03 July 2014

Jaga Isteri - Amanah Allah

Kebelakangan ini selalu wanita mengadu pada saya tentang suami yang tidak solat, tidak memberi nafkah dan tidak melayan mereka dengan baik sebagai wanita...Berat telinga mendengar pasti lebih berat bahu yang memikul....
Nasihat saya buat suami dan lelaki termasuk diri saya sendiri. Dalam hadis diceritakan orang paling dekat dengan Nabi saw dalam syurga ialah orang yang paling baik akhlaknya...Hadis lain orang yang paling baik ialah orang paling baik terhadap isterinya...Nabi saw ialah orang yang paling baik terhadap isterinya.tiada selamanya seperti beliau. Menangis kerana jauhnya akhlak saya dari Nabi saw...........
Hargailah ibu, isteri dan adik beradik dan anak perempuan kita. Sayangi dan didiklah mereka dengan agama. Untuk menjadi orang paling baik tidaklah perlu jadi orang paling kaya. Tapi cukuplah kita bersyukur dengan pasangan hidup yang kita ada. Sahabat Nabi saw makan buah yang masam. Mereka senyum. Bila ditanya orang raja kafir kenapa. Jawabnya, kami tidak lihat apa yang kami makan. Tapi kami lihat siapa yang beri kami makan...Jangan lihat siapa isteri kita, tapi lihat siapa yang beri kita isteri...Allah Maha Penyayang. Tiada melainkan Dia yang begitu baik telah memberikan kita nikmat isteri dan keluarga..
Isteri bukan kita punya. Isteri amanah Allah kepada kita. Kita senyum dan buat baik pada orang yang kali pertama kita jumpa atau kawan kerja kita. Tapi isteri yang siang malam penat buat kerja rumah. Melahirkan anak buat kita. Menjaga maruah dan aurat buat kita. Kenapalah kita tidak hargai mereka dan bermasam dengan mereka.. Apalah yang telah menimpa kita?
Bulan Ramadhan ini mereka bangun awal siapkan sahur. Waktu malam mereka tidurkan anak-anak. Melayan kita. Belum sempat kering peluh berlari menyusukan anak. Anak lain lapar. Anak merengek. 24 jam melayan kerenah anak..
Mereka buat semua itu berkhidmat pada suami kerana Allah.
Bukanlah kena menjadi romeo juliet yang entah betul atau tidak. Belajar kehidupan Nabi saw.
Cukuplah kita picit/urut badan, kaki, kepala mereka sedikit. Ucap terima kasih. Menjadi pendengar yang baik buat mereka dengan mendengar dengan hati dan pandang wajah mereka. Jika mereka menanngis biarkan. Jangan halang tangisan mereka. Bantu mereka semasa berada di rumah. Bertindak laju dalam hal kehidupan. Jadi ketua buat mereka...
Jika mereka buat salah, kita menangis dan berdoa pada Allah. Tegur mereka dengan cara yang kita suka ditegur. Janganlah sampai naik tangan dan kaki. Nanti tiada lagi rahmat dalam hidup kita...tak nak ke kita berjiran dengan Nabi saw nanti. Tiada yang lebih indah melainkan syurga nanti. Segala kebaikan dalam syurga. Segala keburukan dalam neraka..
Jika seorang pelacur memberi khidmat pada anjing, asbab Allah masukkan dalam syurga. Bagaimana jika kita berkhidmat untuk isteri kita yang sanggup jaga kita jika mungkin kita lumpuh satu hari nanti...atau yang menjaga anak kita dengan izin Allah jika kita mati esok hari. Yang menjaga ibu kita jika kita tidak ada lagi.
Rajinlah berusaha mencari nafkah buat keluarga. Jangan sampai isteri kita yang sara kita. Isteri membantu kita. Allah suka orang yang rajin dan tidak meminta-minta serta harap pada makhluk...
Bersama-sama saling nasihat menasihati. Doa mendoakan. berlumba dalam Ramadhan ini solat malam, baca Al-Quran 5 juz sehari dengan lidah,fikiran dan jiwa.. Paling kurang 1 juz. Solat tahajud malam bersama-sama. Minta maaf walaupun tak salah. Memaafkan walaupun tanpa dipinta. Itulah Islam...Bawa isteri keluar jalan Allah, bawa majlis ta'lim dan cari majlis ilmu yang sesuai buat mereka..Kita sebagai ketua keluarga kena banyak menangis dan bertaubat kerana isteri dan anak kita kenal artis yang tidak beri sesuap nasi buat mereka tapi belum kenal Allah dan kenal Nabi saw..Jagala solat. Ayah ialah model no 1 buat isteri dan anak-anak. Hidupkan amalan talim rumah. Bawa anak lelaki ke masjid. 5 waktu solat di masjid. Jangan malas. Dah banyak kita habiskan masa dengan sia-sia. takkan solat masih lambat dan di rumah.
Ramadhan semua amalan sunat digandakan fardhu. Ya Allah jadikanlah semua lelaki Islam seperti Nabi saw dan sahabah rhum. Dan semua wanita seperti sahabiah rhum.-

- Ebit Lew

No comments: