21 August 2013

Kopi O Satuuu...

Selepas post cerita pasal kopi semalam,tetiba diri ini teringin nak minum kopi o yang klasik.
Maksudnya tiada campuran apa-apa dengan bahan lain kecuali gula.

Ooohhh..terus teringat zaman kanak-kanak riang dulu ada seorang apek jual kopi Tenom dari lori.Dalam lori tu jugalah dia menggiling kopi.Bau kopi semerbak harum.Ramai orang beratur nak beli.

Terbayang-bayang dapat minum kopi O panas sambil menikmati ubi kayu rebus.Hujan pula turun mencurah-curah.Perut dah kenyang,badan dah panas terus merangkak tarik selimut untuk tidur sambil menghayati bunyi hujan yang jatuh atas atap zink.

Di manalah nak cari kopi yang fresh macam tu sekarang?Mak teringinnnnn..



pic google
Kopi O idaman.Ditambah klasik dengan cawan macam ini..



Orang lain sibuk cerita pasal raya,kau sibuk cerita pasal minum kopi kan.Dah kenapa?
Salahkan tekak ni.

2 comments:

ayahmamilisa said...

hehe..susah tu nak carik kopi camtu skarang..kat kampung masih ada kot..nape tak bawak balik from kampung aritu alya?

Home4health said...

tu la masalahnya..terlupa.hahahadoi.sampai kampung terus cari makanan faveret.da sampai epot baru terfikir kopi tenom giling.Da pesan dengan kawan yang kat kedah,harap ada la rezeki nak berkopi.