04 July 2014

Mengapa Perlu Elak Ke Bazaar Ramadhan

Assalamualaikum ..

Pagi tadi terbaca berita dalam BH online tentang kes keracunan makanan selepas menikmati makanan yang dibeli dari bazaar ramadhan.

Allahurabbi, semoga Allah memberi kesembuhan segera kepada ahli keluarga berkenaan. 


Shah Alam: Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Ramadan bertukar duka, apabila empat sekeluarga kini dirawat di hospital kerana mengalami keracunan makanan selepas menikmati makanan yang dibeli di bazar Ramadan, Ahad lalu.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Qaisarah Hamdan, 13, Muhammad Qayyim, 11, Nur Qatrunnada, 9, dan Nurul Qasihdayana, 4. 

Tiga daripada lima beradik yang mengalami keracunan makanan itu, dipercayai selepas menikmati roti John yang dibeli di bazar Ramadan di Sri Muda, di sini, dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selasa lalu, selepas mengalami muntah-muntah dan cirit-birit. 

Bapa mangsa, Hamdan Mohd Nasir, 40, berkata, Nurul Qiasarah dimasukkan ke hospital sama malam kelmarin kerana mengalami simptom sama.

Beli 3 bungkus roti John

Katanya, sebelum kejadian, beliau membeli tiga bungkus roti John dan separuh daripadanya diberikan kepada anak sulungnya yang berusia 15 tahun yang tinggal di asrama di sebuah sekolah di sini.

Memang setiap tahun kami sekeluarga akan membeli roti John di bazar berkenaan. Tidak sangka tahun ini anak-anak saya mengalami keracunan makanan. 
Anak lelaki ketiga kami Muhammad Qayyim yang sakit teruk kerana beliau yang banyak makan roti John itu.

Kejang otot, muka pucat

Selain cirit-birit dan muntah, anak-anak saya turut mengalami kekejangan otot dan muka menjadi pucat.


Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MasukICUselepasmakanrotiJohn/Article

========================================================================

Keracunan makanan.
Baru hari ke-6 umat Islam berpuasa, wall FB saya dihiasi dengan post kawan-kawan yang keracunan makanan,cirit birit,muntah-muntah.
Ini antara sebab utama mengapa saya elakkan untuk singgah membeli makanan berbuka puasa di bazaar ramadhan.
Maafkan saya kalau kenyataan ini menyakitkan.
Ramadhan kali ini kami berazam untuk tidak membeli makanan di bazaar.
InsyaAllah,  kami juga masih dalam usaha untuk mengelakkan membeli makanan di luar kecuali dalam keadaan terdesak.

Mengapa saya elakkan?

Sebabnya, ingin mengelakkan makanan yang mengandungi MSG atau serbuk perasa yang seangkatan dengannya.
Alhamdulillah, dah bertahun MSG tidak wujud di dapur rumah.
Masakan tetap sedap tanpa MSG.*fuhh, libas tudung.
Jangan tertipu dengan iklan komersial yang mengatakan makanan bertambah sedap kalau tambah serbuk perasa/MSG.
Kalau nak rasa sedap sangat, baik tuang MSG dalam nasi kemudian makan. agagagaga..
** Kesan pengambilan MSG - rujuk di sinhttp://chentazulya.blogspot.com/2013/11/homemade-stok-ayam-yang-sihat-dan-kesan.html

Saya juga kurang yakin dengan tahap kebersihan dan kesegaran makanan yang dijual.

Kita tidak tahu bahan apa yang digunakan oleh penjual dan bagaimana cara dia memasak.
Saya juga teringat satu pesanan dari seorang ustazah, jangan membeli makanan dari orang yang fasik.
Dulu, saya pernah terserempak dengan peniaga yang tidak menutup aurat.
Maafkan saya sekali lagi, saya tidak menuduh semua penjual di bazaar adalah orang yang sedemikian.
Saya tahu, bulan yang mulia ni semua orang berkejar-kejar untuk mencari pahala.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Saya lebih suka memasak sendiri di rumah.

Balik dari kerja, azan maghrib dah berkumandang.
Makan kurma dan minum air suam untuk alas perut kemudian solat.
Usai solat, singsing lengan baju untuk masuk dapur.
Masak yang ringkas dengan jiwa yang tenang.
Penat, memang memenatkan tapi penat yang berbaloi.
Puas hati sebab dapat masak makanan yang diyakini selamat.InsyaAllah.

Berpuasa dalam keadaan cuaca yang panas memang terasa letih.

Terasa nak berlumba-lumba  pergi bazaar ramadhan.
Bagai diheret-heret kaki untuk melangkah laju masuk kawasan bazaar.
Ini pengalaman dulu. T_T
Bila nampak minuman sejuk,air yang berwarna warni dengan wap ais di luar bekas air mesti membuatkan air liur meleleh.Telan air liur banyak kali.gulp gulp..
Jangan lupa, kebanyakkan minuman yang dijual mengandungi MALTODEXTRIN dan juga menggunakan gula putih.
Ringkasnya bahaya gula putih ialah gula tersebut dilunturkan dengan bahan kimia supaya cantik putih berseri.
Sanggup makan bahan kimia? sob sob sobbb..
Rujuk bahaya maltodextrin di sini - http://chentazulya.blogspot.com/2013/11/apa-itu-maltodextrin-dan-kesan.html

Begitu juga dengan pewarna sintetik (aditif makanan) juga membahayakan kesihatan.
Jangan terpedaya dengan kecantikan warna bak pelangi tu.
Budaya sekarang, hampir segala jenis kuih muih di make up kan. Roti jala warna hijau pink, kek kukus warna biru kuning, biskut warna merah ungu. Air warna biru,hijau,kuning.
Ngeri tengok makanan macam tu.
Rujuk di sini - http://perihalbarah.blogspot.com/2012/12/bahan-tambah-makanan-bahaya.html

Jangan kecewa atau menyesal jika tidak dapat merasa hidangan meriah di bazaar ramadhan, kesihatan anda dan keluarga sendiri lagi penting.
Semoga para peniaga makanan juga memiliki kesedaran tentang bahaya beberapa bahan campuran dalam makanan.
Kita berubah secara perlahan-lahan.Tinggalkan makanan yang memudaratkan dan serapkan pemakanan yang sihat dalam keluarga.
Semarakkan pemakanan sunnah dalam keluarga untuk menjamin makanan yang sihat.

**Jangan lupa like FB PAGE jelitawanorganik


No comments: