21 January 2014

Alasan Cerai Susu Badan Yang ....

  •  Bila dapat tahu sedang mengandung.
Berusaha untuk cerai susu dengan anak yang belum mencapai usia 2 tahun.
Alasannya,risau anak dalam kandungan tidak cukup zat.
Allah dah rancang sebaik-baiknya.
Hak anak untuk menyusu badan sehingga umur 2 tahun.
Jika risau dengan kekurangan zat,berjumpalah dengan doktor dan minta nasihat.
Makan makanan yang berkhasiat.


Mohon halalkan sumber pic ini -


  •  Anak asyik bergayut/mengempeng kadang-kadang menggigit.
Fitrah anak yang gatal gusi atau dalam proses tumbuh gigi.
Cakap elok-elok dengan anak.Bila anak dah lena,lepaskan secara perlahan-lahan.
Alah, ko tak rasa memang la senang cakap. - Dah tu cari solusi lain pula.Jangan cepat mengalah.

  • Anak dah besar, malu nak bagi depan orang ramai.
Bukannya nak suruh selak baju sampai ke atas.
Untuk yang pakai tudung,boleh tutup dengan tudung yang labuh.
Alternatif lain,pakai nursing cover.
Berlambak jual di online atau kedai luar.
Pilih dan bayar.

  • Alasan yang ini rasa #%$^&%*&^*@ - Susah mak dan ayah nak #ehem-ehem.
Ini bukan cerita rekaan, saya sendiri nampak mak tu komen begini.
Maaf ini bukan nak memalukan tapi terasa kasihan dengan si anak.

Bayangkan saja bila,
Seorang mak bengkak susu tapi anak syurganya tiada di sisi - meninggal dunia.
Seorang mak bertekad untuk beri susu badan untuk anaknya tapi rezekinya kurang.

Sekian bebelan di petang hari.




4 comments:

Unknown said...

Setuju, sepatutnya tak perlu ada alasan untuk menyusukan anak.

Home4health said...

Alhamdulillah Ain Ibrahim :))

Anonymous said...

saya preggy 5 bulan dan masih menyusukan anak..tapi diwaktu malam sahaja..alahan mengandung memang sgt teruk..dr sarankan saya wean off baby..sbb sy terlalu lemah..

Home4health said...

Puan,Allah dah rancang sebaik-baiknya.InsyaAllah menyusukan badan bukan punca badan lemah.
Boleh dapatkan nasihat dari pakar laktasi pula.
Selain itu,makan makanan yang berkhasiat untuk tambah tenaga ketika alahan seperti kurma dan delima.Say pun pernah mengalami seperti puan :))