Saya nak berkongsi cerita pengalaman seorang kawan yang dah selamat melahirkan anak melalui kaedah homebirth.
Allahuakbar..
Dari awal, kami tahu Kak Adlie memang bersungguh-sungguh memilih homebirth untuk kelahiran anak ketiganya.
Yeahh..masa tu kami mampu sokong sambil mulut ternganga.
Tak sangka masih wujud lagi kaedah kelahiran itu dan menjadi pilihan pada zaman ini.
Sebelum ini pengetahuan pasal homebirth sangatlah nipis.
Bila dengar pasal homebirth terus berkerut kening.
Betulkah??
Biar betul kakak sorang ni??
Selamatkah??
o,O
Kira macam ni la reaksi kami semua bila tahu Kak Adlie nak homebirth.
Rasanya,setahun lebih kenal Kak Adlie,kami dah tahu perangai dia macam mana.Bila dia cakap nak buat,dia akan buat.Bila dia nak sampaikan sesuatu,dia akan sampaikan sehingga kami faham.Begitulah juga dengan kisah tolak vaksin,dekatkan diri dengan pemakanan sunnah.
Antara sebab Kak Adlie untuk memilih homebirth :
- Mengelak suntikan vaksin ke atas bayi
- Menjaga auratnya ketika bersalin
- Mengelak prosedur hospital - induce,episiotomi etc
- Bersalin dengan kedudukan yang selesa.
Check up untuk kandungan tetap buat di klinik atau hospital.
Uniknya,tiada pengambilan MGTT dan ATT sepanjang tempoh Kak Adlie mengandung.
Sihat walafiat kedua-duanya.
Alhamdulillah.
Dari apa yang saya tahu, Kak Adlie banyak buat persiapan untuk homebirth.
Selain pembacaan mengenai homebirth dalam The Gentle Birthing Group Malaysia,Kak Adlie pernah masuk kelas AMANI ( Assisting Mother for Active, Natural and Instinctive Birth)
Dalam masa yang sama,ada juga berjumpa dengan doktor di Hospital Annur untuk berbincang mengenai gentlebirth.
Perancangan gentlebirth di hospital hanya sebagai langkah kedua jika tidak berjaya homebirth atau atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Malangnya,permintaan untuk delay cord clamping tidak dapat dipenuhi.
Menakjubkan bila semua ahli keluarga menyokong Kak Adlie untuk homebirth.
Hari demi hari sampai ke tarikh 23 Oct - Cukup 40 minggu.
Kami ni setiap hari tanya,ada rasa nak bersalin tak?Ada rasa sakit kat mana-mana tak?
Jawapan standard, belum tiba masanya lagi.
Baiklah. :))
26 Oct.
Muncul di group whatsapp.
Ayatnya - Today is the day !!!
Dipendekkan cerita,mari baca kronologi dalam sehari tu.
6.30 pagi
- Pinggang terasa sakit katanya.Bangun dari katil buat senaman sway hip untuk melegakan sakit pinggang.
10.00 pagi
- Turun untuk sarapan.Masih terasa sakit tetapi boleh bertahan.Kental jiwa mak ni.
Kami dah pesan macam- macam,pam pool siap-siap,makan banyak untuk tenaga meneran,update bila rasa makin sakit.
11.00 pagi
- Senyap sampai kami tertanya-tanya.
- Rupanya masa ni Kak Adlie dah start contraction setiap 5 minit.
- Bergelek atau duduk di atas gym ball.Fungsi gym ball adalah untuk membantu menurunkan kepala bayi atau mengurangkan rasa sakit dan memudahkan proses bersalin.
- Selain itu,untuk mengurangkan kesakitan dan meneran lebih awal dari sepatutnya,Kak Adlie berpaut pada katil sambil mengira kadar contraction.Kemudiannya,posisi menolak dinding.
12.00 tengah hari
- Bersedia di dalam bilik air.Mandi air panas untuk kurangkan rasa sakit contraction.
- Selepas mandi,buat posisi 'on four' - merangkak.Posisi sama ada duduk,merangkak atau berdiri adalah lagi mudah untuk bersalin berbanding posisi berbaring.Ini kerana posisi berbaring melawan graviti dan akan menyebabkan cepat penat.
- Tiba-tiba terasa ketulan mukus/lendir keluar.
- Kesakitan tak dapat saya bayangkan sebab K.Adlie cakap, sakit macam mana pun memang kena keluarkan (bersalin) juga.
- Bila kepala bayi berjaya keluar,K.Adlie tukar posisi pada on knee - berlutut sambil tangan sebelah pegang kepala bayi.
- Hebatnya bila K.Adlie bersalin tanpa bantuan orang lain.Doula pun tak sempat sampai.
- Masa tu,suaminya tengah pam mini pool.Memang tak sempat rasmi mini pool tu :))
- Bayi selamat keluar pada jam 12.23 tengah hari.Bayi lelaki.MasyaAllah.Sesungguhnya,Allah permudahkan K.Adlie bersalin.
Kami terkejut tiba-tiba keluar gambar ini.
Siapa yang tak terkejut.Sampai terfikir dua kali,betulkah dah bersalin.
Rasa nak nangis pun ada tengok gambar ni.
Terharu,gembira.Bercampur-campur perasaan.
- 15 minit kemudian,uri meluncur keluar.Terbukti,tidak perlu suntikan untuk menggesa uri keluar seperti yang dibuat oleh pihak hospital.
- Uniknya,tiada induce,tiada epidural dan tiada episiotomi.
- Dakap beberapa minit untuk bagi ketenangan pada khalifah kecil.
- Selepas bertahnik,bayi pun menyusu.
Encik Ahmad pada hari pertama tengok dunia.
Lotusbirth - Encik Ahmad bersama urinya dengan rosemary untuk elakkn uri berbau.
Kami melawat petang tu juga,Kak Adlie sikit pun tak nampak letih.Rasa teruja tengok ibu dan anak sihat.
Urusan seterusnya, suami Kak Adlie pula kena pergi ke balai polis untuk buat laporan kelahiran anak di rumah.Nanti tunggu pusat bayi luruh baru buat rawatan selanjutnya.
Kasih seorang kakak pada adik.
Encik Ahmad.2.7kg.Semoga cepat membesar dengan sihat.
Tahniah sekali lagi.
Happy breastfeeding.
Selamat berpantang.
Tengok lauk orang berpantang ni,sangatlah menyelerakan.Kriukkk..kriukkk perut berbunyi.
Uniknya gambar ni,uri pun masuk dalam kenangan.
Terkini, tali pusat encik Ahmad dah tanggal.
Penutup kata, tersentuh naluri mak tengok gambar ni.Kakak Ilma masih tak dapat terima kena kongsi susu ibu dengan adik.Sobssss...
25 comments:
alololo... majuk ke si kakak tu...
Kak Noen,anak pertama dah jadi ahli syurga.lahir tak cukup bulan.
Ayu,majuk tu.tak leh tgk adiknya menyusu sorang-sorang.
da ramai gak yg buat kaedah ni... pernah bg th hubby... tp dia tkut... T.T
cian akak majuk kena kongsi susu... kikkik...
Allene,ajak hubby pergi kelas AMANI.ramai suami join kelas tu tambah info.Semoga berjaya :))
Kakak sayang adik tapi nangis kalau tengok adik myusu kat mummy.
alalalala... sedihnya
seronoknye homebirth... ramai da kawan2 yang memilih homebirth
inshaAllah akan cube gentle birth.. atau mungkin homebirth.. :)
Hidayah,baca pengalaman kawan2 pun da teruja kan.
Fifi,insyaAllah kita sama-sama berdoa.
#Facepalm
bahaya la korang ni.... agama Islam ni melarang kite bermain dgn nyawa begitu sahaja... ada kemudahan hospital, kene pergi!!!
belajar maqasid syariah!!!
kebodohan manusia.. moga Allah selamatkan kita semua dari kebodohan ini..
Salam..sbg peringatan.. gambar di atas ada aurat yg terdedah juga...
Cik/En Anom,risiko bersalin ada di mana-mana.Ajal juga ada di mana-mana.Homebirth bukan bermaksud ibu sedang bermain nyawa.Kena betulkan ayat anda.
homebirth dianggap satu kebodohan?orang tua dulu semuanya bodohlah ye.berani berkata tetapi pakai nama Anom. :))
Terima kasih,saya dah keluarkan gambar yg mendedah aurat.
Cuba baca statistik home birth vs hospital birth. Yg mana selamat. Pengalaman seorangdengan seorang yg lain berbeza . Tapi kalau amek statistik (keseluruhan) baru lah bijak :)
Risiko mmg ye ada dua2 tp cuba bandingkan. Im just saying. Kalau taknak bandingkan takpa huhu. Saya doktor. Kalau apa2 jadi saya geleng kepala je sbb pilihan masing2
bila ada kes homebirth yang meninggal dunia,memang kecoh beberapa hari tapi bila kes bersalin di hospital kemudian meninggal,ada yang umumkan?Pihak hospital pernah terfikir ke apa tujuan ibu-ibu memilih homebirth?
http://www.nst.com.my/nation/general/too-many-deaths-in-home-births-1.470617
Saya lagi suka puan bersalin di rumah. Pasal tak payah penat2 jaga ramai pesakit. Saya pesan sbb tangunggjawab saya sebagai muslim untuk sedara muslim yg homebirth buat masa ni masih bahaya. Kalau tak pesan saya berdosa. Consider yourself reminded
Pernahkah puan fikir kenapa orang memilih hisap ganja. Ganja adalah natural daripada daun pokok. Ganja boleh menghilangkan sakit untuk oesakit kanser. Natural tapi saya tetap nasihatkan jgn hisap ganja pasal bahaya.
Ramai yg beranak kat rumah kenapa yer? Some of it, hospitals reject their birth plan....
Cer sepital accept... Like xmo terikat dengan ctg d perut, nak berjalan bgi cepat bukaan, position yg selesa, no vaks, makan minum sesuka hati, husb disisi (some hosp husb xleh teman),
Plus most of them choose to have gentle hospital birth at 1st...
I choose homebirth, as stated above, sbb tanak vaks anak.
Dah tanya sepital... Doc ckp cannot. So?
konsep ganja dengan homebirth tak sama.ganja hanya menahan sakit tapi tidak merawat.homebirth/gentlebirth kurang menyakitkan dan beri keselesaan kepada ibu dan anak.Jika ramai yg memilih homebirth,saya rasa en Ammar dah boleh tukar ke bidang perubatan lain :))
Sebagai muslim juga saya menyokong homebirth sebab terjamin penjagaan aurat dalam bilik bersalin.
sedia maklum,ibu memilih homebirth sebab elakkan vaksin sedangkan vaksin adalah tidak wajib tetapi pihak hospital tidak dapat bertolak ansur.tidak melayan birth plan para ibubapa.
alhamdulillah... berjaya...
Insha Allah ada kesempatan ain pun nak belajar cam kakak adlie la.. kena gali lagi ilmu...
thanks sharing info...
Yang komen teruk2 ni mesti lelaki. Semoga diberi hidayah.
Moga Allah selamatkan anak2 Puan yg seterusnya. Sedih melihat golongan2 ni��
Post a Comment