22 December 2014

Melangkah Sendiri

Assalamualaikum ..
19 Disember.
Anakanda kecik, Saraa sudah berani melangkah sendiri.
Alhamdulillah.
Umur 9 bulan lebih makin lincah, makin banyak akalnya.
Setiap hari mesti ada aksi anak gigit mak, mak gigit anak.
Lebam-lebam tangan mak dikerjakannya.
2 batang gigi comel di bawah, 4 batang gigi tersusun di atas.
Gigi taring dah bagi salam perkenalan.
Makin ngeri mak ni nak oi.

Hampir sebulan selera makan si kecik on off.
Gara-gara giginya nak tumbuh.
Berat statik 7.5kg.
Takpa, mak tak kisah pasal berat.
Asalkan anak sihat dan aktif.
Masih lagi fully bf.
Jauh lagi perjalanan kita ni nak.
Suka sangat makan pisang tapi bila makan pisang terus sembelit.

Setiap pagi,dia orang pertama yang bangun.
Kerjanya kejutkan semua orang.
Tarik rambut, tarik telinga atau tindih kepala guna bontot comelnya.
Nampak pintu bilik terbuka, cepat- cepat merangkak keluar.

Minggu ni minggu manja dengan papa.
Nampak papa mesti merengek minta dukung.
Berusaha berdiri di celah-celah kaki papanya..
Mama senang hati kalau selalu begini :p

Semoga anakanda sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah.
Amin amin amin.

30 October 2014

Kawan Baru Saraa

Assalamualaikum..

Dah seminggu cuaca di kampung ni mendung.
Hampir setiap hari hujan membasahi bumi.
Alhamdulillah,kolam tadahan air bertambah.
Sayur-sayuran di kebun tepi rumah jadi subur.
Tapi jalan semakin becak dan licin.hukhuk..

Anakanda kecil kurang sihat.
Seharian cirit birit dengan bau yang busuk.
Badan sedikit panas.
Asyik merengek saja.
Selera makan pun berkurang.
Sekarang dah pandai panggil mama kalau mak duduk jauh.
Bila bangun tidur pun panggil mama.
Cair hati mak mendengar.
Nampak bekas makanan,sebut mamam sambil tepuk tangan.
Kalau ngantuk,merengek sambil sebut nenen.
Dah boleh berdiri sambil lepas tangan dalam masa seminit :)

Alahai...
Kawan barunya lambat pula muncul.
Mak pun tak sabar nak tengok.
Semoga cepat sembut ya nak.
Amin.

Tu dia kawan Saraa yang baru.
Nampak dua ketul putih di gusinya.
Tak lama lagi ada yang kena gigit :p



24 October 2014

Bersahabat Kerana Allah

Petikan ayat dari salah satu grup whatsapps.
Sumpah, tersentuh hati yang ego ini.
Allahurabbi.

Pernah tak nak terasa hati dengan kawan?
Mungkinlah. Cara berfikir kita lain.
Cara berfikir dia lain.
Sampai satu simpang, sudah tidak sehaluan.
Kita tulis mesej panjang-panjang.
Dan dia boleh
balas 'ok' sahaja.
Kita punya nak masa sendiri.
Dia boleh bercakap banyak pula.
Kita jenis lambat-lambat.
Dia pula asyik nak cepat.
Bertentangan habis.
That are so 'we'.
Itu kami.
Orang lain juga pasti punya kisah yang sama.
Dalam ukhuwwah ini, satu sahaja.
Harus ada rasa untuk saling give and take.
Mahu untuk memahami.
Dan juga menyayangi.
Usah sayangkan sahabat kerana apa yang dia ada.
Love her or him for what they have.
And for what they don't have!
Sayang mereka atas apa adanya diri mereka.
Dan atas apa jua yang tidak ada pada diri mereka.
Kita selalu baca hadith Rasulullah SAW.
Laa yu'minu ahadukum hatta yuhibba li-akheehi maa yuhibbu linafsihi.
Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu, sehingga
dia mengasihi saudaranya seperti mana dia
mengasihi dirinya sendiri.
Tetapi pernah tak kita betul-betul tanya pada diri.
Bahawa satu hadith itupun sudah betul-betul
diamalkan atau belum?
Mungkinlah ada suatu ketika, ujian persahabatan
itu teruji.
Keep calm. Renung balik kita bersahabat kerana
apa dan siapa.
Kita bersahabat untuk dibawa ke mana.
Kita sendiri sudah ada jawapannya bukan?
Kalau sahabat ada yang tak terbalas mesej.
Sangka baik. Mungkin dia sibuk. Atau mungkin ada
sesuatu yang berlaku. Doakan yang baik-baik
sahaja. Walaupun nampak sebab-sebab itu tidak
muhasabah, tetap sangka baik.
Kalau sahabat ada yang bad mood. Sangka baik.
Kita juga manusia biasa. Ada naik dan turun
emosinya. Reflect kembali. Mungkin ada juga
salahnya pada kita.
And the list continues. Sampai kita akan pergi.
Dan bawa ukhuwwah ini hingga ke syurga.
Bila kita bersahabat.
Tak semestinya kita akan bersahabat dengan dia
yang perfect.
Baik dia atau kita.
Kerana tidak ada manusia yang sempurna.
Apa yang ada adalah kelebihan dan kekurangan.
Yang tersendiri.
Untuk saling melengkapi.
Apa adanya.
Hingga menjadi sempurna.

07 October 2014

Natural Remedi (Rawatan Alami) - Sengatan Tebuan

Assalamualaikum fillah ..

26 Sept 2014, 4.15 pm

Satu petang yang menyesakkan dada.
Kucar kacir hidup sekejap.
Anakanda kecil terpijak ekor tebuan tanah.
Luluh hati mak tengok anak meraung-raung kesakitan.
Lagi mengharukan hanya kami berdua di rumah.
Keluar masuk rumah tak tahu nak buat apa.
Panik.

Alhamdulillah ada pakcik tolong hantarkan ke klinik.
Sebelum keluar rumah, saya sapukan minyak gamat di tapak kakinya.
Naik saja motor, Saraa berhenti menangis.
Terlupa rasa sakit di tapak kakinya.
Saya sempat bagi mesej dengan Kak Adlie untuk tanyakan remedi dengan ahli JLOS.

Sampai di klinik, dorang dah bersiap-siap untuk balik.
Ambulans baru saja berlalu ke Hospital Pitas.
MA sediakan surat rujukan untuk ke hospital sementara tunggu encik suami tiba dari pekan.

5.40 pm, Hospital Pitas.

Masuk bahagian kecemasan.
Surat rujukan itu jadi bahan ketawa.
Entah apa yang lucu.
Dah rasa tak sedap hati.
Kami ni tengah risau tapi staff hospital pula melambatkan proses, lagi pun tiada pesakit yang dirawat.
Saraa dah tak merengek tapi rasa kurang selesa sebab kakinya mula membengkak.

Datang seorang MA nak bagi suntikan untuk Saraa.
Saya tanya untuk apa dan apa nama ubat.
Dia sebut piriton, untuk elakkan imflamasi sengatan.
Saya puas hati dengan jawapannya tapi kurang senang dengan soalan balasnya.
Dia bertanya - kamu tahu itu ubat apa?
Dalam hati - ya, mungkin saya tidak tahu sebab tu saya bertanya dan saya ada hak untuk tahu.

Saraa dari lahir memang bebas dari sebarang vaksin dan ubat-ubatan.
Saya minta tangguhkan suntikan tersebut.
Satu permulaan yang baik,jadi untuk apa saya nak kacau antibodi anak.
Saya telefon kakak yang bertugas sebagai MLT di hospital Likas.
Lagi soalan yang kurang menyenangkan - kakak kamu doktor pakar kah?
Alahai doktor, sebelum ni kamu tanya saya kerja apa, saya jawab surirumah.

Akhirnya kami buat keputusan untuk tidak mengambil suntikan itu.
Walaupun pihak hospital memaksa.
Atas nasihat MO dari hospital lain, sengatan tebuan tidak bertoksik dan tidak berbahaya.
Lagi pun Saraa tak tunjukkan reaksi yang negatif.
Kami bagi alasan yang agak munasabah.
Nak teruskan rawatan di hospital Likas sebab berdekatan dengan rumah.
Doktor pandang sinis.
Borang yang dorang sediakan pun tak bagi saya peluang untuk baca.

Banyak sebenarnya nak cerita tapi pendam dulu dalam hati.
Alhamdulillah Saraa dah sembuh sepenuhnya.
Masih selamat tanpa sebarang vaksin.

Sampai di rumah,saya baca mesej dari kak Adlie.
Natural remedi untuk sengatan tebuan :
- kapur sirih
- tanah liat yang berwarna putih
- sarang tebuan tanah yang di bakar

Saya pilih kapur sirih sebab tu yang ada di rumah.
Malam tu Saraa asyik menangis saja.Agaknya kakinya sakit sebab semakin membengkak.
Sebelum tidur, saya sapukan kapur sirih di tapak kakinya.
Esok paginya,mata masih mamai lg saya tengok bengkak dah surut.
Saya kejutkan encik suami minta tolong tengokkan sekali lagi.
Alhamdulillah,memang betul bengkak kakinya dah surut.
Hanya dengan kapur sirih sahaja.
Tak perlu bagi suntikan ubat.
Terima kasih sangat pada ahli JLO yang bagi jawapan untuk natural remedi.

* serik dengan layanan hospital Pitas.


31 August 2014

Langgar Dan Lari - Satu Peringatan

Assalamualaikum.

Dikisahkan selepas raya hari tu, kereta dilanggar oleh motor.
Cermin pecah dan pintu belakang sedikit kemek.
Tercuit rasa kemarahan sebab kereta tu milik mak. Kami hanya peminjam.
Takut hilang kepercayaan dari empunya.
Tambah lagi, yang melanggar itu saudara mara sebelah suami.
Semasa kejadian, sudah muafakat untuk tanggung segala kos. Gembira sebab dapat merasakan benda ni cepat selesai.
Dalam seminggu boleh siap katanya.

Pendekkan cerita, berminggu-minggu tiada khabar dari pihak sebelah. Proses pembaikkan belum bermula.
Tanya dengan suami, katanya orang tu tak bekerja. Tiada pendapatan tetap .
Naik pula paras darah ni.
Allahurabbi, kami pun tiada kerja tetap.
Garu kepala masing-masing.
Akhirnya, minta bantuan dengan adik beradik lain.

Sesungguhnya, ini adalah peringatan untuk tetapkan hati agar bersabar.
Letakkan pengharapan pada Allah.
Berdoa supaya urusan dipermudahkan.
Muhasabah diri bahawa ini hanya dugaan kecil.
Alhamdulillah. Tenangkan diri.

10 August 2014

Hidup Sihat Dengan Sayuran Organik

Assalamualaikum..
Masih sempat lagi untuk ucapakan Selamat hari raya kepada semua.
Semoga amalan kita pada bulan Ramadhan yang lalu mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.

Hampir dua minggu lebih di kampung halaman.
Tak dapat digambarkan segala perasaan ini.
Bersyukur pada Allah di atas peluang untuk menikmati rezeki ini.
Menikmati kehidupan yang sebenar.

Hari ini saya sempat titipkan gambar sayur kacang panjang yang sihat tanpa baja dan racun.
Turun tangga rumah kemudian petik sayur.
Indahnya hidup.
Tak perlu berjalan jauh untuk membeli sayuran,beratur untuk menbayar nilai sayur.
Dulu, selepas beli sayur memang wajib direndam dengan garam untuk membuang racun serangga atau baja kimia.
Sekarang, usai memetik sayur,basuh kemudian potong atau siang dah boleh masak.
Alhamdulillah.

Semoga kita semua diberi rezeki untuk menjaga amanah yang Allah berikan. Badan yang sihat adalah dari pemakanan yang terjaga.

Salam sayang dari Pitas, Sabah.

07 August 2014

4 Fasa Aktins

Fasa 1 : Induction (Induksi/Pengenalan)
Fasa 2 : Ongoing Weight Loss [OWL] (Susut Berat Badan Berterusan)
Fasa 3 : Pre-Maintenance (Pengekalan Awal)
Fasa 4 : Lifetime Maintenance (Kekal Seumur Hidup -gempak jer bunyinya kan)

Prinsip ini dari diet Atkins 'adalah bahawa, dengan menyekat karbohidrat, tubuh kita dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan, bukan karbohidrat untuk bahan bakar.

Diet Atkins 'mempunyai empat tahap induksi rancangan karbohidrat, penurunan berat badan yang sedang berlangsung, pra-rawatan dan penjagaan seumur hidup. Dengan bantuan dari empat tahap, anda boleh mengurangkan serta menjaga berat badan anda sepanjang hidup anda.


Induksi - fasa 1:
Fasa ini berlangsung selama dua minggu, pada hari akhir anda boleh mendapatkan hasil yang signifikan. Hal lain adalah bahawa, dalam rancangan diet anda boleh mula pada salah satu fasa. Namun disarankan untuk memulakan dengan induksi. Apabila anda memotong kembali pada karbohidrat anda secara signifikan dalam fasa ini, anda akan melompat memulakan program penurunan berat badan anda. Pada tahap ini, hanya 20 gram karbohidrat yang dibenarkan dan oleh itu berat badan anda adalah signifikan. Apabila anda secara drastik mengurangkan karbohidrat tubuh anda bergeser ke gigi tinggi dan mula membakar lemak. Hal ini memerlukan waktu sekitar 48 jam untuk berlaku dan anda mungkin merasa lapar dan jengkel untuk tiga-empat hari pertama. Tapi jangan bimbang, akan selepas mula lemak anda mendapatkan ditukar menjadi bahan bakar, anda akan merasa segar bugar. Induksi akan memperkuatkan sistem kekebalan tubuh anda dan juga meningkatkan kesihatan kita jangka panjang.

You may choose to stay in Induction if . . .
• You still have more than 30 pounds to lose. You should stay in Induction for now if . .
• You still have a large amount of weight to lose.
• You’re still struggling with carb cravings
• You’ve not been fully compliant with Induction.
• You still have elevated blood sugar or blood pressure levels.
• Your weight loss is slow and you aren’t physically active.TERUSKAN INDUCTION...!

Berlangsung Weight Loss (OWL) tahap 2: 
Pada fasa ini, laju penurunan berat badan melambat ketika anda menambah kaya karbohidrat gizi untuk diet anda. Selama tempoh ini, anda akan meningkatkan keupayaan badan anda untuk membakar lemak serta memahami tubuh anda lebih baik. Anda akan menemui jumlah yang tepat dari karbohidrat yang anda boleh mengambil dan masih menurunkan berat badan. Tubuh anda juga akan mempersiapkan diri untuk pengurusan berat badan kekal. Jumlah karbohidrat yang boleh anda makan meningkat menjadi 25 gm pada hari untuk minggu pertama dan meningkat dalam tempoh lima ansuran gm selama beberapa minggu ke depan. Jika berat badan anda adalah signifikan, anda boleh meningkatkan asupan karbohidrat anda. Seseorang harus pada OWL sampai dia berada dalam tiga-lima kg berat tujuan mereka.

Pra-rawatan - (tahap 3): Pra-rawatan adalah amalan yang dijalankan untuk rawatan seumur hidup. Pada tahap ini, anda cepat mendekati target anda. Selama anda terus menurunkan berat badan, anda boleh meningkatkan penjatahan mingguan anda daripada karbohidrat oleh lain gm 10. Anda akan berada di fasa ini sehingga anda mencapai tujuan anda dan tinggal di sana selama satu bulan. Tujuan utama di sini adalah untuk mencapai keadaan keseimbangan yang disebut Atkins 'Karbohidrat Equilibrium (ACE). ACE adalah tingkat individual asupan karbohidrat mana anda tidak mendapat atau menurunkan berat badan.

Lifetime penyelenggaraan fasa 4:
Pada fasa ini, anda harus fokus pada ACE individu dan berusaha untuk tetap berada dalam dua kg berat badan ideal anda untuk sisa hidup anda. Dengan mengikuti rencana makan yang masuk akal, anda mendapatkan tenaga, kesihatan yang lebih baik dan kepercayaan pada diri sendiri. Dengan mengikuti empat tahap, anda tidak hanya mencapai berat impian anda, namun juga mampu mempertahankan itu sepanjang hidup anda. Anda boleh mempelajari lebih lanjut tentang diet ini dengan membaca buku, Dr Atkins 'New Diet Revolution. Namun, seperti dengan diet yang lain, rancangan ini juga mempunyai pro dan kontra. Titik baiknya adalah bahawa diet ini mengesyorkan sukan sebagai sebahagian penting daripada program penurunan berat badan. Hal lain yang perlu dicatat adalah bahawa anda tidak boleh memulakan karbohidrat selepas anda menurunkan berat badan kerana hal ini akan mengakibatkan anda mendapatkan kembali semua yang telah hilang.

Para ahli perubatan menyarankan bahawa orang yang memiliki gout, masalah ginjal, diabetes atau ibu hamil tidak boleh mengikuti program diet. Seperti diet ini sangat ketat, lakukan rujuk dengan doktor anda / ahli gizi untuk nasihat yang tepat.

Sumber : KDA


15 July 2014

Tips Jual Barangan Terpakai

Assalamualaikum..

Kita orang kan nak pindah rumah.
Ayat mudah - pindah balik Sabah.
Jadinya, barang-barang dalam rumah kena clear sebelum pindah.
Hanya bawa balik pakaian saja.

Mulanya pening kepala memikir.
Lima tahun punya barang tapi nak clear dalam masa tak sampai sebulan.
Dalam masa yang sama masih bekerja lagi untuk menghabiskan notis sebulan.
Tambah lagi berkemas dalam bulan puasa.
Tambah lagi ada dua orang anak-anak solehah.

Perancangan pertama, jual dengan kawan-kawan terdekat.
Sambutan yang menggalakkan.
Lega hati.

Tapiiiiiiiii... akhirnya ada yang last minute cancel. Sms bagi tau tak jadi ambil barang.
Arghhhhh...* tarik rambut.

Tinggal dua minggu saja lagi.
Satu barang pun tak bergerak ke tempat tuan baru.
Stress sekejap.
Cari buyer dalam google.
Terjumpa satu syarikat yang membeli perabot dan barangan eletrik terpakai.
Ambil nombor telefon kemudian bagi gambar barang yang nak dijual dalam whatsapp.
Dia balas dengan jumlah harga yang dia nak.
Amboiiiiiiiiii ko Bedah, murah giler dia nak beli..
Bukan setakat separuh dari harga yang saya jual,suku harga dia minta oiii.
Ok bye, kirim salam.

Kembali termenung.
Dah terfikir, kalau tak dapat clear barang, tinggalkan saja di rumah lama.
Tiba- tiba teringat -

MUDAH.MY

Ohoiiii kenapa tak terfikir web ni.
Try masukkan iklan satu barang.
Zaaappppp.. tak sampai berapa jam ada orang tanya.
Deal punya deal orang tu terus nak beli.

Laaa....senangnya.
Terus upload lagi barang yang lain dan seterusnya.
Sekarang ni tinggal sikit lagi barang kat rumah.
Boleh tarik nafas separuh lega.
Sebabbbbb...baju-bajuan belum kemas lagi.

Tipsnya :

  • Jangan jual di kedai barangan terpakai. Dorang ambil harga murah sebab dorang akan naikkan harga lagi untuk jual semula.
  • Kalau berurusan dengan orang persendirian, minta deposit kalau dia akan ambil barang kemudian hari. Contoh,dia tengah cari lori ke,nak tunggu hujung bulan ke atau apa-apa alasan yang tak ambil barang pada hari yang sama.
  • Dalam MUDAH.MY, mereka (buyer) akan tawar harga dengan murah. Jangan terus setuju. Ajak  tawar menawar sikit-sikit dulu, dah setuju baru bincang di mana nak COD (cash on delivery).
  • Masa letak harga di mudah.my, letak harga tinggi sikit sebab yang pastinya buyer akan minta harga dikurangkan.
  • Masa nak hantar barang, jangan pergi seorang. Ajak seorang atau dua orang teman.
  • Bertabah dengan fussy buyer. Kalau sampai soalan mengarut dan tak masuk akal,abaikan. InsyaAllah ada lagi buyer lain yang lagi sopan santun.
  • Kalau boleh jangan suruh ambil barang di rumah melainkan barang tu berat dan saiz besar.

Ok, nak fikir strategi untuk kemas baju cara yang sistematik pula.
Daaa...






14 July 2014

Saudara Seislam - Felixia Yeap

Alhamdulillah ..

Belum terlambat untuk saya ucapkan selamat kembali ke dalam keluarga Islam kepada Felixia Yeap.
Saudara baru dalam Islam, satu perjuangan dengan kami - muallaf.


Terkesan di hati saya dengan sepotong ayat dalam blognya,

Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.

Bacaan penuh : http://felixiayeap.blogspot.com/2014/07/3-julai-hari-kelahiran-semula-ku.html

12 July 2014

Perlukah Vaksin Ketika Mengandung - ATT ( anti tetanus toxoid)

**Sekian lama entri ini terperap,sebelum bersalin Saraa dan akhirnya berjaya post hari ni.Tahniah untuk diri sendiri :)


Suntikan ATT sinonim dengan ibu mengandung.
Suntikan untuk ibu mengandung apabila usia kandungan memasuki 5 bulan.
Suntikan ini diberikan sebanyak dua dos sekiranya mengandung buat kali pertama dan satu dos sahaja sekiranya mengandung semula kurang dari tempoh 3 tahun.

Untuk apa suntikan ATT?

Petikan ayat di atas dan pendapat seorang doktor:

- Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut.

- Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy).

- Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.

- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.

- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.

- Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

- Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.

- Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.

- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.


Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.
Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan.

Allahu a'lam


Sebelum membuat keputusan untuk menerima suntikan ini,mari kita memahami dengan lebih terperinci.

Tetanus berlaku apabila luka tidak dibersihkan dengan betul dan kuman terperangkap dalam luka dan terpisah dari oksigen. Biasanya ia terjadi bila kulit luka tertutup dengan cepat dan  meninggalkan jangkitan di bawahnya.
Luka-luka yang berdarah tidak akan menyebabkan tetanus kerana bacillus tetanus adalah anaerobik. (/anaérobik/ bkn proses biologi yg berlangsung tanpa oksigen.)
Bayi yang baru lahir biasanya tidak berada dalam bahaya seperti tercucuk paku berkarat . 
Neonatal Tetanus berlaku di kalangan bayi yang dilahirkan dalam keadaan yang tidak bersih.

1) Apakah risiko sebenar mendapat tetanus jika anda tidak divaksin ?
2) Berapa banyak kes-kes tetanus yang serius akan berlaku jika luka dijaga dengan betul?
3) Apakah tahap antibodi sebenarnya yang memberikan perlindungan daripada kes tetanus serius?

Sebenarnya, tidak diketahui tahap antibodi yang diperlukan untuk perlindungan secara universal.
Secara umum,tahap perlindungan untuk tetanus antibodi > 0.15 IU / mL. Tahap ini telah dicadangkan oleh Snead in 1937.
Walau bagaimanapun,  tidak dijamin sepenuhnya untuk melindungi daripada jangkitan. Oleh itu, pemberian vaksin secara rutin setiap 10 tahun adalah  semata-mata untuk mengekalkan " tahap antibodi yang mencukupi dan bukan sahaja memberi rasa keselamatan , ia sebenarnya boleh menyebabkan kemudaratan.

Apa bahaya vaksin tetanus ?
Ramai  berfikir vaksin hanya mengandungi bahan tidak aktif seperti toksin tetanus dan air steril.
Sebenarnya di dalam vaksin tetanus toxoid terdapat: 

  • formaldehid ; 
  • natrium fosfat yg berdasar satu ; 
  • natrium phophate dibasic , [ mata dan kerengsaan kulit yang boleh memudaratkan jika dimakan ];
  • glycine ,
  • aluminium, dan 
  • 25 ug . THIMEROSAL ( merkuri)

Jika terdapat individu yang tidak memerlukan penggalak tetanus ini, vaksin boleh menyebabkan reaksi alergi yang teruk dirujuk sebagai jenis Arthus , Jenis III hipersensitiviti tindak balas. Kesan sampingan ini ditakrifkan sebagai " tindak balas keradangan akut disebabkan oleh pemendapan antigen . 

Sebabnya ialah:

1) Bukti saintifik menunjukkan bahawa terlalu kerap mendapat penggalak tetanus sebenarnya boleh mengganggu tindak balas imun .

2 ) Terdapat tempat percutian yang paling konservatif memberikan penggalak tetanus setiap 1 tahun,2 tahun .5 tahun dan 10 tahun ( seperti sekarang disyorkan oleh Akademi Pediatrik Amerika ), dan menurut beberapa , setiap 20 tahun. Semua nombor-nombor ini adalah berdasarkan kepada tekaan dan bukan bukti saintifik yang keras.

3 ) Terdapat pengiktirafan yang semakin meningkat bahawa tiada kajian saintifik terkawal ( di mana separuh pesakit telah diberi vaksin dan separuh lagi diberi suntikan air steril) yang pernah dijalankan untuk membuktikan keselamatan dan keberkesanan vaksin tetanus ini. Bukti untuk vaksin datang dari kajian epidemiologi yang secara semula jadi kontroversi dan yang tidak memenuhi kriteria untuk bukti saintifik.

4) vaksin tetanus sejak beberapa dekad lalu secara beransur-ansur lemah untuk mengurangkan tindak balas besar (demam dan bengkak ). Pengurangan dalam kereaktifan telah menjadi pengurangan seiring dalam antigenicity (keupayaan untuk memberi perlindungan ). Oleh itu , terdapat peluang yang baik bahawa vaksin tetanus hari ini adalah kira-kira berkesan sebagai air paip.

5) Sehingga beberapa tahun kebelakangan ini , statistik kerajaan mengakui bahawa 40 peratus daripada populasi kanak-kanak di Amerika Syarikat tidak diberi imunisasi. Bagi mereka beberapa dekad, di manakah kes tetanus daripada semua yang kuku berkarat ?

6) Terdapat kini wujud kebimbangan teori berkembang yang menghubungkan imunisasi kepada peningkatan besar dalam beberapa dekad kebelakangan penyakit auto -imun, contohnya , artritis reumatoid, multiple sclerosis, lupus eritematosus , limfoma, dan leukemia. 

Dalam satu kes, Guillain- Barre lumpuh daripada vaksin selesema babi, hubungan itu bertukar menjadi lebih daripada sekadar teori.http://www.vaccinetruth.org/page_8.htm---

Adakah vaksin -satunya cara untuk melindungi anak saya ?
Fikirkan tentang perasaan anda mengenai perkara ini.
Fikirkan tentang mesej yang anda terima. 
Apakah perkara penting mengenai Tetanus dalam budaya kita ? 
Kekurangan pilihan. 
Setiap kali sesuatu yang " pilihan hanya anda" ia adalah satu petunjuk yang cukup baik bahawa seseorang itu berbohong kepada anda . 
Ibu bapa bercakap dengan merasa bahawa mendapatkan vaksin adalah pilihan SAHAJA untuk melindungi anak mereka daripada Tetanus .
Apabila pembekal penjagaan memberitahu anda tiada ada pilihan , saya menggalakkan anda untuk berfikir tentang apa yang dimaksudkan apabila seseorang melakukan ini kepada anda.
Apakah cara anda dengan serta-merta boleh melindungi anak anda? 
Penjagaan luka yang betul . Itu sahaja. 
Nampaknya sungguh mudah bukan?
Mencari aliran darah yang mencukupi , pembersihan luka, menyapu antiseptik dan menjaga luka bersih adalah langkah asas untuk mencegah penyakit, termasuk Tetanus .

Kandungan suntikan ATT tersebut.

sodium phosphate, peptone, bovine extract (U.S. sourced), formaldehyde,
ammonium sulfate, , aluminum potassium sulfate, thimerosal (trace),
gelatin, polysorbate 80 (Tween 80), modified Mueller and Miller medium,
modified Stainer-Scholte medium
Thimerosal has been linked the permanent brain damage even in small doses.
http://www.greenmedinfo.com/toxic-ingredient/thimerosal

Tanya pada diri, sanggup atau sampai hati tengok segala bahan tersebut masuk ke dalam badan anda kemudian bahan tersebut memberi reaksi negatif pada antibodi?
Sudahnya, kita sendiri menanggung kesakitan dengan penyakit yang tidak diundang.

Fikir-fikirkan.

Sumber : OHUB

10 July 2014

Bila Anakanda Demam - Probiotik Dan Prebiotik Bertindak

Assalamulaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah atas nikmatNya pada hari ini.

Ahad lepas, anakanda Sofea tiba-tiba demam panas. ( sakit memang datang tiba-tiba pun kan)
Panas badannya sampaikan pipi kemerahan macam pakai blusher.
Maknya pula tak sampai hati nak ambil gambar anak tengah demam.
Muka sayu, mata sedikit bengkak.

Bila anak demam, bakteria baik dan jahat sedang berperang di dalam badan.
Jadi, mak kena bantu bakteria baik untuk bina antibodi.
Bagaimana cara membantu - bakteria memerlukan makanan.

Secara umumnya, probiotik dan prebiotik membantu kesihatan sistem pencernaan dan sistem imun dalam badan.
Sistem pencernaan adalah tuan rumah kepada berjuta-juta bakteria.
Prebiotik melawan bakteria jahat manakala probiotik bertindak mengepung bakteria jahat.
Prebiotik adalah makanan yang berada di usus kecil dan bertugas merangsang pertumbuhan probiotik.
Gabungan tersebut dinamakan simbiosis.

Prebiotik diperlukan sebagai makanan untuk probiotik dan bakteria sihat dalam badan.
Probiotik mikroorganisma hidup, prebiotik bukan benda hidup.
Kebanyakan prebiotik adalah karbohidrat dalam tubuh manusia tidak boleh dihadam tetapi yang membuat sumber makanan yang sangat baik untuk bakteria berfaedah.
Prebiotik boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam badan dan juga membantu dalam pertumbuhan dan penyelenggaraan probiotik.
Probiotik hidup secara semula jadi dalam sistem pencernaan.
Oleh itu, probiotik tambahan diperlukan untuk mengaktifkan prebiotik.
Kedua-duanya bergabung untuk membantu membina sistem imun.
Boleh faham ayat di atas?
Ayat mudah : probiotik + prebiotik = bakteria baik

Tetapi, tekanan, pemakanan yang tidak seimbang dan ubat-ubatan tertentu boleh mengganggu aktiviti bakteria baik dan membolehkan bakteria jahat membiak dengan jayanya.

Apa sumber probiotik?
YOGURT, TEMPE,TEMPOYAK,KIMCHI, SUSU dan banyak lagi.

Antara rawatan alami yang saya selalu praktikkan :

YOGURT
SUP AYAM/TULANG
AIR KELAPA SEGAR
RENDAMAN EPSOM SALT
SPONGING

Selepas mandikan dengan air bercampur EPSOM SALT, kami keluar rumah sebab nak cari makanan untuk ubat demam.
Beli natural yogurt.Jenama yang paling saya suka - FARMFRESH. Harganya berpatutan.
Beli ayam untuk buat sup.
Tak jumpa buah kelapa yang segar.

Balik rumah, selepas dimandikan, bagi makan satu mangkuk kecil yogurt.
Dah kenyang makan yogurt, anakanda pun tidur.
Letak tuala kecil yang basah di atas dahi.
Hanya pakaikan pampers.
Mak pula bersilat di dapur masak sup ayam sambil sediakan hidangan buka puasa.

Bila dah bangun, mandikan lagi sekali. Lap ala kadar.
Bagi minum sup ayam yang kaya dengan bawang putih dan halia.
Sejam lepas tu, badannya dah kurang panas.

Malamnya, bagi lagi makan semangkuk kecil yogurt.
Kalau anak tak nak makan yogurt begitu saja, campurkan buah sebagai pemanis.

Alhamdulillah, pukul 10 malam demam dah hilang.
Sofea dah mula lompat-lompat, mengemas sana sini dengan berceloteh.
Nikmat mana lagi yang kamu dustakan selain tengok anak sihat?

Rawatan yang mudah dan jimat.
Tak perlu pergi klinik atau hospital, beli ubat-ubatan kimia.
Tak perlu berhabisan duit.
Bukannya kedekut tapi ada cara lain untuk merawat yang menjimatkan dan selamat.
Bagi anak makan ubat dari hospital.
Akibatnya, terbantut sistem imun badan.
Bakteria baik (berfaedah) jadi lemah.
Antibodi pun makin lemah.
Sedih.
Sebab itulah demam anak akan berpanjangan, ada yang demam on off, demam berminggu-minggu sampai masuk wad.
Dalam wad, anak kena drip antibiotik.
Haru biru sistem imun anak.


Sumber rujukan prebiotik dan probiotik :
http://www.fiberchoice.com/prebiotics-vs-probiotics.php
http://www.merdeka.com/sehat/pahami-perbedaan-antara-probiotik-dan-prebiotik.html
http://www.livestrong.com/article/335114-the-difference-between-probiotic-prebiotic/
http://kesehatan.gen22.net/2013/03/sumber-makanan-yang-mengandung-probiotik.html


09 July 2014

Resepi Serbuk Ikan Bilis dan Habbatussauda

Assalamualaikum fillah..
Kakakku yang seorang ini memang rajin berkongsi resepinya.
Semoga Allah merahmati Kak Asniza.
Daku pula rajin copy dan paste di blog :p
Minta halalkan ilmu ini ye kak.
InsyaAllah semoga memberi manfaat kepada yang ingin menjaga kesihatan.

Anda semua inginkan serbuk perasa yang sihat?
Mencari-cari pengganti MSG?
Di sini ada jalan penyelesaiannya.
Cubalah, dah ramai yang cuba dan berpuas hati.
Bertambah khasiat masakan anda dengan adanya campuran habbatussauda.

=================================================================================


Bismillahirrahmanirrahim.

Resepi Serbuk ikan bilis dan habbatussauda. Penyedap masakan dan pengganti MSG & Pak Aji yang boleh memudaratkan kesihatan.

Bahan-bahan
Ikan bilis siap kopek secukupnya (rendam semalaman).
1 sudu kecil biji habbatussauda.

Cara-cara
1. Basuh bersih dan tapis ikan bilis.
2. Sangai (goreng tanpa minyak) ikan bilis hingga garing.
3. Kisar halus ikan bilis yang siap di sangai dan masukkan juga biji habbatussauda.
4. Siap boleh disimpan di dalam bekas. Boleh tahan lama jika di simpan dalam peti ais.
5. Boleh digunakan di dalam apa jua masakan.

Selamat Mencuba!

#jelitawanorganik
#eduparenting
#pemakanandanrawatansunnahalami

08 July 2014

Resepi Susu Pekat Homemade

Alhamdulillah ..
Page  jelitawanorganik semakin aktif dan mendapat tempat di hati pengguna FB.
Kali ini saya kongsikan hasil resepi seorang jelitawan organik, Kak Asniza.

*Nota: Susu pekat dalam tin yang dijual di pasaraya bukan menggunakan susu sebenar tetapi menggunakan minyak sawit yang telah melalui pelbagai proses penambahan bahan kimia yang pastinya tidak baik untuk tubuh badan manusia dan mengundang pelbagai penyakit berbahaya.

Bahan-bahan
3/4 cawan gula organik
1 cawan susu tepung kambing
1/2 cawan air

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Sentiasa mengacau supaya gula tidak hangus. Masak sehingga pekat.
3. Sejukkan dan simpan dalam bekas.
4. Simpan dalam peti ais boleh bertahan sehingga seminggu dan susu akan menjadi separuh keras tapi masih boleh digunakan seperti biasa.
5. Resepi ini bersamaan dengan 1 tin susu pekat.
6. Jika ada resepi menggunakan susu cair boleh sahaja guna susu pekat ini dan mencairkannya tambah dengan sedikit air.








Selamat Menjaga Kesihatan!

#jelitawanorganik
#eduparenting
#pemakanandanrawatansunnahalami

JELITAWAN ORGANIK - FB Page

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menikmati rahmatnya bulan Ramadhan.

Sujud syukur padaMu Ya Allah, ukhuwah fillah kami yang terjalin setahun lepas dalam Whatsapp kini diperluaskan lagi ke page FB.

Bersama-sama kita berkongsi nikmat yang Allah berikan.
Ilmu yang dicedok dari beberapa orang doktor, pakar nutrisi, ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan sunnah, menggunakan produk organik, merawat anak dengan rawatan alami dan banyak lagi.
Subhanallah, antara cadangan topik yang akan menghiasi page tersebut :

  • Pemakanan dan produk sunnah
  • Rawatan alami
  • Isu semasa ( Mesir, Syria, Gaza dll)
  • Teknik berkebun dan menternak
  • Pendidikan dan keibubapaan
  • Tazkirah Nurani
  • Hebahan aktiviti

Jika terdapat kekurangan atau kelebihan akan diisi bersama.
InsyaAllah kita akan memperolehi ilmu yang dicari-cari selama ini.
Berlapang dada dan anda tidak kerugian sekiranya menyertai kami di sana.
Buat masa ini, page masih dalam proses pengenalan.
Anda cuma perlu like page dan tunggu post yang akan dikongsi tidak lama lagi.
Jemput anda sekalian untuk like page ini :

Jelitawan-Organik       Jelitawan-Organik       Jelitawan-Organik

InsyaAllah, anda dan anda semua akan mendapat ilmu yang bermanfaat.
Kita bukan melawan arus tapi membawa arus yang sebenar.
Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.


**Kak Leen, siap sedia dengan tarian pena mu :))




04 July 2014

Mengapa Perlu Elak Ke Bazaar Ramadhan

Assalamualaikum ..

Pagi tadi terbaca berita dalam BH online tentang kes keracunan makanan selepas menikmati makanan yang dibeli dari bazaar ramadhan.

Allahurabbi, semoga Allah memberi kesembuhan segera kepada ahli keluarga berkenaan. 


Shah Alam: Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Ramadan bertukar duka, apabila empat sekeluarga kini dirawat di hospital kerana mengalami keracunan makanan selepas menikmati makanan yang dibeli di bazar Ramadan, Ahad lalu.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Qaisarah Hamdan, 13, Muhammad Qayyim, 11, Nur Qatrunnada, 9, dan Nurul Qasihdayana, 4. 

Tiga daripada lima beradik yang mengalami keracunan makanan itu, dipercayai selepas menikmati roti John yang dibeli di bazar Ramadan di Sri Muda, di sini, dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selasa lalu, selepas mengalami muntah-muntah dan cirit-birit. 

Bapa mangsa, Hamdan Mohd Nasir, 40, berkata, Nurul Qiasarah dimasukkan ke hospital sama malam kelmarin kerana mengalami simptom sama.

Beli 3 bungkus roti John

Katanya, sebelum kejadian, beliau membeli tiga bungkus roti John dan separuh daripadanya diberikan kepada anak sulungnya yang berusia 15 tahun yang tinggal di asrama di sebuah sekolah di sini.

Memang setiap tahun kami sekeluarga akan membeli roti John di bazar berkenaan. Tidak sangka tahun ini anak-anak saya mengalami keracunan makanan. 
Anak lelaki ketiga kami Muhammad Qayyim yang sakit teruk kerana beliau yang banyak makan roti John itu.

Kejang otot, muka pucat

Selain cirit-birit dan muntah, anak-anak saya turut mengalami kekejangan otot dan muka menjadi pucat.


Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MasukICUselepasmakanrotiJohn/Article

========================================================================

Keracunan makanan.
Baru hari ke-6 umat Islam berpuasa, wall FB saya dihiasi dengan post kawan-kawan yang keracunan makanan,cirit birit,muntah-muntah.
Ini antara sebab utama mengapa saya elakkan untuk singgah membeli makanan berbuka puasa di bazaar ramadhan.
Maafkan saya kalau kenyataan ini menyakitkan.
Ramadhan kali ini kami berazam untuk tidak membeli makanan di bazaar.
InsyaAllah,  kami juga masih dalam usaha untuk mengelakkan membeli makanan di luar kecuali dalam keadaan terdesak.

Mengapa saya elakkan?

Sebabnya, ingin mengelakkan makanan yang mengandungi MSG atau serbuk perasa yang seangkatan dengannya.
Alhamdulillah, dah bertahun MSG tidak wujud di dapur rumah.
Masakan tetap sedap tanpa MSG.*fuhh, libas tudung.
Jangan tertipu dengan iklan komersial yang mengatakan makanan bertambah sedap kalau tambah serbuk perasa/MSG.
Kalau nak rasa sedap sangat, baik tuang MSG dalam nasi kemudian makan. agagagaga..
** Kesan pengambilan MSG - rujuk di sinhttp://chentazulya.blogspot.com/2013/11/homemade-stok-ayam-yang-sihat-dan-kesan.html

Saya juga kurang yakin dengan tahap kebersihan dan kesegaran makanan yang dijual.

Kita tidak tahu bahan apa yang digunakan oleh penjual dan bagaimana cara dia memasak.
Saya juga teringat satu pesanan dari seorang ustazah, jangan membeli makanan dari orang yang fasik.
Dulu, saya pernah terserempak dengan peniaga yang tidak menutup aurat.
Maafkan saya sekali lagi, saya tidak menuduh semua penjual di bazaar adalah orang yang sedemikian.
Saya tahu, bulan yang mulia ni semua orang berkejar-kejar untuk mencari pahala.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Saya lebih suka memasak sendiri di rumah.

Balik dari kerja, azan maghrib dah berkumandang.
Makan kurma dan minum air suam untuk alas perut kemudian solat.
Usai solat, singsing lengan baju untuk masuk dapur.
Masak yang ringkas dengan jiwa yang tenang.
Penat, memang memenatkan tapi penat yang berbaloi.
Puas hati sebab dapat masak makanan yang diyakini selamat.InsyaAllah.

Berpuasa dalam keadaan cuaca yang panas memang terasa letih.

Terasa nak berlumba-lumba  pergi bazaar ramadhan.
Bagai diheret-heret kaki untuk melangkah laju masuk kawasan bazaar.
Ini pengalaman dulu. T_T
Bila nampak minuman sejuk,air yang berwarna warni dengan wap ais di luar bekas air mesti membuatkan air liur meleleh.Telan air liur banyak kali.gulp gulp..
Jangan lupa, kebanyakkan minuman yang dijual mengandungi MALTODEXTRIN dan juga menggunakan gula putih.
Ringkasnya bahaya gula putih ialah gula tersebut dilunturkan dengan bahan kimia supaya cantik putih berseri.
Sanggup makan bahan kimia? sob sob sobbb..
Rujuk bahaya maltodextrin di sini - http://chentazulya.blogspot.com/2013/11/apa-itu-maltodextrin-dan-kesan.html

Begitu juga dengan pewarna sintetik (aditif makanan) juga membahayakan kesihatan.
Jangan terpedaya dengan kecantikan warna bak pelangi tu.
Budaya sekarang, hampir segala jenis kuih muih di make up kan. Roti jala warna hijau pink, kek kukus warna biru kuning, biskut warna merah ungu. Air warna biru,hijau,kuning.
Ngeri tengok makanan macam tu.
Rujuk di sini - http://perihalbarah.blogspot.com/2012/12/bahan-tambah-makanan-bahaya.html

Jangan kecewa atau menyesal jika tidak dapat merasa hidangan meriah di bazaar ramadhan, kesihatan anda dan keluarga sendiri lagi penting.
Semoga para peniaga makanan juga memiliki kesedaran tentang bahaya beberapa bahan campuran dalam makanan.
Kita berubah secara perlahan-lahan.Tinggalkan makanan yang memudaratkan dan serapkan pemakanan yang sihat dalam keluarga.
Semarakkan pemakanan sunnah dalam keluarga untuk menjamin makanan yang sihat.

**Jangan lupa like FB PAGE jelitawanorganik


Resepi Sos Yang Sedap Dan Sihat

Assalamualaikum fillah yang diredhai Allah..

Hari ni saya kongsikan satu post dari jelitawanorganik khas dari Ummu Ahmads (Kak Asniza) seorang pemilik sekolah Tahfiz.
Tabarakallah.
Ternyata tidak rugi untuk anda sertai kami.

========================================================================
Bismillahirrahminirrahim,

Bagi yang ingin membuat Sos Cili, Tomato dan Sos Tiram sangat mudah dan sedap boleh mencuba resepi ini. Boleh dicuba pada hujung minggu ini!

~~ Resepi Sos Cili Sedap!

Bahan-bahan:

200g Cili merah besar (buang biji jika tidak mahu terlalu pedas)
2-3 ulas bawang putih (cincang)
3 sudu besar cuka epal (cuka buah-buahan lain pun boleh)
2 sudu besar tepung jagung organik/non GMO (bancuh dengan air)
Garam dan gula secukupnya.

Cara-cara
1. Kisar halus cili merah.
2. Masakkan cili kisar di atas dapur.
3. Masukkan bawang putih cincang dan cuka epal.
4. Perasakan dengan garam dan gula dan masak hingga mendidih.
5. Masukkan air tepung jagung sebagai pemekat.
6. Tunggu sejuk sebelum simpan dalam botol.
7. Boleh simpan di dalam peti ais sehingga 3 minggu.

*Nota: jika ada buih ketika masak cili boleh buang buih tersebut.

~~ Resepi Sos Tomato Enak!

Bahan-bahan:

10 biji tomato
1 biji bawang besar Holland (bawang merah besar juga boleh)
3 sudu besar cuka epal (cuka buah-buahan lain pun boleh)
2 sudu besar tepung jagung organik/non GMO (bancuh dengan air)
Garam dan gula secukupnya.

Cara-cara
1. Kisar halus tomato dan bawang.
2. Masakkan bahan kisar di atas dapur.
3. Masukkan cuka epal.
4. Perasakan dengan garam dan gula dan masak hingga mendidih.
5. Masukkan air tepung jagung sebagai pemekat.
6. Tunggu sejuk sebelum simpan dalam botol.
7. Boleh simpan di dalam peti ais sehingga 3 minggu.

*Nota: jika ada buih ketika masak tomato boleh buang buih tersebut.

~~ Resepi Sos Tiram Lazat!

Udang dan Sotong secukupnya.
2-3 ulas bawang putih (cincang)
3 sudu besar cuka epal (cuka buah-buahan lain pun boleh)
3 sudu sos cili
2 sudu besar tepung jagung organik/non GMO (bancuh dengan air)
Garam dan gula secukupnya.

Cara-cara
1. Rebus udang dan sotong sehingga mendidih.
2. Tapis air rebusan udang dan sotong.
3. Dalam periuk lain masak air rebusan dan masukkan bawang putih cincang serta cuka epal.
4. Perasakan dengan garam dan gula dan masak hingga mendidih.
5. Masukkan air tepung jagung sebagai pemekat.
6. Tunggu sejuk sebelum simpan dalam botol.
7. Boleh simpan di dalam peti ais sehingga 3 minggu.

*Nota : Udang dan sotong yang sudah direbus boleh disimpan untuk masakan lain.

Selamat berhujung minggu!

#jelitawanorganik
#eduparenting
#pemakanandanrawatansunnahalami

03 July 2014

Jaga Isteri - Amanah Allah

Kebelakangan ini selalu wanita mengadu pada saya tentang suami yang tidak solat, tidak memberi nafkah dan tidak melayan mereka dengan baik sebagai wanita...Berat telinga mendengar pasti lebih berat bahu yang memikul....
Nasihat saya buat suami dan lelaki termasuk diri saya sendiri. Dalam hadis diceritakan orang paling dekat dengan Nabi saw dalam syurga ialah orang yang paling baik akhlaknya...Hadis lain orang yang paling baik ialah orang paling baik terhadap isterinya...Nabi saw ialah orang yang paling baik terhadap isterinya.tiada selamanya seperti beliau. Menangis kerana jauhnya akhlak saya dari Nabi saw...........
Hargailah ibu, isteri dan adik beradik dan anak perempuan kita. Sayangi dan didiklah mereka dengan agama. Untuk menjadi orang paling baik tidaklah perlu jadi orang paling kaya. Tapi cukuplah kita bersyukur dengan pasangan hidup yang kita ada. Sahabat Nabi saw makan buah yang masam. Mereka senyum. Bila ditanya orang raja kafir kenapa. Jawabnya, kami tidak lihat apa yang kami makan. Tapi kami lihat siapa yang beri kami makan...Jangan lihat siapa isteri kita, tapi lihat siapa yang beri kita isteri...Allah Maha Penyayang. Tiada melainkan Dia yang begitu baik telah memberikan kita nikmat isteri dan keluarga..
Isteri bukan kita punya. Isteri amanah Allah kepada kita. Kita senyum dan buat baik pada orang yang kali pertama kita jumpa atau kawan kerja kita. Tapi isteri yang siang malam penat buat kerja rumah. Melahirkan anak buat kita. Menjaga maruah dan aurat buat kita. Kenapalah kita tidak hargai mereka dan bermasam dengan mereka.. Apalah yang telah menimpa kita?
Bulan Ramadhan ini mereka bangun awal siapkan sahur. Waktu malam mereka tidurkan anak-anak. Melayan kita. Belum sempat kering peluh berlari menyusukan anak. Anak lain lapar. Anak merengek. 24 jam melayan kerenah anak..
Mereka buat semua itu berkhidmat pada suami kerana Allah.
Bukanlah kena menjadi romeo juliet yang entah betul atau tidak. Belajar kehidupan Nabi saw.
Cukuplah kita picit/urut badan, kaki, kepala mereka sedikit. Ucap terima kasih. Menjadi pendengar yang baik buat mereka dengan mendengar dengan hati dan pandang wajah mereka. Jika mereka menanngis biarkan. Jangan halang tangisan mereka. Bantu mereka semasa berada di rumah. Bertindak laju dalam hal kehidupan. Jadi ketua buat mereka...
Jika mereka buat salah, kita menangis dan berdoa pada Allah. Tegur mereka dengan cara yang kita suka ditegur. Janganlah sampai naik tangan dan kaki. Nanti tiada lagi rahmat dalam hidup kita...tak nak ke kita berjiran dengan Nabi saw nanti. Tiada yang lebih indah melainkan syurga nanti. Segala kebaikan dalam syurga. Segala keburukan dalam neraka..
Jika seorang pelacur memberi khidmat pada anjing, asbab Allah masukkan dalam syurga. Bagaimana jika kita berkhidmat untuk isteri kita yang sanggup jaga kita jika mungkin kita lumpuh satu hari nanti...atau yang menjaga anak kita dengan izin Allah jika kita mati esok hari. Yang menjaga ibu kita jika kita tidak ada lagi.
Rajinlah berusaha mencari nafkah buat keluarga. Jangan sampai isteri kita yang sara kita. Isteri membantu kita. Allah suka orang yang rajin dan tidak meminta-minta serta harap pada makhluk...
Bersama-sama saling nasihat menasihati. Doa mendoakan. berlumba dalam Ramadhan ini solat malam, baca Al-Quran 5 juz sehari dengan lidah,fikiran dan jiwa.. Paling kurang 1 juz. Solat tahajud malam bersama-sama. Minta maaf walaupun tak salah. Memaafkan walaupun tanpa dipinta. Itulah Islam...Bawa isteri keluar jalan Allah, bawa majlis ta'lim dan cari majlis ilmu yang sesuai buat mereka..Kita sebagai ketua keluarga kena banyak menangis dan bertaubat kerana isteri dan anak kita kenal artis yang tidak beri sesuap nasi buat mereka tapi belum kenal Allah dan kenal Nabi saw..Jagala solat. Ayah ialah model no 1 buat isteri dan anak-anak. Hidupkan amalan talim rumah. Bawa anak lelaki ke masjid. 5 waktu solat di masjid. Jangan malas. Dah banyak kita habiskan masa dengan sia-sia. takkan solat masih lambat dan di rumah.
Ramadhan semua amalan sunat digandakan fardhu. Ya Allah jadikanlah semua lelaki Islam seperti Nabi saw dan sahabah rhum. Dan semua wanita seperti sahabiah rhum.-

- Ebit Lew

01 July 2014

Hafiz Indonesia 2014 - Kanak-kanak 5 Tahun Hafal 29 Juzuk al Quran



Subhanallah.
Tabarakallah.
Allah memuliakan anak syurgaNya, Musa dengan al-Quran.
Semoga anak-anak syurga kami pun seperti ini.
Pejuang agama Islam.
Mengalir air mata mendengar alunan bacaan yang merdu.
Terasa kerdil diri di sisi anak kecil ini.


**Kak Leen, bertuahnya seorang ummi sebab anak-anak syurgamu juga seperti Musa.

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Assalamualaikum..

Permulaan Ramadhan yang menguji kekuatan iman.
Menguji kesabaran.
Menguji kewarasan akal fikiran.
Sayangnya Allah pada hambaNya.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambaMu ini.
Lorongkanlah hati kami ke jalan keimanan.
Semoga Allah beri hidayah pada bulan ramadhan mulia ini.
Kepada mereka yang tidak pernah ditimpa bencana, SYUKURILAH hidupmu.

Astaghfirullah al azim.

27 June 2014

Jaga Anak Dari Zahir Dan Batin

Assalaamualaikum WarahmatULLAHi Wabarakaatuh... Sobaahal Khair..


Kes culik kanak-kanak semakin menjadi, seumpama musim buah pula tampaknya.
Wajarlah kita memperkemaskan jagaan kita terhadap anak-anak dari sudut zahir dan bathin dengan pertolongan dari ALLAH Azza Wajalla.
Untuk penjagaan zahir, perhatian yang lebih ketat diberi.
Untuk penjagaan bathin, adalah dengan doa.
Semasa anak- anak tidur, usai membacakan surah- surah dan ayat yang lazim seperti 3 Qul dan sebagainya, dibacakan surah Ad Dhuha pada ubun-ubun anak tersebut lalu ditiupkan sehingga ke dada. Semasa tiup doa pada ALLAH, mohon agar ALLAH pelihara anak-anak kita dari anasir zahir dan bathin. Jika anak lebih dari seorang, pada ayat ketiga surah Ad Dhuha ( Ù…َا ÙˆَدَّعَÙƒَ رَبُّÙƒَ ÙˆَÙ…َا Ù‚َÙ„َÙ‰ ) diulang sebanyak bilangan anak dan ditiupkan pada setiap seorang mereka.
Sebelum keluar rumah, letakkan tangan di tengah-tengah kepala anak dengan ubun-ubunnya mengadap arah kita (ibubapa), bacakan surah Al Ikhlas beserta dengan doa (bayangkan sebuah kota dari ALLAH sedang melindungi anak tersebut), jika anak lebih dari seorang bacakan ayat kedua dari surah Al Ikhlas ( اللَّÙ‡ُ الصَّÙ…َدُ ) sebanyak bilangan anak. Tiupkan dari ubun-ubunnya hingga ke dada anak tersebut. Dan tangan kanan kiri diusapkan ke bahu dengan bacaan surah Al Mujadilah :21,
ۚ Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ Ù‚َÙˆِÙ‰ٌّ عَزيزٌ ﴿٢١﴾
"Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat, lagi Maha kuasa."

InsyaALLAH, semoga dalam pemeliharaan ALLAH Jalla Waala.