Terharu rasanya bila KKIA telefon dan tanya kenapa tak datang check up.
Erkk...
Sopan santun dan lemah lembut nurse tu bertanya.
Alasan saya,sebab tak dapat cuti.
Memang betul.
Cuti tahunan habis.
Medical leave habis.
Sebenarnya bukan saja-saja tak nak pergi check up,salah satu faktor memang sebab tiada cuti.
Lagi satu,nak elak suntikan ATT dan MGTT.
Memang boleh tolak secara lembut tapi cara saya - hanya bercakap bila perlu.
Lagi,siapa nak tunggu berjam-jam dalam klinik?
Masalah pun dah selesai.
KKIA tak marah.
Dorang ok kalau saya teruskan check up di klinik swasta.
Maknanya,syarat untuk masuk hospital kerajaan dah cukup - buku pink !!!
Bunyi macam pentingkan diri tapi sebenarnya,inilah yang sebaiknya.
Setakat ini saya pantau sendiri tahap kesihatan.
Ambil pengetahuan dari pengalaman mengandung anak pertama.
Alhamdulillah,pergerakan bayi aktif.Tak kira siang malam.Asyik menendang-nendang sebelah kanan.
Saya pun tak rasa simptom-simptom -
HB rendah,
tekanan darah tinggi,
UTI.
Apa yang penting kawal pemakanan.
Rasa penat tu biasa.
Semua ibu mengandung pasti rasa.
Hari tu,dah buat ujian ECHO.Alhamdulillah sekali lagi,keputusan NORMAL.
Temujanji seterusnya,scan bila dah masuk 32 minggu.
Prosedur untuk nak tahu sama ada boleh VBAC atau C -sect (lagi).
InsyaAllah saya nak VBAC dan kalau diizinkan - HOMEBIRTH
Kalau tak dapat homebirth,gentlebirth pun dah cukup :))
No comments:
Post a Comment