06 November 2013

Hari 'Kelam Kabut'

Hari ni sepatutnya ada temujanji 'echocardiogram'.
Sebelum ini nurse dari KD bagi info,ECHO buat di klinik Botanik pada 6/11.

Ok,ambil cuti separuh hari.
Sampai sana,nurse pelik.
Saya lagi pelik.
Katanya echocardiogram tak buat di klinik.Kena pergi HTAR.
Nurse suruh pergi hospital rawatan harian.
Sebelum masuk kereta,telefon dulu KD nak sahkan.
Katanya kena pergi kaunter pesakit luar.
Holahhh...

Pergi sana,ayat yang sama.ECHO memang tak buat di sini.
Ok,jadi apa motif datang klinik ni.
Bila dorang cek buku temujanji,ada nama untuk jumpa dengan doktor pakar..
Temujanji untuk jumpa FMS.
Holahhh lagi..
Kenapa jumpa FMS dulu sebelum buat ECHO.
Doktor tu nak review apa nanti.

Layankan jela.
19/11 nanti baru tarikh yang betul untuk ECHO.Kemudian pusing semula jumpa FMS lagi.
Tak ada lagi cerita murmur untuk hari ini.
Doktor tu cakap bunyi soft saja.Memang boleh dikaitkan dengan orang mengandung.
Apa-apa pun tetap kena buat ECHO untuk tengok injap jantung.



2 comments:

NoEn said...

aik...macam2...sabo je lah ye

Nur Alya said...

bertabahlah kita ye kak Noen.hihihihi