadap belakang kerusi atau baring mengiring. Minta suami anda mengurut bahagian bawah belakang dan otot-otot yang mengunjur sepanjang kedua-dua sisi tulang belakang anda perlahan-lahan. Untuk bantuan lanjut, anda boleh dapatkan khidmat tukang urut terlatih atau ahli fisioterapi.

  • Postur yang baik: 
Jika anda mengalami kesakitan pada tulang punggung, elakkan dari duduk membongkok dan bengkokkan belakang anda sejauh yang anda rasa selesa. Cuba duduk di atas kusyen lembut yang berbentuk baji atau berbentuk cincin.

  • Berenang: 
Sertai kelas akuanatal jika ada. Kelas seperti ini boleh membantu melegakan sakit belakang semasa hamil.

  • Akupunktur: 
Adalah penting bagi anda mendapatkan pengamal akupunktur yang terlatih dan berpengalaman merawat wanita hamil.

  • Bantal materniti: 
Tidur mengiring dengan bantal berbentuk baji diletakkan di bawah perut dapat membantu.

  • Kehangatan dan air: 
Mandian hangat, tuaman panas atau pancuran air panas dapat melegakan ketidakselesaan
.
  • Tali pinggang sokongan: 
Tali pinggang ini dapat menampung berat bayi dan mengurangkan tekanan terhadap otot-otot perut dan belakang anda.

No comments: