10 July 2014

Bila Anakanda Demam - Probiotik Dan Prebiotik Bertindak

Assalamulaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah atas nikmatNya pada hari ini.

Ahad lepas, anakanda Sofea tiba-tiba demam panas. ( sakit memang datang tiba-tiba pun kan)
Panas badannya sampaikan pipi kemerahan macam pakai blusher.
Maknya pula tak sampai hati nak ambil gambar anak tengah demam.
Muka sayu, mata sedikit bengkak.

Bila anak demam, bakteria baik dan jahat sedang berperang di dalam badan.
Jadi, mak kena bantu bakteria baik untuk bina antibodi.
Bagaimana cara membantu - bakteria memerlukan makanan.

Secara umumnya, probiotik dan prebiotik membantu kesihatan sistem pencernaan dan sistem imun dalam badan.
Sistem pencernaan adalah tuan rumah kepada berjuta-juta bakteria.
Prebiotik melawan bakteria jahat manakala probiotik bertindak mengepung bakteria jahat.
Prebiotik adalah makanan yang berada di usus kecil dan bertugas merangsang pertumbuhan probiotik.
Gabungan tersebut dinamakan simbiosis.

Prebiotik diperlukan sebagai makanan untuk probiotik dan bakteria sihat dalam badan.
Probiotik mikroorganisma hidup, prebiotik bukan benda hidup.
Kebanyakan prebiotik adalah karbohidrat dalam tubuh manusia tidak boleh dihadam tetapi yang membuat sumber makanan yang sangat baik untuk bakteria berfaedah.
Prebiotik boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam badan dan juga membantu dalam pertumbuhan dan penyelenggaraan probiotik.
Probiotik hidup secara semula jadi dalam sistem pencernaan.
Oleh itu, probiotik tambahan diperlukan untuk mengaktifkan prebiotik.
Kedua-duanya bergabung untuk membantu membina sistem imun.
Boleh faham ayat di atas?
Ayat mudah : probiotik + prebiotik = bakteria baik

Tetapi, tekanan, pemakanan yang tidak seimbang dan ubat-ubatan tertentu boleh mengganggu aktiviti bakteria baik dan membolehkan bakteria jahat membiak dengan jayanya.

Apa sumber probiotik?
YOGURT, TEMPE,TEMPOYAK,KIMCHI, SUSU dan banyak lagi.

Antara rawatan alami yang saya selalu praktikkan :

YOGURT
SUP AYAM/TULANG
AIR KELAPA SEGAR
RENDAMAN EPSOM SALT
SPONGING

Selepas mandikan dengan air bercampur EPSOM SALT, kami keluar rumah sebab nak cari makanan untuk ubat demam.
Beli natural yogurt.Jenama yang paling saya suka - FARMFRESH. Harganya berpatutan.
Beli ayam untuk buat sup.
Tak jumpa buah kelapa yang segar.

Balik rumah, selepas dimandikan, bagi makan satu mangkuk kecil yogurt.
Dah kenyang makan yogurt, anakanda pun tidur.
Letak tuala kecil yang basah di atas dahi.
Hanya pakaikan pampers.
Mak pula bersilat di dapur masak sup ayam sambil sediakan hidangan buka puasa.

Bila dah bangun, mandikan lagi sekali. Lap ala kadar.
Bagi minum sup ayam yang kaya dengan bawang putih dan halia.
Sejam lepas tu, badannya dah kurang panas.

Malamnya, bagi lagi makan semangkuk kecil yogurt.
Kalau anak tak nak makan yogurt begitu saja, campurkan buah sebagai pemanis.

Alhamdulillah, pukul 10 malam demam dah hilang.
Sofea dah mula lompat-lompat, mengemas sana sini dengan berceloteh.
Nikmat mana lagi yang kamu dustakan selain tengok anak sihat?

Rawatan yang mudah dan jimat.
Tak perlu pergi klinik atau hospital, beli ubat-ubatan kimia.
Tak perlu berhabisan duit.
Bukannya kedekut tapi ada cara lain untuk merawat yang menjimatkan dan selamat.
Bagi anak makan ubat dari hospital.
Akibatnya, terbantut sistem imun badan.
Bakteria baik (berfaedah) jadi lemah.
Antibodi pun makin lemah.
Sedih.
Sebab itulah demam anak akan berpanjangan, ada yang demam on off, demam berminggu-minggu sampai masuk wad.
Dalam wad, anak kena drip antibiotik.
Haru biru sistem imun anak.


Sumber rujukan prebiotik dan probiotik :
http://www.fiberchoice.com/prebiotics-vs-probiotics.php
http://www.merdeka.com/sehat/pahami-perbedaan-antara-probiotik-dan-prebiotik.html
http://www.livestrong.com/article/335114-the-difference-between-probiotic-prebiotic/
http://kesehatan.gen22.net/2013/03/sumber-makanan-yang-mengandung-probiotik.html


No comments: