Entry ini bukan bertujuan untuk timbulkan kontroversi.Apatah lagi pada bulan Syawal ni.
Semua masih dalam mood raya lagi.
Tapi tersangatlah sakit hati ini.
Situasi bila kita bekerja di bawah dan pihak atasan juga sebangsa dengan kita.
Bulan lepas keadaan kesihatan tidak mengizinkan untuk bekerja.
Hampir tiga minggu batuk teruk.Sampai batuk berdarah.Bila refer di hospital,doktor suspek TB.
Sementara tu diberi antibiotik sambil follow up d klinik setiap hari.
Memang tak larat untuk pergi kerja.Dalam dua minggu dapat pergi kerja selama tiga hari saja.
Tiba-tiba,sehari sebelum flight dapat sms dari pihak atasan.
Nak jumpa selepas cuti raya.Nak bincang pasal pengambilan MC yang tinggi.
Dipendekkan cerita,dalam short meeting,ada yang tak puas hati bila terpaksa cover kerja saya time sakit.Tambah lagi,tak inform apa-apa kerja yang urgent.Inilah padahnya bila tak ada black and white.Dah tak ada bukti.
Ya Allah, ikutkan hati ni memang tak gemar nak MC tapi bila badan tak sihat,mampukah bekerja ?
Saya berdoa orang itu akan merasa apa yang saya telah rasa.
Ikutkan hati nak lari balik kampung,aman damai di sana tapi bila fikirkan komitmen,tabahkanlah hatimu Alya.
3 comments:
teruknye pihak atasan tu..
takpe, sabar ye alya..
explain elok2 Insha Allah everything will be fine :)
hanya Allah yang menentukan... bila tak kene kat batang hidung sendiri... tak pe la... harap bersabar... cevcepat sihat tau... happy hapy...
terima kasih mamilisa dan ayu azmir kerana memahami.sekarang ni telan jela apa yang mereka cakap.Allah yang tentukan rezeki kita kan :))
Post a Comment