01 November 2013

Homemade Stok Ayam Yang Sihat Dan Kesan Pengambilan MSG (monosodium glutamate)

Mak-mak yang disayangi sekalian,
Letak tepi atau buang segala jenis pati kiub ayam dan serbuk perencah yang dibeli di pasaraya.
Semua itu adalah perisa sintetik.
Kandungan MSG yang tinggi di dalam bahan perisa tidak sesuai untuk badan kita apatah lagi untuk kanak-kanak.
Percayalah,tanpa pati kiub ayam atau bilis pun masakan anda pasti sedap.

Kesan pengambilan MSG

 a. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.

b. Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.
 
c. MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.
 
d. Kesan pengambilan MSG ialah kesan kepada otak , ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin. Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak.
 
Sumber kesan-kesan MSG – Buku Kawal Berat Badan, Bahrin Samah



Masak dari hati.
Masak dengan sederhana
Masak makanan sihat.
InsyaAllah masakan supermak tiada tandingan.

Untuk gantikan bahan terproses tu,bolehlah buat stok ayam sendiri di rumah.
Buat sebanyak mana kemudian sejukbekukan.

Mari share resepi yang paling senang ni :))

Bahan-bahan :
  1. Tulang ayam ( rangka seekor ayam pun boleh )
  2. Bawang besar ATAU bawang putih (tidak digalakkan campur kedua-dua kerana kesan tindakbalas kimia)
  3. lobak
  4. Celery
  5. Halia
  6. Bunga lawang,kulit kayu manis,pelaga
  7. Air secukupnya.

Caranya :
  1. Masak dengan api perlahan sehingga isi ayam luruh dari tulang dan air tinggal 1/3.
  2. Selepas 3 jam, boleh tapis isi dan lapisan lemak.
  3. Simpan stok ayam dalam bekas tertutup.Contoh, bekas ais/ice tray untuk memudahkan penggunaan seketul setiap kali nak masak.
  4. Sejukbekukan.
 
Bolehlah tambahkan stok ayam ni dalam apa jenis masakan dewasa dan bayi.
Selamat mencuba !!

4 comments:

Ummu Muhammad said...

Wahhh mak! Mak tk penah gune kiub nak..kiub ni mcm goreng mee nasi ke?

Nur Zulya said...

Mak,kiub tu untuk pelbagai,campur dengan masakan berkuah,goreng-goreng but not good nak.. :))

cinet said...

nak try buat juga...jadi isi ayam tadi xdigunakan skali utk buat stok tu ye?

Nur Alya said...

nak campur pun boleh.tapi saya tak campur.